,

Aktiviti Yang Mesti Dilakukan Ketika Cuaca Panas

11:34 PM

Assalamualaikum

Bertemu lagi dalam entry saya seterusnya. Terima kasih kepada pembaca kerana sudi bersama ipohtaiping. 

Panas betul cuaca sekarang kan. Kalau tidur tak pasang air cond , mesti berpeluh-peluh bila bangun tidur.

Kadar purata hujan yang berkurangan boleh menyebabkan kekurangn air diempangan dan boleh menyebabkan catuan air yang menyebabkan pengguna perlu lebih berjimat cermat dalam penggunaan air.

Rasanya orang yang paling terkesan sekali dengan musim ni adalah 

1-orang yang dalam pantang  (panas weh nak bertungku)
2-Kontraktor binaan
3- Pelajar dan Ibu bapa yang ambil dan hantar anak ke sekolah pada waktu tengahari
4-Peniaga di gerai-gerai 
5-Polis Trafic ( serius panas tengok polis dok jaga bawah panas tu)
6-Petani/ Peladang

ni antaranya la.. banyak lagi terkesan akibat musim panas ni. Semoga kita sentiasa selamat dan sihat dalam apa jua cuaca sekali pun


Panas-panas ni, apa yang perlu kita buat


1) Minum Air 


Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Lagi baik setiap 25kg berat badan kita ambil 1 liter air. Selain dari mengurangkan rasa dahaga dan mengurangkan hidrasi, bekalan air yang mencukupi akan meningkatkan metabolisme badan lebih baik . Jangan tunggu dahaga baru minum. Minum setiap 15 minit. 

Pengedar Shaklee Ipoh 0124698356
Minum Air Tanpa Menunggu Dahaga

2) Kerap Mandi


And digalakkan untuk mandi lebih kerap. Bukan Mandi lebih lama. Kekerapan mandi boleh mengurangkan panas badan


3)Memperbanyakkan Aktiviti Dalaman


Adalah lebih baik anda tidak keluar kemana-mana jika tidak mempunyai urusan penting terutama pada waktu puncak mulai 12 tengahari sehingga pukul 3 petang. Pada waktu ini cuaca sangat panas dan lebih teruk jika anda terkena strok haba

Pengedar Shaklee Taiping 0124698356
Suhu Panas Yang Meningkat

4) Elakkan Aktiviti Pembakaran Terbuka


Cuaca panas akan menyebabkan mudah terbakar. Jangan sesekali melalukan pembakaran terbuka kerana ia akan merebak dengan cepat dan jika tidak dipastikan api akhir tidak dipadamkan betul-betul ia akan merebak ke kawasan lain tanpa sedar

Pengedar Shaklee Ipoh 0124698356
Aktiviti Pembakaran Terbuka Sangat Bahaya Ketika Ini


5) Alirkan Haba Keluar


Bagaimana mahu alirkan haba keluar? Mudah sahaja, buka tingkap pada waktu pagi dan malam untuk mengeluarkan haba yang terperangkap didalam rumah. Tapi pastikan ditutup semula sebelum masuk tidur :)

Pengedar Shaklee Ipoh 0124698356
Alirkan Haba Terutama Waktu Pagi dan Malam

6) Pakai Pakaian sesuai


Tidak memakai pakaian berwarna gelap kerana baju berwarna gelap menyerap haba. Tidak memakai pakaian yang terlalu tebal namun pastikan menutup aurat. Cari fabrik yang sesuai seperti kain kapas, linen , rayon dan banyak lagi . Jangan pakai pakain yang ketat . Jangan lupa, anda juga boleh memakai cermin mata gelap untuk membantu penglihatan disaat cahaya terlalu terik

7) Berpada-pada Minum Minuman Berais


Walaupun minuman berais menyamankan tekak pada ketika itu, sebenarnya ia tidak baik diamalkan . Ia boleh menyebabkan batuk dan ketidakstabilan pada suhu badan

Pengedar Shaklee 0124698356
Jangan Terlalu Banyak Minuman Berais


8) Pakai Penutup Kepala


Jika keluar diwaktu panas, pastikan anda menutup kepala anda dengan payung atau kain atau apa sahaja. Pancaran terus matahari boleh  menyebabkan pening dan sakit kepala



9) Siram Pokok Bunga


Mana-mana rumah yang memang ada menanam pokok-pokok, jangan la sesekali lupa menyiram pokok bunga :). Sian kat pokok , mesti dahaga. Ada sekali saya x sempat nak siram pokok sebelum pergi kerja, bila dah petang memang kering sangat. Kalau tak jaga boleh mati terutama pokok - pokok yang berada didalam pasu

Pengedar Shaklee Ipoh 0124698356
Jangan Lupa Siram Pokok


Bersabarlah dalam  menghadapi musim panas

Tidak ada cuaca yang buruk Yang da cuaca yang pelbagai . Semoga kita semua diberi kesihatan dalam menempuh apa jua cuaca yang melanda..

Marilah kita mengambil manfaat diatas setiap apa keadaan yang Allah berikan kepada kita


Jadilah Olaf yang sukakan musim panas :)


Salam Sayang

Wahidah Azizan
nurwandah@yahoo.com
0124698356



You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts