Tragedi Aidil Adha dan Resepi Lempung Masak Lada

8:42 AM

Resepi Lempung Masak Lada

Assalamualaikum

Selamat Menyamput Hari Raya Aidil Adha buat Muslimin semua. Raya Haji tahun ni.. Pengalaman pertama kami solat hari raya di Masjid tepi jalan. Akibat tak sempat sampai ke kampung. Kalau solat di tengah jalan, mungkin boleh menimbulkan kemarahan penduduk kampung dan konfirm tak selamat. 

Asalnya hendak bergerak ke kampung pada malam raya tapi disebabkan malam raya tu  hujan maka kami anak beranak dan adik-adik pulang pada pagi raya. Mak Abah serta sebahagian dari adik-adik saya telah balik kampung terlebih dahulu.

Jam 7.40 pagi, pada pagi raya kami bertolak pulang ke kampung. Alhamdulillah perjalanan lancar. Sebetulnya malam raya hujan sangat lebat dan membuatkan saya tidak dapat melelapkan mata. Hujan antara waktu doa dimakbulkan. Semoga Allah mengangkat doa-doa kita yang berdoa . 

Sampai di pekan Kuala Kangsar jam 8.05 pagi. Berbincang-bincang didalam kereta dimana  kami harus berhenti Solat. Sampai di Talang kami lihat ramai lagi berdiri di luar. Jadi kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. 

20 minit kemudian kami melalui Ulu Kenas dan mendapati Solat hari Raya dah dimulakan. kami mengambil keputusan meneruskan perjalanan ke masjid di hadapan dengan harapan masih sempat untuk menunaikan solat.

Tak lama kemudian kami sampai di sebuah Masjid di Kampung Lempor. Entah ape name masjid idak awok ingat ( awak : saya). Takbir Raya masih berkumandang. Ini bermakna Solat belum dimulakan. Alhamdulillah..sempat untuk kami  menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha. Kelihatan beberapa khemah dan makanan terhidang diatas meja. 


Selepasa solat, jamuan hari raya diadakan. Ya Allah.. ajenye rezeki. memang banyak jenis makanan. Terima kasih kat AJK Masjid kampung Lempor serta mereka yang terlibat dalam menyediakan juadah yang super enak. Bab makan, kami hampir terlupa itu adalah kampung orang, bukan kampung kami. Kami makan dengan begitu berselera . 

Antara makanan yang dihidangkan antaranya laksa, lemang & rendang, laksa, kuih muih dan cendol. Tapi rendang daging die mak aihh memang sedap ya amat. memang tak tipu. Selesai makan semua, barulah kami bergerak ke kampung.


SELALU JE ORANG SINGGAH SINI TANGKAP GAMBO - GAMBAR  KOLEKSI SOLEHAH 


Sampai di kampung@ Rumah Hantu kak Limah Balik Rumah,  tengok-tengok lembu udah selamat disembelih. Sampai-sampai, idak le awak nolong ape pon..buat-buat sibuk menayang muke. Cuma, awak masak le lempung @ kelempung @ paru request dari sepupu teman. 


SEBAHAGIAN DARI SEPUPU DAN SAUDARA MARA MENGESAHKAN DAGING KORBAN UNTUK DIAGIHKAN DAN UNTUK DIBUAT SUP - GAMBAR IHSAN NAIMAH


Apa pun lempung teman ni mendapat pujian di peringkat antarabangsa :). Resepi lempung ni mak punya resepi, Bersama ini disertakan resepi lempung untuk dicuba. Tapi kuantiti bahan-bahan memang agak-agak je. Kome pandai-pandai le.

Resepi Lempung Superb Masak Lada

Bahan-bahan

Lempung / Paru / Kelempung ; nama lain-lain bendenya sama
5 tangkai Cabai Kering -diblander
3 biji Cabai Masak (yang beso) -ditumbuk/ 2 biji dipotong serong untuk hiasan
3 biji Cabai Burung -ditumbuk
3 sudu Lada Hitam -ditumbuk
5 ulas bawang putih -ditumbuk
5 biji bawang merah -ditumbuk
Kicap
Garam
Minyak masak
Kunyit
sesenduk air rebusan lempung

Cara-cara memasak

1. Rebus lempung sehingga masak

2.Ambil lempung yang telah direbus tadi dan hiris nipis-nipis

LEMPUNG YANG DIHIRIS SEBELUM DIGORENG MACAM NI LA BENTUKNYA -GAMBA IHSAN GOOGLE
3.Garam kunyitkan lempung tadi

4.panaskan minyak dan gorang lempung tadi sehingga garing.Angkat lempung yang telah digoreng tadi dan sorokkan. ( Lempung garing memang sedap. untuk mengelakkan dari habis diratah sebelum dimasak, anda perlu sorokkan lempung tersebut).hehe

5. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi iaitu lada hitam, cabai burung, cabai masak, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.Masukkan cabai kering yang telah dikisar halus. nak tumbuk pun tak ape. taknak bubuh pun tak ngape.

6. Tuang kicap. Jangan banyak beno. agak-agak le.

7. masukkan sesenduk air rebusan daging tadi. jangan banyak. nanti lempung tu lembik.

8. Bila semua dah sebati, masukkan lempung goreng yang telah disorokkan tadi. Kacau sehingga rata.

9. kalau rasa kurang masin, tambah garam. 

10. Potong-potong cabai masak dalam tu (untuk hiasan). Taknak pun tak apa.

11. Siap dah. Boleh makan

LEBIH KURANG MCM NI LA LEMPUNG YANG DAH SIAP- GAMBO NI AWAK GOOGLE 


itu jele resepi ringkas. Kolo tanya kuantiti bahan-bahan idak awak boleh nak kabo secara tepat sebab semua main agak-agak.. Tukang masak pro memang selalu macam tu.. hehe. Tapi boleh agak dengan kuantiti lempung.

Kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba, boleh la cuba. Tak susah pun.Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat anda semua.




You Might Also Like

2 comments

  1. macam sedappp aje..kena try ni..huhhuhu

    ReplyDelete
  2. Assalam..
    Lempung dgn paru tak sama tp boleh masak dgn resepi yg sama. Sedap..

    ReplyDelete

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts