Review : Little Caliph Permata Unggul Tambun
7:26 PM
Assalamualaikum semua
Insyaallah hari ni nak kongsi sikit tentang Tadika Permata Unggul, Tambun. Kali pertama dengar pasal Little Caliphs adalah dari kawan saya. Hazwani. Kawan baik dimana kami kerap berkongsi hal-hal perkembangan anak-anak.
Bila dengar macam-macam cerita baik dari Wani maka saya pun rasa macam nak hantar anak ke Little Calips. Bila tengok kat Ipoh ni ada di Kg Melayu, Ipoh. Kebetulan saya tinggal di kawasan Ampang maka saya dok berkira-kira mungkin itu yang sesuai untuk saya hantar.
Tahun 2014 Alhamdulillah ada rezeki untuk beli rumah dikawasan Tambun. Ternampaklah sebuah rumah yang dicat warna biru kuning. Eh, ada program little Calips la dekat sini. Kemudian saya terus search tentang Little Caliph Tambun.. Terjumpala Facebook Tadika tersebut Panorama Tambun Perdana.
Terus saya bertanyakan tempat untuk menghantar anak kembar saya.
2015 tahun pertama anak-anak disitu. Saya hantar ke sana dalam keadaan hanya tahu nyanyi ABC dan beberapa nombor.
Beberapa minggu di Tadika saya melihat perubahan anak-anak. Boleh membaca doa iftitah dengan maknanya dalam Bahasa Inggeris. Wehh sebak sangat. Mama pun tak pernah dengar maksud doa Iftitah dalam Bahasa Inggeris.
Boleh bercerita tentang kalau nak makan kena "wash hand" kemudian kena "line up". kalau dulu membahasakan kawan tu dengan panggilan kawan. Sejak-sejak dah masuk sekolah ni, pandai dah sebut nama kawan. Irfan, Arief , Sofiya , Hadif, Erina dan macam-macam lagi.
Alhamdulillah bacaan dalam solat semua diajar disekolah dan Alhamdulillah anak anak dah boleh baca kalau solat sendiri.. hatta tahiyyat akhir boleh dah baca sampai habis tapi dengan makraj budak-budaklah.
Cikgu-cikgu semua sangat baik. senyum je walaupun budak-budak macam macam perangai. Pernah saya lihat cikgu-cikgu mengajar penuh semangat dan minat. Bila cikgu cikgu semangat memang anak-anak akan cepat belajar. kalau ada apa-apa terjadi pada anak seperti tak sihak, pihak tadika memang segera hubungi saya.
Pihak tadika menggunakan Communication books untuk update silibus bulanan. Jadi , kita sebagai ibu bapa akan maklum untuk Januari anak-anak belajar tentang apa, surah apa, nombor berapa. Selain itu, ada dua kali pertemuan dengan ibu bapa untuk aktiviti Parent-Teacher Meeting .Kira macam hari ambil report card. Tapi, anak-anak ni tak ada la nombor-nombor, teacher akan maklumkan perkembangan anak-anak , apa yang perlu diperbaiki dan macam-macam lagi.
Suasana bersih dan selesa dan keadaan kelas yang sangat menarik minat kanak-kanak. tentu sekali cikgu-cikgu memberikan komitmen yang tinggi dalam nak mencantikkan kelas.
Untuk pelajar-pelajar baru, sebelum persekolahan bermula diadakan macam hari suai kenal. Ibu dan anak disekolah sambal buat aktiviti yang menggembiraan seperti menyanyi, bermain dan membuat aktiviti didalam kelas iaitu bermain dengan plasticine. Jadi tak ada la macam anak-anak ni takut sangat masa hari pertama persekolahan.
Saya tengok anak-anak pun seronok belajar. Aktiviti sains yang bermacam-macam. lukisan, mewarna, mengenal haiwan. eh..tangkap serangga pun ada tau.
Apa lagi yang best pasal tadika ni?
Tadika ada juga dikunjugi banyak syarikat-syarikat yang keluarkan produk seperti Dutch lady , Carry junior, Play doh, Dumex dan macam-macam lagi . Paling best bila banyak dapat hadiah free. Kita yang tengok pun seronok, anak-anak apatah lagi.
Balik sekolah tak berenti -renti cerita |
Antara aktiviti lain, tadika ada anjurkan hari kantin, seronok sangat budak-budak ni menjual beli. Ada juga Simulasi Haji yang mana kanak-kanak seronok sangat. Anak-anak saya sampai cakap.. esok anak mama tidur kat Mina..padahal..program tu siang je.punyala eksaited.Ada juga lawatan ke Maahad Tahfiz bagi kanak-kanak 6 tahun.
Hari Kantin |
Simulasi Haji untuk pelajar-pelajar |
Lawatan dan sumbangan ke Maahad Tahfiz |
Suka la sangat |
Hari sukan yang menarik, Ihtifal Day pun menarik. Taching tau tengok anak-anak buat persembahan. Tahun lepas anak-anak buat persembahan Choral Speaking . Memang terharu .. hebat sangat teacher yang melatih. . Ada lawatan untuk anak-anak ni juga. Tahun lepas anak anak ke Pizza hut, Balai Bomba dan Masjid Negeri. Tahun ni pelajar 6 tahun pergi lawatan ke Universiti Teknologi Petronas manakala anak-anak 4 tahun melawat Pizza Hut dan Pasaraya.
Kalau nak diceritakan tentang betapa besnya anak-anak belajar kat sini memang tak cukup space nak tulis. Apa pun, banyak progress terhadap anak-anak saya. Saya tak tahu tentang tadika lain. tapi, Alhamdulilllah, saya jumpa tadika yang boleh ajar anak saya mengenal Allah.
Kepada semua guru-guru yang menjaga dan mendidik anak-anak saya , terima kasih diucapkan. Bukan senang nak jaga budak tadika. terkencingla..muntah la..nasi tumpah la .
Kepada guru kelas anak-anak saya , Teacher Wawa, Teacher Zalika, Teacher Dieja. khususnya.. jutaan terima kasih mengajar anak -anak saya. Bagaikan menghantar buku kosong dan kembali dengan buku yang berwarna-warni.. Pagi-pagi datang sekolah disambut senyuman oleh guru-guru dipintu pagar. Penat keluar masuk uruskan anak-anak tapi masih tersenyum.
Sekalung tahniah kepada Guru besar Tadika iaitu Puan Azura dan En Hadi yang menguruskan tadika dengan terbaik dan cemerlang. Sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat anak-anak dan ibu bapa. Semoga tadika ini terus maju dalam mendidik dan mencorakkan anak-anak syurga ini.
Buat semua guru-guru yang Teacher Wan, Teacher Afrah, Teacher Bainun, Teacher Naja,Teacher Zu, Teacher Miza, Teacher Rose, Teacher Ika, Teacher Nurul , Ustazah, Teacher Zana dan semualah teachers sekalian..terima kasih kerana menjaga, mendidik anak-anak saya secara lansung dan tidak langsung .
Saya tahu anak-anak saya sangat gembira disini dan menikmati segala-galanya dengan riang disamping mendapat ilmu yang bermanfaat. Semoga jasa baik semua nya diangkat disisi Allah.
Comelkan semuanya |
Mengapa saya pilih tadika ini?
Sebab ada pilihan dan mahu yang terbaik..
Wahidah Azizan
0124698356
0 comments