Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Apa khabar anda semua? Semoga anda sihat dan sentiasa berada dalam kasih sayang dan rahmat Allah.
Sekarang cuti sekolah . Wah..ramai betul ibu bapa yang membawa anak berjalan-jalan, bercuti, balik kampung dan sebagainya bagi menghabiskan masa cuti.
Sebagai ibu bapa kita memang tidak mampu memerhati anak-anak 24 jam. Kadang-kadang kita teralik sikit pun macam-macam boleh jadi. Terjatuhla..terluka la.. terpeleot la dan macam-macam lagi.
Semoga Allah memelihara keselamatan kita dan anak-anak.
Benjol didahi |
Disini saya akan kongsikan cara menghilangkan benjol akibat terjatuh.
1. Bertindak Cepat
Yang pertama sekali kena cepat ambil tidakan, Jangan lambat. kalau lambat taku bengkak tak surut.
2. Tuam dengan wap panas
Ambil kain bersih, tekap pada mulut, hembuskan haba panas dan tekap pada tempat yang benjol itu.
3. Gunakan Haba Panas dari Seterika
Kaedah ni lebih kurang macam kaedah diatas, cumanya haba panas diambil dari seterika pada suhu yang selamat dan tidak menyakitkan . Tuam pada tempat yang benjol dan Insyaallah akan surut perlahan-lahan
4. Daun Terung Belanda.
Ada orang panggil terung pipit. Mak saya ada yang bagi petua ni,Ambik daun terung belanda.. gesek-gesek dengan dua tapak tangan ambil air daripada daun tadi letak pada tempat yang benjol tadi. walaupun air yang keluar dari daun adalah sedikit , letak sahaja pada tempat benjol. Letakkan juga daun yang telah digesek tadi ditempat yang benjol itu.
5. Daun Sireh
Layurkan daun sirih kemudian , tuam ditempat yang benjol tersebut. Petua ini saya dapat dari rakan pejabat saya Kak Liza.
6.Sapu Majerin
Rasa macam petua ni kelakar .Akan tetapi ianya Insyaallah mujarab. Sapu sahaja majerin atau planta die tempat yang benjol jangan terlalu sedikit) kalau berlemuih pon tak mengapa. Anda akan lihat kesan surut pada benjolan tersebut. Petua ini saya dapat dari ibu saudara saya Makteh Nora Shiha .
6.Sapu Majerin
Rasa macam petua ni kelakar .Akan tetapi ianya Insyaallah mujarab. Sapu sahaja majerin atau planta die tempat yang benjol jangan terlalu sedikit) kalau berlemuih pon tak mengapa. Anda akan lihat kesan surut pada benjolan tersebut. Petua ini saya dapat dari ibu saudara saya Makteh Nora Shiha .
7. Sapu Herbal Blend
Herbal Blend |
Disamping menggunakan petua diatas, saya juga menyapu Herbal Blend iaitu krim serbaguna ditempat benjolan. Insyaallah anda akan lihat benjol surut . Dibuat dari ekstrak herba semulajadi. Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
8. Dapatkan Rawatan
Jika keadaan benjol kelihatan semakin teruk dan simptom seperti demam, muntah dan tidak aktiv, segera dapatkan rawatan dari klinik dan hospital terdekat.
Sekadar ini sahaja petua dan cadangan yang boleh saya kongsikan. Semoga ianya bermanfaat untuk anda.
Eh, jika anda berminat nak dapatkan Herbal Blend dengan harga yang sangat mampu milik boleh hubungi saya. Banyak lagi khasiat Herbal Blend yang anda boleh manfaatkan.
9.Berdoa
Jangan lupa berdoa supaya Allah sembuhkan .
Jika anda ada petua atau cara lain yang boleh dicuba bagi menghilangkan benjol, boleh la berkongsi dengan kami.
Sehingga bertemu lagi dilain kali
Jika anda ada petua atau cara lain yang boleh dicuba bagi menghilangkan benjol, boleh la berkongsi dengan kami.
Sehingga bertemu lagi dilain kali
Saya Gembira Membantu Anda
Wahidah Azizan
0124698356
nurwandah@yahoo.com
0 comments