" Apa yang di menungkan lagi tu Kakak? Sudahlah... takdir Allah " mak kelihatan susah hati setiap kali menasihati aku.
"Mak,Kakak sayangkan dia mak..tapi kenapa mak...tapi kenapa ?"Aku langsung tak dapat membendung lagi air mata, tumpah air mata.
Terdengar bunyi rengekan diatas katil, Baby Hud...
"Hud jangan nangis, Ibu ada, Ibu jaga Hud"
semakin kuat tangisan Hud..
Takpe kakak, biar mak uruskan Hud.Dia nak mandi tu. Air mata mak masih bersisa..basah.
Hud berumur 7 bulan. Badannya gebu, berat bertambah.Sedangkan aku susut dan cengkung..
*************
semoga ada sinar untuk aku,Hud dan dia |
Aku hamil selepas setahun kami berkahwin.Man menjaga aku dengan baik, cukup serba serbi.Makan, pakai dan kasih sayang.
Man antara insan paling gembira bila aku disahkan hamil. Katanya nak anak lelaki, ada orang akan menjaga aku apabila ketiadaannya.
"Abang tak ada abang nak kemana"
Man pasti senyap apabila aku bertanya begitu.Mesti sungguh. Masih banyak rahsia yang perlu aku terokai.Perahsia sungguh.
"Abang ada orang lain?" pernah aku bertanya begitu pada Man.
" Ida, sejak dulu, Ida je dalam hati abang, tak ada orang lain.Tak akan ada orang lain dalam hidup abang selepas Ida".
"Abang ni sesuatu sangat tau, macam ada benda abang sorok"
Man diam dan berlalu.. dan begitulah setiap kali.
Setiap kali pemeriksaan di klinik setiap kali pasti Man akan menemani aku.Aku bertuah.Ramai antara wanita wanita yang aku kenali terpaksa pergi sendiri membuat pemeriksaan sendiri.
"Abang jual ayam, kerja sendiri abang boleh teman.Mana tau lepas ni abang tak boleh lagi nak teman Sayang"
"Abang ni dah kenapa" Kadang kadang aku naik angin juga kelakuan Man yang begitu.Entah apa yang disembunyikan.
Sepanjang kehamilan aku ambik set mengandung Shaklee.Alhamduliah aku sihat.Janganla sesekali aku terlupa makan vitamin pasti akan dibebel teruk oleh Man.
Pakaian baby dibeli sejak kandungan aku berumur 6 bulan.Sejak mengetahui jantina bayi dialah yang paling sibuk membelikan segala peralatan. Nama baby pun Man yang carikan
"Abang nak anak kita nanti letak nama Hud ye. Hud Bin Muhammad Hazman"
"Ida tak kisah.Ikut abang"
Sejak berkahwin, aku masih bekerja di Ipoh.Man membuka cawangan lagi di Ipoh.Tempat lama dia berniaga dulu.Tempat ayam di Taiping Zain tolong uruskan.
Hampir 2 tahun kami berkawin,Man terlalu baik dengan aku.Tidak pernah meninggikan suara atau menaikkan tangan. Sentiasa melayan aku dengan lemah lembut terutama sewaktu aku alah teruk mengandungkan Baby Hud.
Lelaki kiriman tuhan ini terlalu baik untuk berada disisi aku yang serba kekurangan ini.Sungguh aku bersyukur.
Kakak!!! Zira memanggil aku dari jauh.Sudah kakak, sudah.. air mata aku mengalir..tak dapat diseka lagi.Zira datang memeluk aku.
"Kakak, tak ada siapa yang nak jadi macam ni"
"Kita kena sabar kak"
Kami berpelukan dan menangis..Sungguh aku tak kuat
Aku mengambil cuti tanpa gaji selepas 3 bulan cuti bersalin tak mampu rasanya untuk meneruskan kerja.Kawan kawan dipejabat tak henti henti memberikan semangat.Aku perlu masa..Sementara ini aku tinggal bersama mak dan abah.Mujurlah Zira ada menemani aku.
Kakak siap ye.. petang ni kita nak pergi hospital
Entah berapa banyak air mata tumpah sejak itu, tidur malam tak pernah lena, makan tak pernah lalu.. "abang, Ida sayangkan abang"..aku menangis lagi sambil memeluk baju terakhir suami aku sebelum perkara itu berlaku.
***************
Hospital Taiping
5.45 petang
Assalamualaikum abang, Ida datang
Abang sihat? Aku memulakan menceritkan aktiviti seharian aku bersama Baby Hud.
Hud dah pandai gelak abang, comel. Aku membuka hp sambil menunjukkan gambar Hud satu persatu.Dibilik rawatan rapi ini Baby Hud tidak dibenarkan masuk.
Beberapa rakaman video aku ambil untuk ditunjukkan kepada suami ku..Namun kaku.. tiada tindak balas.
Sudah 4 bulan 10 hari Man begini. Sewaktu aku habis pantang, Man membawa aku ke sebuah kedai peralatan bayi untuk dibelikan beberapa barang keperluan Hud.
" Abang bosanla shopping sorang-sorang. Sayang dah habis pantang kan, jom kita bawak baby Hud jalan jalan"
Sudah selesai kami membeli keperluan, Man mengajak aku untuk makan disebuah gerai kegemaran kami. Sedang kami berjalan ke sana, ada seorang peragut cuba meragut makcik yang berada berhampiran kami.Man cuba membantu.Malangnya Man dihentak oleh peragut dibahagian kepala.Tiada pendarahan diluar rupa-rupanya berlaku pendarahan dalaman yang teruk dan sejak itu Man koma sehingga ke hari ini.
"Abang, hari ini anak genap 7 bulan abang"
"Abang kena cepat sihat"
"Hari hari Hud cari abang"
"Sayang hanya mampu tunjuk video video abang pada Hud.." aku menangis lagi..
*******
3 bulan kemudian
"Mak, dah seminggu kakak tak tengok Man mak, kakak rindu"
"Kakak, nanti sihat kakak pergila ye"
Aku tiba diserang migrain teruk dan tiba tiba penyakit vertigo menyerang . Penglihatan ku berpusing-pusing ,Baby Hud tak dapat ku uruskan.Hanya menyusukan Hud sambil berbaring.Selebihnya maklah yang menguruskan.
Kesian Hud.
Aku agak tertekan sebenarnya,Man yang masih belum pulih, aku yang akan masuk bekerja lagi beberapa bulan.
Kesana kesini aku ikhtiarkan rawatan sampingan untuk Man.Namun masih belum membuahkan hasil yang ketara walaupun terdapat beberapa berubahan positif.
Aku pula sering tidak sihat.Entah lah..
*************
Malam itu aku benar -benar tidur lena.Setelah seminggu berperang dengan kesakitan.Aku perlu sihat.Aku rindukan Man.Aku nak pergi hospital.
5.00 pagi aku terjaga, macam ada orang disebelah.Aku hampir menjerit.
Ku buka mata ku luas-luas
Baby Hud dan seorang lelaki.
"Abang!!! Abang!!!"
Aku rasa bagai mimpi betulkah Man?
Aku menampar pipi aku..
" Ini bukan mimpi"
Lelaki tadi perlahan-lahan membuka kan mata.. " ye sayang ini abang"
Aku menangis semahu- mahunya
" Abang boleh discaj petang semalamdah nak Maghrib.Abah ambik abang" "Abah bagitahu sayang tak sihat"
" Lepas keluar abang terus ke sini, abang tengok sayang dah tidur.Mak cakap dah seminggu sayang tak bangun"
"Abang rindu tapi abang tak nak kacau..cukup lah banyak yang dah sayang lalui"
Aku menangis semahu-mahunya..seminggu aku tidak datang ke hospital rupa-rupanya Man menunjukkan perubahan yang ketara.
Baju Man hampir lencun dengan air mata aku.
" Abang, jangan tinggal sayang lagi.. kalau abang tinggal, sayang jual semua ayam abang"
Man hanya tersenyum.. tenang lelaki itu sambil tersenyum.
" Jom kita prepare untuk jemaah Subuh, dah nak azan ...dah lama tak solat sama-sama.Abang pun dah lama tak jadi Imam ni"
aku menyeka air mata yang bersisa.Semoga Allah memberikan sinar baru dalam kehidupan kami..
dan sesungguhnya tiap -tiap kesusahan ada kesenangan...
dan azan pun berkumandang...
-TAMAT-
Terima kasih banyak korang yang sudi follow cerita ni dari episod satu.
" Apa yang di menungkan lagi tu Kakak? Sudahlah... takdir Allah " mak kelihatan susah hati setiap kali menasihati aku. "...