cara mudah mengatasi masalah saluran singki tersumbat
Cara Mengatasi Saluran Singki Tersumbat Dengan Pantas Tanpa Kos Yang Mahal
3:03 AMCara Mengatasi Saluran Singki Tersumbat Dengan Pantas Tanpa Kos Yang Mahal
Masalah singki tersumbat memang merimaskan dan melecehkan .Baru-baru ni kat bahagian dapur rumah tersumbat la kat bahagian dapur. Tengah basuh pinggan tiba-tiba pulak keluar air dari saluran air di bahagian lantai .
AIR KELUAR DARI BAHAGIAN INI |
Apa Nak Buat?
Saluran Singki Sumbat Part I
Langkah pertama yang saya buat adalah ambil pelocok . Saya tekan di tempat keluar air dibahagian lantai dan saya juga tekan dari bahagian dalam singki. Alhamdulillah nampak air surut dengan cepat. Gambar saya ambil di google memandangkan tak sempat nak berfoto-foto semasa kejadian berlaku.
Beri Tekanan Di Bahagian Dalam Singki |
Setelah beberapa hari memang nampak perubahan. Tidak ada air keluar dari salur bawah lantai tersebut namun setelah beberapa hari, kejadian yang sama berulang kembali. Saya mengulangi langkah yang sama tetapi air statik tidak berkurang walaupun sedikit.
Saluran Singki Sumbat Part II
Bila dah kali kedua jadi memang susah hati la . Apa nak buat. Bukan pandai pon nak mengesahkan hal-hal saluran tersumbat ni. Aduila. Memang termenung jugak la fikir apa nak buat.
Memandangkan rumah ini masih dalah tempoh jaminan, saya cuba nasib hubungi Syarikat perumahan untuk tengok-tengokkan apa yang berlaku, Mana nak tau ada masalah di bahagian "main hole" ke kan. Alhamdulillah ada maklumbalas baik tapi mereka ambik masa beberapa hari untuk datang. Sementara tu apa nak buat???
Buntu sebenarnya tak tahu apa nak buat. Last-last saya google. setelah meneliti beberapa kaedah, saya mengambil langkah yang paling jimat dan mudah. Bahan-bahannya adalah
1) Garam Kasar
2) Air Panas (Betul-betul panas)
3)Jolok saluran yang tersumbat dengan getah paip panjang
3)Jolok saluran yang tersumbat dengan getah paip panjang
3 bahan ni walaupun nampak macam jadi ke?? Alhamdulillah jadi. Mula-saya tabur garam dan kemudian tuang air panas kedalam saluran tersebut. Kurang seminit, semua air turun. Agak berulang kali saya menuang air panas kedalam saluran tersebut.
Nak guna singki masih takut. Malas nak mengesahkan air yang nak keluar dari bawah lantai. Tapi nak tak nak terpaksa guna. Alhamdulillah boleh la guna tapi kalau air laju-laju sangat air masih naik. Tapi tak melimpah keluar. Lega la jugak kan. Boleh membasuh dan memasak macam biasa tapi air jangan banyak-banyak guna sangat.
Beberapa hari kemuadian, datangla uncle dari Pemaju Perumahan. Di hentak-hentaknya dalam saluran tersebut. Dimasukkan getah paip ke dalam saluran tersebut. Maka air berjalan lah dengan lancar tanpa sebarang masalah. Keluarlah lemak ikan keli dan segala bagai dari saluran tersebut.
Sekarang saluran tersebut sihat walafiat seperti biasa. Alhamdulillah.
Jika anda mempunyai masalah yang sama, mungkin anda boleh mencuba kaedah-kaedah diatas.Saya pun rasa lega, masalah saluran tersumbat selesai sudah tanpa menggunakan banyak kos..kini saya boleh tersenyum bagaikan bunga matahari.
Senyum Macam Bunga Matahari |
Semoga perkongsian ini dapat membantu.
Wahidah Azizan
nurwandah@yahoo.com
ig :wahidahazizan
012-4698356
ig :wahidahazizan
012-4698356
0 comments