Faktor Yang Menyebabkan Wanita Takut Mengandung

2:37 AM

Assalamualaikum

Smalam update post di facebook pasal mengandung

"kalau mengandung tu ..

Konfirm Allah tau kita ready.."

Sebenarnya ramai wanita yang nak mengandung tapi masih belum rezeki.

Ramai juga yang dah ada anak-anak tapi takut nak mengandung.

Banyak sebenarnya sebab ibu-ibu takut nak mengandung.

Pengedar Shaklee Ipoh 0124698356
Banyak faktor yang menyebabkan wanita takut mengandung


1.Takut dah tak cantik macam sebelum mengandung

Memang la bila mengandung badan jadi besar, parut lagi, menggelebeh lagi tapi itulah antara perkara yang akan jadi saksi kita diakhirat kelak/

2.Takut Anak Rapat 

Alasan ni ramai je yang pakai.. "anak kecik lagi" , "tunggula besar sikit" 

3.Masalah Kewangan

Walaupun Allah dah janji, tiap-tiap anakadam yang lahir tu mesti ada rezeki untuk dia. Tapi ramai yang masih takut-takut.

4. Sejarah mengandung yang teruk

Ramai yang mengalami masalah mengandung yang teruk dansejarah bersalin yang menakutkan sehingga merasa serik untuk mengandung kembali. 

5. Umur Dah Banyak

Tak jurang juga ramai yang takut nak mengandung bila usia dah lebih 40 tahun . Selain faktor kesihatan, bukan senang sebenarnya nak jaga baby sedang usia makin meningkat.

6.Risiko Keselamatan

Ada ibu yang telah dinasihati oleh doktor supaya tidak mengandung atas-atas faktor risiko dan keselamatan yang boleh membahayakan ibu dan juga bayi.


Sebenarnya kan, saya sendiri pernah takut mengandung...huaaa

Ini bukan sebab tak cukup duit ke atau sebab alahan teruk.. Saya ni memang kalau mengandung alah teruk sangat. Sampai warded berkali kali dan masuk air berbotol-botol.

Setelah bertanyakan pendapat kawan maka saya menggunakan pil yasmin sebagai medium pencegahan kehamilan.

Boleh tahan harga Yasmin ni tapi pejam mata jela. Sebab bila servey-servey ini yang macam paling ok. Kebetulan masa tu pulak anak-anak menyusu badan tak lama (akibat kejahilan ilmu penyusuan. Sampai sekarang rasa menyesal)

Pernah sekali masa anak-anak kembar saya berumur 6 bulan,masa tu period datang lewat. Ha, kecut perut weh. sangat-sangat kecut perut.

Takut sangat nak mengandung sebab anak masih kecik lagi. Bayangkan nak jaga baby kembar pastu kalau mengandung lagi..aish tak boleh bayang. Sebenarnya, orang lain boleh je jaga anak kecik ramai-ramai tapi tulah waktu tu takut sangat.

Lepas anak-anak berumur setahun saya stop ambil Yasmin dan tak lama lepas tu saya mengandungkan anak yang kecil. 

Sebenarnya kalau difikir-fikirkan balik, kalau kita dah Allah bagi rezeki mengandung tu tandanya memang kita dah bersedia. Tapi kita je yang tak tahu. 

Macam belon, selagi kita tak tiup, Kitapun tak tahu sebesar mana belon tu boleh membesar.

Bila Allah bagi maknanya kita mampu. 

Bila Allah bagi maknanya Allah nak kitabelajar sesuatu

Anak-anak ini memang aset besar jika dididik dengan jalan yang betul.

Sesungguhnya Nabi Muhammad berbangga dengan ummatnya yang ramai .

Susah jaga anak-anak.. tapi kalau dah start ada anak-anak.. kau akan susah hati bila anak-anak tak ada.

Bagi yang belum dikurniakan cahaya mata, tiap-tiap yang terjadi pasti ada hikmah. Walaupun agak perit menjawab persoalan" bila nak ada anak".

Jangan putus asa..

Insyallah ramai yang mendoakan anda.

Bagi ibu-ibu yang masih dalam zone produktif, jom beranak!!! yeay!!

Meminjam kata kata senior saya Suzana Mohame Ali dalam facebooknya..

"Ada anak atau tak, tak pernah jadi syarat untuk masuk syurga "

Semoga hari-hari anda terus gembira dan ceria

Wahidah Azizan
0124698356
nurwandah@yahoo.com
ig: wahidahazizan
Youtube: Wahidah Azizan


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts