,

Cara Penjagaan Kebersihan Gigi Susu Dan Cara Mengesan Tanda Awal Karies

12:32 AM

Assalamualaikum


Saya menulis artikel ini semasa menunggu giiliran untuk pemeriksaan gigi oleh Dr Farah Syazwani di Klinik Kesihatan Jelapang. 

Sementara menunggu, saya membaca  pamplet di papan kenyataan klinik. Saya menyalin semula untuk dipanjangkan ilmu kepada rakan-rakan sekalian. 

Amalan kesihatan pergigian adalah penting untuk seisi keluarga. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan gigi yang baik seumur hidup..

Sedikit Sebanyak Tentang Gigi Susu


Pengedar Shaklee Ipoh
Gigi Susu 

1.Gigi susu mula tumbuh apabila berumur 6-8 bulan.
2. Proses pertumbuhan gigi susu (desidus) selesai apabila kanak2 berumur 2-3 tahun.
3.Gigi susu berperanan membantu kanak-kanak bercakap.dengan jelas.
4.Memberi panduan gigi kekal untuk tumbuh dengan teratur.
5.Menambah kecantikan paras rupa dan keyakinan diri anak-anak
6.Membantu mengunyah makanan dengan sempurna


Penjagaan Awal Gigi Susu


Cara Mengesan Tanda Awal Karies Gigi



1. Periksa mulut anak anda sekurang-kurangnya sebulan sekali
2.Angkat bibir dan lihat keseluruhan permukaan gigi. Perhatikan pinggir gusi dimana karies gigi sering bermula.
3.Awasi tanda karies seperti garisan, bintik,  tompok berwarna putih , coklat atau hitam.

Pengedar Shaklee Ipoh
Karies gigi juga turut terdapat pada kanak-kanak jika tidak dijaga dengan baik

4.Mulakan lawatan ke klinik pergigian apabila kanak-kanak berumur 1 tahun.



Penjagaan Kebersihan Mulut Kanak-kanak.


1.kanak-kanak berumur bawah 1 tahun - dibersihkan mulut selepas makan dengan menggunakan kain/tuala basah yang lembut.

Pengedar Shaklee Ipoh 0124698356
Antara kaedah yang digunakan untuk membersihkan gigi dan lidah kanak-kanak kecil

2.Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.. Di waktu pagi dan malam iaitu sebelum tidur.
3.Pilih berus gigi yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak
4.Gunakan ubat gigi yang bersesuaian untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas.

Rujukan : Bahagian kesihatan pergigian, Kementerian kesihatan Malaysia
http ://ohd.moh.gov.my


Semoga kita sama-sama dapat menjaga kesihatan gigi demi kesihatan berpanjagan pada masa akan datang.


Salam Sayang

Wahidah Azizan
0124698356
wahidahazizan@gmail.com

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts