11 Cara Menghalau Tikus dan Cencurut Yang Masuk Rumah Paling Berkesan

12:55 AM

Assalamualaikum...

Hari ni kita nak sembang-sembang pasal tikus. Tikus ni tak kisah la dari keturunan apa pun tikus lah tetap tikus bagi saya.. Hamster ke ape ke... semua geli bagi saya.

satu lagi cencurut ..sama spesis ngan tikus..suka masuk rumah . Nak halau cukup susah.Cencurut lebih kecil, bermulut muncung dan suka buat bising. Cencurut tak usik makanan, tak gigit baju tapi suka berak.. 

Cencurut mempunyai muncung lebih panjang, berbunyi bising dan busuk


Tikus kalau dah masuk rumah memang stress.  Kalau dia dah berak, buat pot merata..siap gigit baju, makan segala bagai . Bukan senang nak halau tikus weh. Tapi boleh cuba dan ikhtiar.

Masa kuarters kami diserang tikus, memang tiap-tiap hari pikir sampai semak rasa kepala. gemok-gemok pulak tikusnya. Habis semua rumah jiran-jiran kena serang dek tikus. maklumlah kuarters tepi sungai ada rimba-rimba plak tu

Banyak cara halau tikus yang boleh kita cuba..buat boleh sampai jadi..

pengedar shaklee ipoh 0124698356
tikus masuk rumah memang stress


1. Pasang perangkap


Gigih la saya p beli hardware beli perangkap tikus. RM16. kene umpan kepala ikan goreng ke atau apa-apa makanan. Tapi letak kat tempat laluan. saya sorok perangkap dalam plastik hitam :). Dapat tau tikus. seronok gila rasa.

kali pertama dapat saya kesian nak bunuh. letak tikus dalam perangkap kat luar. Sekali bangun pagi esok tengok-tengok tikus dah tak ade..  huwaaa...sakitnya hati.

Lepas  tu kan, perangkap tikus tu kalau nak guna balik kene siram ngan air panas bagi bau dia hilang. kalau tak, takdenya nak dapat tikus lagi.

2.Racun Tikus


Racun kat pasar malam ade jual.. kat hardware pon ade. Ade yang jenis biji, macam beras, serbuk beracun pun ade.. pilihla yang mana anda suka. tengok keadaan sama ada anda ada anak kecil atau macam mana.

Lagi satu kalau yang menyerang tu cencurut, kalau nak beli racun, bagitau kat orang kedai tu, untuk cencurut. Sebab, kalau racun tikus cencurut tak akan dekat. rugila..dah beli tapi dia tak layan pulak.

Memang tikus mati. tapi nya, Ada yang mati kat dalam bilik air.  Paling tak tahan ada yang mati dekat bawah katil, blakang almari... jenuh membongkor weiii..

3.Letak Daun Durian Belanda

Jenuh saya mencari daun ni.. tak jumpa.. orang kata letak dilaluan tikus tu berjalan. Bila pindah rumah baru, abah tanam pokok durian belanda..ha...puas hati.

4.Lada Hitam


Letakkan lada hitam dilaluan tikus supaya dia lari

5.Letak Gam


Gam tikus boleh beli kat hardware, saya dah cuba letak gam pada permukaan kertas keras. tapi masalahnya bila lekat gam tu pada kaki tikus. Tikus boleh lari. Habis lantai berlekit gam bentuk kaki tikus.. lagi sakit hati wei.


6.Jangan Sumpah Tikus


Jangan sesekali sumpah tikus, nescaya berbondong-bondongla keturunan dia datang kat rumah kita. Silap hari bulan dia gigit pulak baju-baju orang yang sumpah tu..Macam tau-tau je.

7. Guna Spray Ridsect


Petua ni saya dapat dari sorang kawan. Bila nampak tikus, kejar dia.pastikan anda standby spray dengan penyapu. Bila jumpa je dia, spray kat muka tikus tu sampai lama-lama. pastu ketuk dengan penyapu. 

Bila dia dah lemah , ketuk botol spray dibahagian kepala tikus. memang mati Insyaallah memang mati.

saya memang menggigil nak kutip tikus yang mati tu tapi sakit hati punya pasal memang kutip. Ikutkan memang geli dan takut tapi tak sanggup nak bergelumang dengan tikus.

Eh tak semestinya cap ridsect tau.


8.Beli Getah Penutup Bawah Pintu


Benda ni pun ada jual dekat hardware. Pasang ini dibahagian bawah pintu. Senang je nak pasang.perempuan pon boleh.janji ade screw driver.  Jadi, tikus tak boleh nak keluar masuk dalam rumah kita. 


9.Bela Kucing


kalau anda nak bela kucing untuk tangkap tikus, pastikan kucing tu bukan jenis pemalas, penakut, pondan.huhu. Ada sesetengah kucing, tikus lalu pon dia tengok.

tapi kucing tak akan makan cencurut sebab sencurut ni busuk.

10.Letak Buah Pong pong

pengedar shaklee ipoh 0124698356
Buah pong pong penghalau tikus

Buah ni warna hijau.macam buah epal hijau tu. Tapi tak ada jual. dia banyak kat tepi-tepi jalan.

letak je kat laluan tikus. Insyaallah tikus lari.

11.Solat Hajat


Tak dapat nak digambarkan tahap sakit hati bila tikus lalu lalang tapi tak boleh nak tangkap.

dah tu mengojekan kain baju dan makanan kita 

Buatlah solat hajat, mintak Allah keluarkan tikus tikus tu. Sepatutnya solat hajat ni kita buat mula-mula dalam usaha mengusir tikus.

Tapi saya dah last sekali baru buat. Alhamdulillah atas pelbagai-bagai usaha..tikus pun berpindah ke tempat yang lain..yang mati pun banyak jugak.

Yang takut nya bila ada tikus ni, takut ada ular.sebab ular mengejar tikus..ee..lagi seram..


Saya mendoakan anda bebas dari masalah tikus. Kita bunuh dan tangkap kerana risau wabak penyakit.  

Mudah-mudahan semua petua dan cara diatas membantu anda

Wahidah Azizan
0124698356
ig: wahidahazizan
nurwandah@yahoo.com


Saya adalah Pengedar Shaklee Ipoh, Pengedar Shaklee Taiping dan COD Shaklee Ipoh (Ampang, Rapat Setia, Tambun, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan) dan COD Shaklee Taiping (taiping, Aulong, Simpang, kamunting).Boleh dapatkan vitamin Shaklee daripada saya, konsultasi percuma. Pos ke semua kawasan di Malaysia, Sabah dan Sarawak..  

*Shaklee adalah produk kesihatan

You Might Also Like

20 comments

  1. tq tq tq tq atas jalan2 yg diberikan.... akan cuba digunapakai.... cuma masalahnya sy x sure yg dok ada kat umah tu cencorot ke cik ti... uwwaaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya cikti beso sket..cencurut kecik .mulut muncung tirus..gud luck ekkkkkk

      Delete
  2. Stress semalaman bila cik cencurut dok main nyorok2..dia xmau keluar aih..sat2 ja dia lintaih.tq atas petua..satgi nk p beli perangkap..huhu

    ReplyDelete
  3. Solat hajat la paling win...terima kasih awak

    ReplyDelete
  4. betul ke kalau kita marah2 kat cik ti tu nnti rumah kita bertambah keturunan dia dalam rumah?

    ReplyDelete
  5. cencorot gerak semayang subuh pagi tadi. huhu camna nak hapuskan depa ni.. pakai perangkap, tak lut.. sembur Bygone tak mati.. asik je nampak kelibat...geram tol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene beranikan diri bunuh die.kejar dia.pastu spray muka die.die pening2 tu kejar sampai dapat.ketuk kpl die dgn tong spray tu

      Delete
  6. Ni haa tngah main sorok sorok pulak ngan kite..dah la besar geli tengok

    ReplyDelete
  7. 3hari lepas rumah masuk cencurut..die punye bau lain mcm..pening jga pk cmne nk halau.

    Smlm nmpak merayau,trus amik penyapu halau smpai la die lari ikut sliding door..lega..

    Pastu dgar bunyi krek2,ade lg sekor rupenye..dtg dari lubang bilik air..skang ni tgah cari barang utk halau die plak😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deme ni tak mau nye sekor.mesti berkawan.kene tutup lubang keluar masuk.lepas tu operasi bunuh deorang.kalau idak.selagi tu tak tenang

      Delete
  8. thank you for the tips sis.

    rumah saya pun ada tikus, adoiii lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat!! saya pun dah cuba segala benda

      Delete
  9. Sy tidur mlm2 tikus masuk bilik terus bangun sbb tikus duk bawah katil😩

    ReplyDelete
  10. Terima kasih ats tips..sgt berguna..kne test tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga berguna ..saya pun try je buat semua.geram

      Delete
  11. Satu lagi cencurut ni kecil...saya pernah kejar pukul 2 pagi nak serkup dengan kain buruk x dapat....punya la laju dia lari.....dia dapat keluar melalui celah pintu dapur yang besarnya x sampai setengah inci.....satu lagi badan dia boleh leper leper la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah serius memang betul apa encik cakap tu..geram je sebab die kecik boleh mencelah pastu siap boleh leper leper lagi.

      Delete
  12. Kak ceman nak buat ni... tak pasti tu tikus ke cencorot. Dia berak dan kencing merata dah satu keja. Dia gigit baju smpai berlubang pulak pastu dia gigit kaki saya malam malam ni kak... nak nangis la saya dah la besar pastu busuk.. dah 3 kali kena gigit

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau main gigit ggit ni biasanya tikus. Carila racun tikus. bahay aoo kena gigit tikus ni

      Delete

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts