Mata hitam Huda dua dua kebawah macam juling ke bawah..eh..pelik
"Doktor, mata adik saya bukan macam tu"
Tak lama kemudian....
aku call sepupu aku Dayah. Dayah ni nurse hospital Ipoh ni..aku pun blur tak tahu apa nak buat..
"Dayah, kamu kerja apa hari ni?"
"Pagi " "kenapa yong?"
aku cerita la apa yang terjadi. Lepas aku call Dayah, aku call aney (adik aku no 2)...Dayah cakap nak datan glepas Maghrib.
Keadaan Huda macam lagi pelik je. Selain drip, kena pakai oksigen juga. Banyak kali nurse ambil darah. Dengan bp tak stabil, demam tak kebah.
Beberapa kali juga Doktor pangggil aku tanya apa yang berlaku.
Aku cerita semuanya.
Doktor tanya " ada balik melancong dari mana-mana?"
" Ada " jawab aku ..
"Berapa orang semua yang pergi"?
" 14 orang"
"yang lain ok?"
"ok ..yang lain ok tak ada masalah"
Tak lama lepas tu Dayah pun sampai. Kebetulan Dayah kenal dengan staf dekat emergency tu jadi boleh la tanya macam -macam. Aku nak tanya pun terhad. Sebab tak berapa reti""
Setengah jam lepas tu adik dengan mak aku sampai dari Taiping.Semua terkejut tengok Huda, walaupun dah masuk 2 botol drip dah dia masih sama. Demam masih tinggi dan bp pun masih rendah.
Dayah ajak aku solat Isyak dekat tingkat 1, takut pukul 10 nanti surau tutup.
Masa kat surau tu aku Solat Isya' lepas tu punya la tak tahan..berambu air mata. Tak sangka tiba- tiba jadi teruk.
Dekat emergency sorang je boleh masuk ganti ganti pas. Kak Fazi datang bawak nasi goreng.
"Ko dah makan Wida?Ni akak bawak nasi goreng"
Aku bawak Huda pergi CT Brain masa terserempak dengan Kak Fazi tu.
Lepas bawak pergi CT brain, aku makan nasi goreng kongsi dengan mak. Mak makan pun berselera padahal sebelum tu aney dengan abah dah belikan nasi lemak.
Dah dekat pukul 12 malam Huda memang tak settle lagi urusan dia.
8 Nov 2018 / 1.30 pagi
Aku terlelap dekat kerusi menunggu. Entah berapa kali tersengguk.
Tersedar je terus pegi masuk ke red zone .
"Adik saya mana?" aku cari cari Huda tak ada.
" tu....." nurse tunjuk. ahhaha..masalah mamai lepas bangun tidur aku ni memang tak dapat dielakkan.
Aku balik duduk di kerusi menunggu. Update keadaan terkini pada ahli keluarga.
aku terlelap balik
2.45 pagi, aku terjaga.. terus pergi ke red zone..kali ni cari cari Huda memang tak jumpa
"Adik saya mana?" tanya aku pada nurse kat situ
" deorang dah hantar wad baru je 5 minit"
"kenapa tak bagitahu? " saya tunggu dekat kerusi tu"
" dah cakap dah suruh bagitahu.. deorang ingat dah balik"
ha..kemain aku tunggu ..
Aku terus naik ke wad 8B
Aku sampai je wad, sampai je nurse suruh beli barang keperluan Huda"
8 Nov 2018 / 5.17 pagi
" Yong , adik demam"
Ini wasap yang anje hantar. Aku kat hospital jaga Huda, anak kat rumah pulak demam...susah hati wooo. Aku tau Hani kalau demam dia macam dasyat sikit.
Sebelum Subuh aku lap lap Huda, tuka baju dia semua. Bagi dia selesa sikit.
Puku 7.30 pagi aku terus balik rumah . Time tu aku sendiri dah rasa macam tak berapa nak larat.
Balik rumah tengok Hani memang demam. Anje pun demam . Aku keluar balik beli sarapan sebab semua ..
Tengok anje pun dah berbaring dalam bilik. Demam panas!!
"Tunggu pukul 9 pagi klinik bukak"
Lepas aku settle bawak anje pegi klinik, settle kan ubat ubat Hani, aku pun baring. Flat!!! dengan aku aku pun demam.
Aku langsung tak larat nak tengok Huda. Baring je dalam bilik dengan Hani. Tak lama kemudian..
"mama, abang tak larat" Ya Allah Harith pulak demam.
Tengahari tu adik aku Aini mintak kawan dia Fathiyah hantar makanan tenghari untuk kami anak beranak. Habis semua flat tak larat nak bangun.
16 Disember ni anje nak kawen, tak lama dah ...
Anje walaupun demam masih nak fikirkan persiapan kawen. Semua family pun ada kat sini . Persiapan banyak tak siap lagi .
Aku anak beranak memang terjelepek habis atas katil. Sampai hari Ahad. Abah bawak kami nak pergi klinik tapi masalah pulak time tu klinik tutup. Maklumkah hari cuti.
Last- last pergi farmasi memang beli ubat demam yang kuat punya untuk aku. Sebab tak kebah. Adik adik aku dan adik Ipar semua turun dari Taiping jagakan Huda.
Aku? nak bangun pun tak mampu
(nanti kita sambung ye)
Mata hitam Huda dua dua kebawah macam juling ke bawah..eh..pelik "Doktor, mata adik saya bukan macam tu" Tak lama k...