Perempuan : Kereta Rosak Kat Lebuhraya Apa Nak Buat?

7:07 AM

Masa kejadian berlaku , aku dalam perjalanan balik ke tempat tumpah darah aku... Taiping.

Dah terbayang-bayang Taiping yang aman damai. Tapi paling terbayang tempat aku lepak dekat rumah mak..bilik belakang.Perh..kalau tidur,kau rasa macam dah sampai syurga dulu sebelum masanya...ngeee.

Benda pertama yang buat aku perasan ada yang tak kena bila aircond kereta aku tak sejuk.

"Eh apahal pulak aircond ni"

Tanpa menunggu ke saat seterusnya, aku terus tengok meter sukat temperature. 

" Mak aiii 120.. maksimum !!!patutlah aircond panas"

Tanpa berlengah aku terus bagi signal berenti tepi jalan.

PASANG LAMPU KECEMASAN


Lampu ni lagi penting dari lampu kelip-kelip hari raya. Penting sangat untuk orang tau yang ko bukan suka - suka nak berhenti kat tepi jalan tu.

Kalau ada JPJ ke Peronda PLUS ke, Polis ke, boleh jadi ada peluang untuk deorang nampak kita dengan lebih cepat.


JANGAN GELABAH


Ni patutnya benda pertama yang korang kena buat. Jangan gelabah.

Bila kereta ada masalah atas highway lagila kena cool.

Sementara nak tunggu enjin sejuk aku wasap kawan kawan aku.

Punyala deorang risau ... aku risau jugak tapi sebab aku pernah 2 kali mengadap kes macam ni so aku lebih bertenang.

Deorang sangat risau dengan aku ..terharu...huhu

Sebelum ni memang pernah jadi kering kontang air dalam tangki.Tutup radiator tak rapat masa aku isi air. Tapi ni dah lama dah.

Lagi sekali pernah jadi kipas rosak, bila kipas rosak konfirm temperature akan naik sebab kipas tak boleh nak pusing.Kipas ni jadi tahun lepas dalam bulan 10 ke 11 macam tu.

Bila temperature naik, sangat penting untuk berhentikan kenderaan korang. Sebab bila kereta dah overheat boleh sebabkan kereta berasap, terbakar dan pendek kata sangatlah bahaya.

Kereta ni kalau panas sangat dia boleh sampai tahap berhenti sendiri. Tapi sebab aku dah perasan awal jadi aku terus je berhenti.


Pengalaman pengalaman ni yang jadikan aku agak tak kelam bila berada situasi macam hari ni.


DAPATKAN BANTUAN PLUS

Aku  ni selalu telefon plus kalau nak tau apa - apa update, jadi nombor  PLUS memang aku dah hafal. 1800-88-0000. FREE je call nombor ni.

Terus aku call PLUS, aku bagi tau lokasi aku dekat kilometer  246.6 arah utara.

Lokasi tepat sangat penting korang tahu sebab senang untuk pihak PLUS hantar bantuan.


Macam mana nak tau korang dekat kilometer berapa?


Kalau korang perati betul - betul dekat tepi - tepi jalan memang ada papan kecik-kecik yang menunjukkan korang dekat kilometer mana. Lupa pulak aku snap.

Operator PLUS akan mintak detail seperti nama, lokasi, plat kereta dan jenis kenderaan korang. Aku cuma perlu buat pengesahan nama sebab nama aku memang ada  dalam rekod PLUS .

Lepas aku telefon, Operator PLUS bagitahu, bantuan akan dalam dalam lebih kurang 30 minit.

JANGAN TERIMA BANTUAN JIKA RAGU RAGU


Sementara menunggu bantuan dari PLUS. Aku duduk je dalam kereta. Kakak dengan adik tidur.Tinggal abang je jaga temankan aku.

Tak lama kemudian, ada satu van berhenti untuk bantu. Saya menolak baik-baik, saya sedang tunggu orang PLUS datang.

Bab ni kena hati hati , takut orang jahat ke, atau orang berniat tak baik ke atau paling seram kena paw dengan orang-orang yang acah-acah nak tolong tapi sebenarnya mengambil kesempatan.

Selepas 10 minit, ada kenderaan JPJ berhenti.

" Cik kenapa?"

"Kereta saya temperature naik. Sampai full"

"Cuba on tapi bukan start"

ha..suhu 120 masih tak turun dari tadi

Saya buka bonet depan kereta untuk Pegawai JPJ buat pemeriksaan.

Sekali bila buka penutup radiator ha...kontang tak ada air.

Haha..malu pulak rasa bila tengok macam tu.Kantoi pulak tak cek air.Tapi selalu ok je. 

Dua orang Pegawai JPJ tadi isi kan air dalam radiator, buat kerja deorang tak cakap banyak pun.

Salah seorang Pegawai JPJ yang tolong aku 

Mujurla lelaki, kalau aku yang jadi orang JPJ tu konfirm bebel.Aku rasa dialog dialog yang akan aku bawak keluar..

"la...tak ada air ke"

"dah tau nak jalan, kenapa tak cek air"

"Ni servis ke idak kereta ni"

ahaha...ni dialog bayangan je la..haha.

Pegawai JPJ tadi meneruskan kerja kerja mengisi air dalam kereta. Isi punya banyak tapi air still tak naik.

Bila tengok bawah air yang isi tu terkeluar.

"Laa....ada yang tercabut rupanya"

Aku tak tahu apa yang tercabut tapi itu yang menyebabkan radiator aku kering kontang tak ada air.

"Puan ada skrudriver ke dalam bonet?"

Sambil buat muka krik krik..

"Tak ada encik, saya dah bawak keluar semua"

Pegawai JPJ tadi tahan satu budak motor, nak pinjam alat.Aku tak perasan spanar ke skrudriver.

Tak dan seminit lepas tu, bantuan dari PLUS pun sampai.

Pegawai JPJ tadi betulkan apa benda tah yang tercabut dekat bahagian bawah kereta dan pegawai peronda PLUS tuang air dalam radiator.

Aku tau deorang risau juga sebab aku bawak anak - anak. Tidur dalam kereta berpeluh peluh.Hari pulak nak hujan.

" Saya dah buatkan, tapi nanti Puan cek balik lah"

Alhamdulillah dengan bantuan semua orang secara jemaah,  kereta aku normal balik dah.

"Puan kalau temperature naik balik , segera berhenti " Pesan Pegawai JPJ tadi.

"Puan exit Kuala ye sebab kalau apa apa senang"

Aku pun nak meneruskan perjalanan..

Elok kakak dengan adik pun bangun tidur..

" kereta kita rosak tadi" aku bercerita pada kakak dan adik.

"Oh...kakak ingat mama kena tahan polis"

Haha..sabo jela..

Tak sampai 1 kilometer aku bawak kereta, temperature naik balik. Aku pasang lampu kecemasan dan berenti tepi jalan.

Nasib aku baik sebab Peronda PLUS ada dekat belakang aku, jadi deorang terus berhenti bila nampak aku berhenti.

Sekali lagi derang tolong aku. Hujan pulak masa tu..Alahai kesian. Aku turun jugak dari kereta tengok apa yang Peronda PLUS tadi buat.Takkan la dia tolong aku, aku pulak duduk bahagia dalam kereta. Itu tak ada hati perut namanya.

Akhirnya Alhamdulillah semua ok, tak ada masalah lagi.

Korang tahu apa anak teruna aku pesan? 

"Mama lain kali simpan alat alat semua dalam kereta, tak payah pinjam orang punya"

hahaha..lelaki tetaplah lelaki walaupun kecik.

Terima kasih dekat 2 orang Pegawai JPJ 2  yang tolong aku hari ni 4 Feb. 2019, lebih kurang jam 5.00 petang dekat lebuhraya PLUS arah utara.Sempat aku salin  plat kenderaan tu JPJ3921.

Terima kasih dekat adik motor yang kak tak sempat pun nak salin nombor plat sebab cepat sangat.

Terima kasih juga dekat Peronda lebuh raya yang tolong  BNF5509.

Kawan kawan aku Kak Fazi, Riza, yang macam macam advise bagi aku dan adik adik aku Basri dengan Aney.

Aku malas bagitahu abah tadi sebab takut abah risau.Hahaha.

Aku kalau boleh bab rosak - rosak ni biar aku sorang-sorang hadap tanpa anak-anak tapi tulah, bukan semua dalam kawalan kita.

Kereta baru? Bukan aku tak teringin , aku siap dah ada kereta impian . Siapa yang memang follow aku memang tahu kereta apa yang aku memang nak sangat.

Tapi buat masa ni, ada banyak lagi perkara yang lebih penting dari tukar  kereta. Perbelanjaan anak-anak aku tu yang paling utama. Lagipun kereta aku sekarang masih boleh pakai lagi. 

Sabar Wahidah sabar.. Insyaallah pasti akan dapat pada masa dan keadaan yang tepat serta bersesuaian dengan keadaan.

Jadi, kalau korang tiba-tiba kereta rosak dekat lebuhraya, jangan panik.. baca doa jangan lupa.Insyaallah dipermudahkan.

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts