DEmam,
jelum Menjelum ini adalah aktiviti turun temurun sejak dulu lagi. Amalan yang diwarisi yang sehingga kini menjadi amalan ibu ibu terutama ketika anak-anak mengalami demam panas.,
panas
Apa Yang Boleh Digunakan Untuk Menjelum Anak Yang Sedang Demam ?
7:09 AM
Assalamualaikum
Bertemu lagi dalam entry kali. Saya mendoakan agar anda sentiasa sihat dan ceria dalam menjalani kehidupan seharian.
Anda biasa dengan amalan menjelum anak? Atau anda tak tahu apa itu menjelum.
Menjelum ini adalah aktiviti turun temurun sejak dulu lagi. Amalan yang diwarisi yang sehingga kini menjadi amalan ibu ibu terutama ketika anak-anak mengalami demam panas.
Menjelum ini adalah kaedah alternatif untuk mengurangkan panas badan menggunakan bahan tertentu yang diletakkan dibahagian kepala dan dahi anak yang demam bagi menurunkan suhu badan yang panas.
Apa Yang Boleh Digunakan
1) Asam Jawa
Ini adalah bahan paling popular kerana asam jawa mudah untuk didapati disetiap rumah
Asam Jawa Yang Mudah Didapati di Kedai-kedai |
Langkah
1)Ambik segenggam asam jawa.
2)Masukkan kedalam bekas yang mengandungi air
3)Ramas Asam Jawa tadi bersama air
4)Ambil sedikit air tadi dan sapukan dibahagian hadapan rambut dan kepala anak yang demam tadi. Lakukan berulang kali
5)Ulang setengah jam sekali atau apabila air pada bahagian dahi dan kepala tadi kering
2. Daun Lidah Buaya / Aloe Vera
Lendir pada daun lidah buaya sangat membantu untuk menurunkan panas badan.
Lidah Buaya |
Langkah
1) Ambil daun lidah buaya
2)Basuh daun lidah buaya tersebut
3)Buangkan bahagian berduri
4)Potong daun lidah tersebut
Lidah Buaya Yang Telah Di Potong |
5)Masukkan sedikit air kedalam bekas.
6)Ramas daun lidah buaya bersama air tersebut
7)Sapukan lendir lidah buaya di kepala tersebut.
8)Ulangi langkah
3. Daun @ Bunga Pokok Bunga Raya
Ni lagi satu tumbuhan yg sangat membantu untuk menyerap panas sewaktu demam.
Pokok Bunga Raya |
Menggunakan Daun
Langkah
1. Ambil daun bunga raya
2. Basuh daun tersebut. Kalau tak basuh nanti gatal.
3. Letakkan daun kedalam mangkuk berisi air.
4.Ramas sehingga daun mengeluarkan lendir.
5. Jelum kepala
Selain itu, Bunga Raya boleh diletakkan macam cool fever untuk mengurngkan panas. Alhmdulillah berkesan
Langkah.
1.Ambil 3 kuntum bunga raya
2.Basuh bunga raya tersebut
3. Cincang lumat bunga tersebut sehingga mengeluarkan lendir.
Cincang Lumat Daun Sehingga Begini |
4. Tempekkan bunga yang lumat tadi di dahi. Insyaallah sangat mujarab dalam mengurangkan panas badan ketika demam
Jika tidak ada sebarang yang saya cadangkan diatas, anda boleh menjelum dengan menggunakan air biasa sahaja.
Tujuan menjelum adalah alternative untuk menurunkan demam.
Jika demam berlarutan atau kerap berulang, sila pergi bawa anak anda berjumpa doktor untuk mendapat rawatan selanjutnya dengan segera.
Setakat itu perkongsian kali ini.Saya mendoakan agar anak-anak anda sihat terutama di sepanjang musim panas extreme ini.
Semua yang diatas adalah ilmu dari mak yang mana saya lihat sendiri bagaimana mak menjaga kami ketika demam. Walaupun mak seorang misi (dah pencen) tetap jugak menggunakan kaedah-kaedah diatas sebagai ikhtiar.
Semoga anak-anak kita membesar dengan sihat dan cepat kebah jika demam atau tidak sihat. Marilah kita berdoa agar kita sama-sama diberikan kesihatan yang baik.
Jangan lupa banyakkan minum air masak dan kuatkan antibodi untuk melawan penyakit .
Sehingga bertemu dilain kali
Salam sayang
Wahidah Azizan
0124698356
nurwandah@yahoo.com
0 comments