AHMAD AMMAR BUKAN PEMUDA BIASA

12:51 AM







17 April 2014
Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar Institut Tadbiran Islam Perak
Seminar anjuran Bahagian Dakwah Jaipk



Hari ini ada Seminar di INTIM. Pembentang bukan dari calang-calang orang. Penceramah adalah Tn Haji Ahmad Azam Bin Ab Rahman dan Puan Norazlina Abdul Aziz . Keduanya adalah ayah bonda kepada Ahmad Ammar. Seorang Pemuda Malaysia yang meninggal di Turki dan mendapat liputan yang sangat hebat,, 

Slot pertama peserta Seminar bukakan minda dengan tajuk MERENTASI SEMPADAN DUNIA DAKWAH oleh Tn haji Ahmad Azam Sendiri . Manakala slot kedua Tentang perkongsian ayah bonda Ammar tentang Ammar..



Disini saya kongsikan beberapa point yang sempat saya salin. 

Tn Haji Ahmad Azam seorang yang sangat bersemangat dalam menyampaikan wadah dakwah.. Sungguh!!

3 Penyakit Umat Islam



1)kejahilan yg dirancang
2)Diputuskan dengan sejarah Kehebatan islam
3)kemiskinan yg dirancang



Untuk jadi hebat kene keluar dari penyakit2 ni.



kejahilan yang dirancang cthnya apabila telah dihapuskan tulisan2 yang digantikan dengan tulisan rumi sehingga menyebabkan pemuda-pemuda disana tidak tahu membaca Al-Quran. Sejak  Oktober 2013 barulah Al-Quran boleh diajar disekolah-sekolah.  Di universiti disana juga pelajar tidak dibenarkan untuk memakai tudung.Sehinggakan diluar pagar kelihatan ramai pelajar yang memakai tudung. Apabila masuk kedalam pagar Universiti, tudung-tudung dibukan dan sehingga digantikan dengan rambut palsu (bagi yang masih mahu menja rambut daripada dilihat). terpaksa berbuat begitu kerana tiada pilihan.  perkara ini berlaku Sejak tahun 1924 sehingga sekarang, Wanita bertudung dinafikan hak untuk bekerja di jabatan kerajaan . malah ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat tetapi memakai tudung tidak boleh mengangkat sumpah disebabkan bertudung. 

Seboleh-bolehnya , Umat Islam mahu diputuskan dengan sejarah kehebatan Islam. banyak fakta sejarah yang telah diselewengkan dan disembunyikan supaya Ummat ISlam tidak tahu akan sejarah kuasa-kuasa Islam terdahulu yang nyata memang terlalu hebat dalam pelbagai aspek. 

Kemiskinan yang dirancang adalah apabila kita dipaksa untuk masuk kedalam sistem kapitalis. Yang kaya akan berambah kaya manakala yang miskin akan bertambah miskin. 

Ujar Tn Hj Azam lagi. 52 negara-negara dipecah dan diasing-asing mengikut negara bangsa.. Namun jelas keburukan disini, susah untuk umat Islam bersatu . Kita gemar bergaduh tentang benda-benda kecil contohnya, Lagu Rasa Sayang , batik semua ini dicuri oleh malaysia dari negara yang lain. Padahal bukan kan ini rumpun Melayu yang meliputi Filifina, Indonesia dan beberapa negara yang lain. . . Akibat daripada pengasingan mengikut negara bangsa ini, kita sendiri dapat lihat bila orang Indonesia dengan kita pun kita dah rasa semacam. Padahal bukan kan kita satu rumpun, satu bangsa dan satu agama. Bila perpecahan berlaku, barat sangat suka kerana Ummat Islam tidak lagi akan kuat. 

Marhalat untuk Mendaulatkan Islam

1. Berdakwah : memalui pamplet yang pelbagai bahasa, program dll

2. Tarbiyah : Meningkatkan kefahaman dalam mendidik mengikut acuan Islam

3.Kader : Menghayati perjuangan Islam sehingga dimana-mana pun ada semnagta untuk menyebarkan Dakwah, sehingga sampai satu tahap mewakafkan diri untuk Allah dan Rasul.

Ni antara yang saya sempat salin. sebab dok keluar masuk dewan .  Masa sesi soal jawab, saya terpanggil untuk bertanyakan soalan. tapi.. saya tanya soalan bertulis. malu pulak nak bangun cakap kat microphone. 

Soalan saya:

Terdapat usaha-usaha menovelkan kisah-kisah sejarah. namun, terdapat unsur-unsur Israeliyat didalam novel tersebut. namun begitu, nyata novel-novel tersebut mampu memberi kesan besar dengan gaya penceritaan menarik..

solan ini saya bertanya memandangkan isu-isu Israeliyat didalam novel pernah kecoh pada suatu masa. dan saya antara pembaca buku-buku tersebut

jawapan Tn Ahmad Azam

Baginya bagus penovelan kisah-kisah sejarah. Pak latip contohnya antara penulis hebat yang mampu menukilkan novel sejarah menjadi begitu menarik. jika ada unsur Israeliya..kita skip kan.. kata tn haji Azam.. orang Melayu ni kolo satu salah .. semua x boleh pakai .. sedangkan kisah-kisah Sultan Muhammad Alfateh contonhya memnag dah lama dah orang dok bukukan tapi orang x kenal pun..sehinggalah bila Pak Latip menulis.. ramai pahlawan Islam ni dikenali. Sebagai manusia kesilapan adalah biasa. Tn Ahmad Azam sendiri memaklumkan ade beberapa kali menghubungi Pak Latip. dan katanya niat Pak Latip adalah untuk Umat Islam kenal dengan sejarah Islam. 

Betul la jugak ape pendapat Tn Hj Azam.. saya memang antara peminat tulisan pak Latip. Saya yakin.. Pak Latip tentu akan lebih berhati-hati selepas ini. 

Bersambung Slot Kedua 


Hj Ahmad Azam, Pn Azlina Bersama Ammar



Slot ni yang paling takut nak masuk. Saya memang berani jamin..mata mesti masuk habuk . 

Mula-mula ditayangkan klip video Ammar.. gambar-gambar.. jenazahnye.. daan hari pengebumiannya. Kuantiti habuk yang masuk dalam mata saya mmg sangat banyak sekali. Ape yang lebih menakjubkan.. mata-mata lain turut dimasuki habuk terutama peserta wanita. Dewan menjadi sunyi dan sepi.. kedengaran hanya muzik dari klip tersebut.. Selesai klip dimainkan, Pn hajjah zlina bercakap, saya disini untuk kongsi kebaikan Ammar. kolo Ammar masih ada..tentu sekali dia tidak mahu kebaikkannya dicanang- canang.  Apa yang Ammar selalu cerita di Universiti markahnya rendah tapi apa yang berlaku.. apabila meninggalnya Ammar , Pn Azlina dan Tn Haji Ahmad Azam pergi ke Universiti Ammar di Turki, Pensyarah  memaklumkan markah Amar adalah antara yang tertinggi, Ammar adalah Pelajar yang terbaik. Hal ini tidak pernah diceritakan kepada maknya . Betapa rendah dirinya Ammar. Ammar juga telah menghabisan Risalah Annur Pada tahun 2012 hanya memakan masa 8 bulan dan ianya pencapaian yang sangat baik bagi orang luar.  bg mak ayah ..ammar adalah anugerah x pernah bercakap tidak sepanjang hayat die. Menurut semua apa yang dimahukan sehingga sampai satu tahap mak ayah die
rs bersalah.risau kehidupan Ammar x mcm anak2 lain.

Ni yang dikongsikan oleh Hj Azam yang digunakan untuk Ammar, sama seperti Sultan Murad II mendidik dan membeni keperibadian Sultan Muhammad sehingga bergelar Sulatan Muhammad AlFateh kerana kejayaan membuka KOta Kontstaninople..



7 acuan
1.membawa wawasan ummati.fikir scop ummat bkn kite atau famly kita je 2.dinamakan dengan Muhammad. 3.diajar adab dgn Allah,Rasul, ibu bapa.. 4.menanamkan semangat Alquran 5.Menekankan tahajjud.. Ammar wajibkan diri die tahajjud seminggu sekali 6.belajar ilmu strategik pada zaman itu. mcm zaman alfateh die blaja perang. Macam Ammar dihantar ke Turki untuk belajar sejarah supaya dapat memberi kesedaran dan dakwah kepada Umant Islam.
7.mesti menguasai 4 bhs sekurang-kurangnya  utk jadi pemimpin
Hj Azam nak Ammar belajar 4 Bhs 
1.bhs melayu :bhs perantara 2.bhs inggeris :bhs kontemporari 3.bhs turki:utk korek semua sejarah uthmaniyyah.. dan sejarah2 lain yg byk d bumi Turki 4.bahasa Arab:bahasa Alquran

Masej Allah ambik Ammar di Usia yang muda
1)Ammar meninggal bulan Muharram jd kite mesti hijrah.. 2)Ammar ade impian nak syahid.kite pon mesti ada kene malu dengan Ayu Ayub Al Ansari.umo 87masih mahu syahid dan Allah makbulkan 3)Alfateh bukak konstantinople umo 21.Ammar berdakwah dan jihad umor 20..ape yg anak2 kite umo 20-21 sedang buat skarang..kne bawak mereka utk jadi tulang belakang Islam 4)Ditonjolkan Risalah Annur karangan Syed Badiuzzaman utk kita kaji.mungkin sblm ni ramai x tau pon pasal Risalah Annur 5.Dimatikan pada umur muda supaya msykt dapat lihat..ini lah akhlak anak muda yang sepatutya


Antara lain yang dikongsikan Hj Azam ialah anaka-anak remaja sekarang menjadi rebutan Yahudi dan Nasrani melalui muzik, pusat membeli belah (Mall) , dan Filem. dan kita ak ajak anak muda pergi masjid dalam keadaan persekitaran yang tidak mesra.. jadi sesuatu perlu dilakukan untuk menarik minat anak muda ke Masjid. 

Sesuatu Kerajaan akan kukuh bila Ulama' betul-betul dijadikan penasihat tanpa kepentingan mana-mana pihak. Bukan hanya dipanggil dalam kes-kes atau hal tertentu. Sultan Alfateh contohnya mempunyai seorang Ulama' sebagai penasihat iaitu Samsudin Wali ( x silap saya).

Turunnya mak dan ayah Ammar datang berkongsi bercerita dan turun ke Medan Dakwah kerana mereka merasakan ini antara Usaha yang boleh dilakukan untuk jalan Dakwah kepada orang-orang muda. Ini bukan lah sesuatu yang dirancang oleh ibu dan ayah Ammar . mereka pun tak jangka tiba-tiba menjadi fenomena Ammar.Dakwah Ammar berjalan sejurus selepas di kembali ke pangkuan Allah.  . Dikenali selepas pemergiannya mengadap Ilahi. 

Selayaknya Ammar in digelar Ammar Al Fateh.. kerana ledakan Fenoma Ammar ini menyebabkan ramai lagi Ammar yang akan lahir. Pembuka kepada pendakwah-pendakwah untuk pemuda yang lain. Kisah yang lebih detail boleh bibaca melalui buku Ceritara Cinta keluaran Karya Bistasi dan buku-buku keluaran Syarikat lain mengenai Ahmad Ammar.

Semangat AlFateh nyata memberi semangat kepada jiwa-jiwa lain. Muhammad AlFateh adalah seorang lambang pemuda Islam yang sejati. Kisah peperangan hebat menakluki Konstantinople benar-benar menarik minat saya. Ini juga adalah antara sebab kenapa saya menggunakan nama Sultan Muhammad AlFateh sebagai nama di FB. kerana mahu meminjam semangat AlFateh dalam mengharungi kehidupan .

Semoga perkongsian ini bermanfaat..Mohon maaf atas kekurangan dalam menulis entry kali ni.

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts