, ,

Apa Yang Boleh Digunakan Untuk Menjelum Anak Yang Sedang Demam ?

7:09 AM

Assalamualaikum

Bertemu lagi dalam entry kali. Saya mendoakan agar anda sentiasa sihat dan ceria dalam menjalani kehidupan seharian.

Anda biasa dengan amalan menjelum anak? Atau anda tak tahu apa itu menjelum.

Menjelum ini adalah aktiviti turun temurun sejak dulu lagi.  Amalan yang diwarisi yang sehingga kini menjadi amalan ibu ibu terutama ketika anak-anak mengalami demam panas.

Menjelum ini adalah kaedah alternatif untuk mengurangkan panas badan menggunakan bahan tertentu yang diletakkan dibahagian kepala dan dahi anak yang demam bagi menurunkan suhu badan yang panas.


Apa Yang Boleh Digunakan


1) Asam Jawa

Ini adalah bahan paling popular kerana asam jawa mudah untuk didapati disetiap rumah

pENGEDAR sHAKLEE iPOH 0124698356
Asam Jawa Yang Mudah Didapati di Kedai-kedai

Langkah

1)Ambik segenggam asam jawa.

2)Masukkan kedalam bekas yang mengandungi air

3)Ramas Asam Jawa tadi bersama air

4)Ambil sedikit air tadi dan sapukan dibahagian hadapan rambut dan kepala anak yang demam tadi. Lakukan berulang kali

5)Ulang setengah jam sekali atau apabila air pada bahagian dahi dan kepala tadi kering

2. Daun Lidah Buaya / Aloe Vera

Lendir pada daun lidah buaya sangat membantu untuk menurunkan panas badan.

Pengedar Shaklee Ipoh 0124698356
Lidah Buaya

Langkah


1) Ambil daun lidah buaya

2)Basuh daun lidah buaya tersebut

3)Buangkan bahagian berduri

4)Potong daun lidah tersebut

Pengedar Shaklee 0124698356
Lidah Buaya Yang Telah Di Potong


5)Masukkan sedikit air kedalam bekas.

6)Ramas daun lidah buaya bersama air tersebut

7)Sapukan lendir lidah buaya di kepala tersebut.

8)Ulangi langkah

3. Daun @ Bunga  Pokok Bunga Raya

Ni lagi satu tumbuhan yg sangat membantu untuk menyerap panas sewaktu demam.

Pengedar Shaklee 0124698356
Pokok Bunga Raya

Menggunakan Daun

Langkah

1. Ambil daun bunga raya

2. Basuh daun tersebut. Kalau tak basuh nanti gatal.

3. Letakkan daun kedalam mangkuk berisi air.

4.Ramas sehingga daun mengeluarkan lendir.

5. Jelum kepala

Selain itu, Bunga Raya boleh diletakkan macam cool fever untuk mengurngkan panas. Alhmdulillah berkesan

Langkah.


1.Ambil 3 kuntum bunga raya

2.Basuh bunga raya tersebut

3. Cincang lumat bunga tersebut sehingga mengeluarkan lendir.

Pengedar Shaklee 0124698356
Cincang Lumat Daun Sehingga Begini


4. Tempekkan bunga yang lumat tadi di dahi. Insyaallah sangat mujarab dalam mengurangkan panas badan ketika demam
Jika tidak ada sebarang yang saya cadangkan diatas, anda boleh menjelum dengan menggunakan air biasa sahaja.


Tujuan menjelum adalah alternative untuk menurunkan demam.
Jika demam berlarutan atau kerap berulang, sila pergi bawa anak anda berjumpa doktor untuk mendapat rawatan selanjutnya dengan segera.

Setakat itu perkongsian kali ini.Saya mendoakan agar anak-anak anda sihat terutama di sepanjang musim panas extreme ini.

Semua yang diatas adalah ilmu dari mak yang mana saya lihat sendiri bagaimana mak menjaga kami ketika demam. Walaupun mak seorang misi (dah pencen) tetap jugak menggunakan kaedah-kaedah diatas sebagai ikhtiar.

Semoga anak-anak kita membesar dengan sihat dan cepat kebah  jika demam atau tidak sihat. Marilah kita berdoa agar kita sama-sama diberikan kesihatan yang baik.

Jangan lupa banyakkan minum air masak dan kuatkan antibodi untuk melawan penyakit .

Sehingga bertemu dilain kali

Salam sayang

Wahidah Azizan
0124698356
nurwandah@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts