Takut? dan Anda Tidak Akan Ke Mana-mana
7:29 AM
Assalamualaikum
Bertemu lagi dalam entry kali ini
Musim panas dan kering semakin hampir meninggalkan kita. Titis-titis hujan sudah kerap membasahi bumi. Apa sahaja cuaca yang mendatangi kita, satu saat pun tidak pernah tepat dan tidak pernah zalim. Di musim tengkujuh , penjual baju hujan mendapat rezeki dari hasil jualan baju hujan. Manakala, pada musim panas, penoreh getah tentu lebih gembira untuk menjual susu-susu getah yang telah ditoreh
Begitu juga dalam kehidupan, adakalanya musim panas, terik, ada kala hujan dan adakalanya pelangi muncul. Ya, itulah kehidupan. Tidak ada masalah yang tidak akan berakhir dan tidak ada kegembiraan yang tidak akan muncul. Setiap orang sedang melalui "track" yang telah ditakdirkan. Bagaimana untuk sampai ke destinasi, itu adalah pilihan..
Setiap orang pasti diuji. Adakala perasaan hancur. Hati menjadi serpihan yang langsung pada logiknya tidak dapat bercantum lagi. namun, apakah Allah itu mendatangkan kesedihan untuk kita berputus asa dan tidak mahu hidup lagi?
Tentu sekali tidak. Ujian didatangkan supaya kita sentiasa muhasabah atas dosa-dosa. Ujian didatangkan ajar kita pergi mencari jalan sebenar supaya tidak jauh tersesat dek tipu daya dunia.
Just Do It! Tapi, Kenapa? from iReach HD on Vimeo.
Kegagalan bukan alasan untuk anda tidak boleh menjadi lebih hebat. Sangat ramai orang yang gagal berjaya . Dengan syarat tidak melihat kegagalan itu sebagai jalan mati. Tidak melihat kegagalan sebagai jalan untuk berputus asa.
Mari keluar dari kegagalan dan ketakutan
Bagaimana?
Satu cara terulung untuk membina diri menjadi insan hebat adalah pulang mencari Tuhan. Muhasabah tentang dosa dan kesilapan. Kita adalah manusia yang bukan maksum dan ternyata banyak sekali dosa, kesalahan, kegagalan dan kecuaian .
Melakukan istikharah atas pilihan, supaya setiap keputusan di bantu Allah. Melakukan solat-solat sunat terutama solat sepertiga malam. Ketahuilah tiada hari yang lebih indah selain dari hari yang malamnya anda bangun dan solat. Tak percaya? cubalah....
Sentiasa mulakan hari dengan sangkaan baik kepada Allah. Walaupun ia tidak mudah pada awalnya namun, saya percaya anda boleh lakukan!!!
Teruskan ...Jangan Putus Asa |
Yakin dan berdoalah semoga semua kerja buat kita sentiasa mendapat petunjuk dari Allah..
Anda masih takut? Silakan takut dan anda tidak akan kemana-mana
Salam sayang
Wahidah Azizan
0124698356
0 comments