Tips Berkunjung ke Zoo Taiping
8:52 AM
Zoo antara tempat yang sering di lawati oleh kumpulan keluarga terutama mereka yang mempunyai anak anak kecil.Selain anak anak dapat melihat haiwan dengan lebih dekat, aktiviti seperti ini dapat memupuk rasa sayang kepada haiwan.
Namun begitu, terdapat beberapa tips yang dicadangkan jika anda hendak berkunjung ke Zoo Taiping.
Zoo Taiping terletak dikawasan Taman Tasik Taiping di Negeri Perak. Pemandangan disini cukup cantik dan mendamaikan.Saya pasti anda akan mahu untuk datang lagi setelah lawatan kali pertama.
1.Bawa Mykad bagi penduduk Taiping yang menggunakan alamat Taiping kerana anda akan menikmati diskaun untuk harga tiket.Memadai pembeli tiket yang mempunyai kad pengenalan beralamat Taiping.
2.Pakai Kasut Yang Sesuai
Kawasan Zoo Taiping sangat luas.Anda sangat memerlukan kasut yang paling selesa untuk berjalan.
3.Bawa Payung
Taiping antara kawasan di Malaysia yang mendapat taburan hujan paling tinggi.Kebarangkalian untuk hujan juga tinggi.Bersedialah dengan payung untuk cuaca panas atau hujan.
4.Pergi Pada Waktu Pagi
Kebiasaannya hujan akan turun pada waktu petang.Adalah lebih selamat jika anda membuat lawatan pada waktu pagi.
5.Bawa Stroller atau Pakai 'Baby Carrier'
Bagi yang mempunyai bayi kecil ,anda amat disarankan untuk membawa stroller baby atau baby carrier.
Ini memberi keselesaan kepada anda dan bayi itu sendiri.Mendukung bayi pada masa yang lama pasti membuatkan anda berasa lenguh.
Kemudahan asas seperti surau, tandas dan kedai untuk membeli makanan ringan terdapat didalam kawasan zoo.
Disamping itu,untuk menaiki kereta api didalam zoo juga disediakan percuma untuk semua pengunjung.Namun perlu menunggu giliran.
Jadi,jemputlah datang ke Zoo Taiping yang mempunyai banyak haiwan.
Semoga tips ini membantu anda.
0 comments