Novel x de tajuk #episod17

8:48 PM

Sampai kat tempat strawberi die tulis situ masuk free tapi nak petik kene bayo..Bayo la pulak.. tapi ikut berat strawberi tula..
Ala2 jakun jugakla sebab tak.pernah petik strawberi.Lepas dah kutip2.. selpie 5,6 keping aku pun keluar dari kebun strawberi.
Tapi macam ape jelakan sorang-sorang dok buat keje gitu. Takde kawan nak gelak gempita. Lupa dah aku pasal merisik sume tu.
Depan sikit dari kebun strawberi Tepi-tepi jalan ada jual macam-macam. Bende paling bes ade jagung rebus panas-panas. Berasap-berasap lagi la..

Aku beli kaktus dalam pasu kecik-kecik.8 pokok.RM10. boleh la..buat hiasan tepi tingkap.sayur-sayur semua segar-segar. Harga sama je macam kat Ipoh tapi ini lg fresh dari ladang.

Aku msg atun.Soh ambik aku dekat dekat tempat Cameron Bharat punye tempat. Ada ladang teh yang memang jadi tempat pelawat untuk tangkap gambo. Teh situ secawan pon 4 hengget lime kupang.. Tapi yela.. cas perkhidmatan gamaknya.sediakan tempat minum teh tepi ladang teh.


Elok pukul 2 ptg atun sampai. Kami.singgah solat dekat mana tah ni..aku pon x tau sangat kawasan ni. 

"Ko wida..mcm mn boleh sampai sini..nasib x sesat. Kolo x jenuh aku nak cari" atun membebel sambil buat muke risau die tu.

"Alah , teksi banyak wei. Bukan budak.kecik.Nak balik Ipoh trus pon boleh tapi sbb aku dah janji dengam kau kan..jangan risau la..x de sape nak.colek kawan ko ni walaupun memang cantik"

"Atun, ko tau tak, org nak merisik tu..nk dtg lepas zohor"..
Tiba-tiba ,tak semena-mena minah ni break mengejut..
"Hoiiiii, ko gile ke break mcm tu"
"Ko gile ke aku yang gile?"sambil membesarkan biji mata atun tgk aku"
"Aku silap hari.. aku ingat esok"
"Nasib la ko kawan aku wida..kolo adik aku mmg aku dah pelangkung lama dah..bende penting macam ni..macam mana boleh silap..Lainkali makan omega double dos,bagi bersambung sket sel-sel otak ko tu"

Aku nampak muke atun macam risau, mulut die laju sama macam tayar yang sedang bergerak..

Aku melayan perasaan je dalam keter, atun pulak pasang lagu2 oldskull zaman dulu-dulu, westlife la, BSB la,Nsync la...
Elok sampai simpang pulai, ada satu CRV dekat blakang tiba-tiba hon..

Apehal plak niii...

Bersambung.....

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts