, ,

Gaji Awal , Ramai Penjawat Awam Ambil Langkah Bijak

7:05 AM

Assalamualaikum..

Bulan Julai 2015, saat artikel ini ditulis. Hampir keseluruhan penjawat awam sudah menerima gaji Bulan Julai yang kebiasaannya diterima pada hujung bulan pada setiap bulan.

Rata-rata Penjawat Awam agak risau melihat angka2 yang sudah menerjah masuk ke dalam acc masing-masing.

Namun, kebanyakan masih bijak mengatur strategi.Tanpa dipaksa atau diajar, mereka telah membuat tindakan-tindakan berikut

1)Membuat bayaran penting untuk ansuran yang 'besar-besar' seperti ansuran rumah dan kenderaan.

2)siap2 membeli stok susu, diapers dan keperluan anak .

3)siap2 membeli barang wajib rumah seperti beras,minyak dan barang-barang dapur yang tidak mudah rosak.

4)Membuat bayaran awal ke Taska dan pengasuh anak-anak

5)Membuat bayaran utiliti terlebih dahulu dalam anggaran kebiasaan. Antaranya seperti bil elektrik,air,astro,telefon dan sebagainya.

Ada juga yang memang tak nak usik gaji, nak guna  pada tarikh sepatutnya namun..bukan ramai sangat yang tahan oiiiii...

Apabila segala bil dan pengasingan bayaran telah dibuat, risiko untuk kering kontang sementara nak sampai pada gaji bulan 8 sangat tipis.

Ada jugak yang ambik sikit buat perbelanjaan duit raya dan kos balik kg.Kalau ada lebih duitnya mengikut perkiraan anda.. maka silakan.

Kepada anda yang memang dah buat tindakan bijak, tahniahhh diucapkan kerana beringat dan tidak boros.

Semoga. Ramadhan ini mendidik kita..

Salam sayang
Wahidah Azizan
0124698356

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts