Kisah Huda - Episod 1

10:30 PM

7 Disember 2018 - Bermulalah detik cemas kami sekeluarga


Lepas aku bawak abang Solat Jumaat, aku singgah Ekonsave.Nak cari haiwan dan tumbuh tumbuhan..Maklumla cuti sekolah.. ya amat laku semua makanan dekat rumah.
Aku dapat wasap anje anto ( adik aku nombor 5) mintak belikan Panadol dan Cool Fever.
Aku balik rumah nak hantar abang balik , aku tengok Huda tidor.Aku pun terus balik pegi opis.

lepas dapat ni terus macam tak tentu arah

5.20 petang

aku dapat wasap dari Anje macam kat gambar bawah.Update keadaan Huda.Aku time tu memang dah on the way balik kerja dengan perut yang sangat lapar.hoho..Sebab aku ingat last makan pukul 9.00 pagi . Itu pun makan sebungkus nasi lemak yang makcik jual kuih sedekah dekat aku pagi tu.

Jalan jem pulak.Jumaat kan.Entah apa pulak dibuatnya depan Ipoh Parade.Lagila jem teruk.
Aku sampai rumah dah dekat 6.20 petang.Memang sampai tengok Huda jap.Aku makan jap sebab aku takut kang aku yang tumbang.

6.40 petang


Kamu kejut Huda, tapi dia macam tak tahu apa apa.. wei takut gila.
Anje siapkan Huda,aku prepare kereta.
"Anje, yong tak larat angkat Huda..sakit pinggang"
Anje cempung Huda, masuk dalam kereta.Aku bawak pergi emergency Hospital Bainun.

Sampai Hospital aku terus panggil.staf hospital tolong.Aku memang tau aku memang tak akan boleh angkat Huda.
Masa dekat triage, MA cek suhu Huda..korang tau berapa suhu time tu? 41.1 ..panas wei.Dia tak sedar.

Lepas daftar, memula aku tengok staf hospital nak tolak ke zon hijau.Tapi tak jadi , terus tolak ke Zon Merah.Bacaan tekanan darah masa tu 94/54 dan trend bacaan bp semakin menurun .Bawah jadi 30 pun ada.

8.00 malam

Aku masih belum bagitahu mak dengan abah kat Taiping .Tak tahu macam mana nak susun ayat.

Tapi last last aku bagitau jugak sebab keadaan Huda macam lagi teruk.Ramai doktor dan staf hospital keliling katil Huda.Yang jelum Huda pun ada.Drip 2 botol Huda masih macam tu.

Mata hitam Huda dua dua kebawah macam juling ke bawah..eh..pelik

"Doktor, mata adik saya bukan macam tu"

Tak lama kemudian....

eh..korang nak tau tak sambungan die? Dah malam..nanti aku sambung.Tu pun kalau ada orang baca..ngee

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts