Kebaikan Susu Ibu Yang Anda Mungkin Tak Tahu

8:28 AM

Umum mengetahui bahawa susu ibu sangat baik untuk tumbesaran anak anak.


Kandungan susu ibu yang kaya dengan pelbagai zat,vitamin dan mineral sangat membantu meningkatkan antibodi bayi.

Kolustrum iaitu cecair berwarna kekuningan yang terhasil pada awal pengeluaran susu membantu bayi mempunyai rintangan yang tinggi kepada penyakit dan sangat baik untuk usus bayi.

Antara kebaikan Susu ibu ialah

1.Sangat baik untuk sistem pencernaan

Susu ibu mempunyai tekstur yang lembut.Ia mengenyangkan dan mudah dihadam.Zat susu ibu diserap sepenuhnya oleh tubuh bayi.

2.Membina antibodi yang kuat

Susu ibu tidak dapat disangkal lagi sangat baik untuk antibodi bayi. Bayi yang minum susu ibu sepenuhnya  jarang menghadapi penyakit seperti demam, batuk dan selesema. Jika terkena penyakit tersebut , jangkamasa untuk sihat sembuh adalah cepat.

3.Kurang alahan

Bayi yang menyusu dengan susu ibu didapati mengalami kurang alahan berbanding dengan ibu ibu yang memberikan anak selain susu ibu.

4.Baik Untuk Mata dan pendengaran

Susu bayi dipercayai sangat baik untuk mata bayi dan pendengaran bayi.Kurang risiko untuk mengalami penyakit telinga.

5.Kurang Cerewet Memilih Makanan

Bayi bayi yang menyusu dengan ibu mendapat zat daripada pemakanan ibu.Kepelbagaian ibu dalam memilih makanan menjadikan deria rasa bayi lebih mudah menerima pelbagai jenis makanan apabila sudah mula makan.


Banyak lagi kebaikan susu ibu Saya kongsi hanya 5 daripadanya.

Suka saya mencadangkan buku yang baik untuk bacaan terutama bagi ibu ibu muda.

Buku bertajuk 100 persoalan mengenai penyusuan ibu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka adalah naskah hebat yang membincangkan tentang susu ibu.

Ibu ibu disarankan menyusukan bayi dengan ilmu yang betul supaya dapat menjalankan tanggujawab peyusuan ini ke tempoh masa yang sepatutnya.

Kuatkan semangat walaupun banyak ujian sepanjang perjalanan menyusukan bayi.Semoga anda berjaya.

Saya Gembira Membantu Anda

Wahidah Azizan
0124698355




You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts