PERLUKAH ORANG SIHAT AMBIL VITAMIN. KEPENTINGAN VITAMIN,
VITAMIN ORANG SIHAT
VITAMIN UNTUK ORANG SIHAT
10:51 AMPerlukah Orang Sihat Ambil Vitamin?
Benarkah?
Menurut jurnal yang diterbitkan oleh School of Medicine and Bloomberg School of Public Health, pengambilan vitamin tambahan TIDAK PERLU sekiranya seorang individu mengikut garis panduan pemakanan di bawah:
=================================
- Mengambil banyak sayuran segar, buah-buahan segar, bijirin penuh dan fiber.
- Mengurangkan pengambilan karbohidrat yang diproses, lemak tepu dan sodium.
- Melakukan senaman secara sistematik.
=================================
Pengambilan vitamin dalam bentuk pil ni bukan bertujuan untuk ‘menggantikan dari makanan’, tidak sama sekali. Malah bukan menjadi sumber nutrien utama.
Makanan seimbang, aktiviti fizikal, amalan rohani, akhlak yang baik… adalah antara pilar-pilar dalam kesihatan yang unggul. Tidak boleh sama sekali meninggalkan asas-asas kesihatan yang baik ni. Tak boleh gantikan makanan seimbang dengan vitamin. Tak boleh gantikan senaman dengan vitamin. Apa lagi gantikan ibadah2 dengan vitamin
Sebenarnya badan kita ni memang dah hasilkan radikal bebas secara semulajadi. Bayangkan sel-sel tubuh kita macam kereta… bila berlaku metabolisma, sel-sel ni mengeluarkan asap ‘ekzos’. Kalau kereta, asap ekzos tu yang bahaya sebab ada macam2 gas dalam tu kan. Sama lah sel tubuh kita. Tapi untuk proses semulajadi ni, tubuh kita ada mekanisma untuk neutralkan radikal bebas tu.
Tapi bila kita terdedah pada benda-benda di atas, tubuh kita menghasilkan lebih banyak radikal bebas. Dan sistem badan kita tak dapat nak atasi dah.
Maka kita kena makan makanan seimbang, bebas segala -id (pestisid, herbisid, germisid), limitkan makanan yang diproses, dan yang paling penting, jauhi makanan rapu serta berkalori tinggi!
Mengikut kajian, penyebab penyakit2 kardiovaskular bukan lagi disebabkan oleh pengambilan lemak, tetapi makanan berkalori ni. Kalori tu dah cukup dah yang kita ambil dalam makanan harian kita ni, tak payah tambah-tambah kalori lagi dengan pengambilan makanan rapu dan minuman bergas. Lagi-lagi bila gaya hidup harian tu pagi-pagi keluar ke pejabat, malam baru balik. Tingkat 1 pun naik lif.
Jadi tidak relevan bila anda makan vitamin sebab nak ‘cover’ tabiat suka makan makanan rapu ni dan juga ‘tak ada masa bersenam’.
Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang adalah WAJIB, bukan pilihan dan gantinya ialah vitamin. Tidak sekali-kali. Namun memang tak dinafikan, tak semua orang mampu melakukannya. Misalnya jika berada di luar rumah, dan mereka yang bekerja pagi-malam ke pagi… Yang tak sempat nak masak di rumah… dan sebagainya. Tapi ia tetap bukan alasan untuk ‘takpelah makan makanan rapu ni, aku kan makan vitamin’.
Walaupun anda pengamal vitamin tegar, tak kiralah vitamin Shaklee ke vitamin apa ke, jangan abaikan perkara-perkara asas kesihatan. Vitamin bukan formula ajaib, ia cuma pelengkap untuk mencapai ODA.
“Makan vitamin pun kena jaga makan? Baik tak payah makan vitamin”. “Makan vitamin pun kena bersenam? Baik tak payah makan vitamin”
Macam ni lah.. Asas-asas hidup yang sihat tu seperti nasi lemak. Vitamin tu sambal tumisnya. Makan nasi lemak lebih kick dengan sambal, tapi makan nasi lemak kosong pun sedap dan kenyang juga. Orang masih panggil ia nasi lemak. Tapi… kalau makan sambal tumis saja? Dah tak nama nasi lemaklah.
Apa-apa sekalipun, vitamin bukan ‘excuse’ untuk tidak mementingkan penjagaan asas kesihatan
PERTAMA : Cuba semak pemakanan kita, yang mana yang kita selalunya makan?
KEDUA : Semak aktiviti kita.
Adakah kita banyak
Atau…
Semua terpulang kepada kita. Mengambil supplemen vitamin umpama mengunci pintu rumah. Tiada siapa dapat menjamin rumah kita tidak dimasuki pencuri, tapi sekurang2nya tidak membuka pintu yang terang-terang ‘menjemput’ pencuri.
sekiranya anda rasa sihat dan mahukan vitamin sebagai pelindung diri anda, saya cadangkan anda mengambil
SET
ASAS
SET A - Vitalea, B complex, vitamin C
ESP
0 comments