SET BERSALIN: PASTIKAN ANDA MENGAMBIL SET BERPANTANG YANG BETUL DAN TENTULAH DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE
1:11 AMSet Bersalin : Pastikan Anda mengambil Set Berpantang Yang Betul dan Tentulah Dengan Set Berpantang Shaklee.
Masa Saya mula-mula bersalin dulu agak tercari-cari set bersalin apakah yang sesuai. Saya pakai set bersalin yang ada bengkung, akar kayu, minyak. Saya tidak mengambil sebarang vitamin. Badan agak lesu. Saya hanya boleh bangun selepas satu hari bersalin.Mungkin juga disebabkan saya bersalin anak kembar. Masuk hari ketiga saya berurut dan mandi air rebusan daun, kemudian barulah badan agak ringan.
Pengalaman Bersalin Anak Kembar
Alhamdulillah walaupun bersalinkan anak kembar. Saya tidak perlu menjalani pembedahan. Teringat kali pertama jururawat menujukkan bayi pertama.. " tengok ni anak laki ke perempuan". saya jawab..lelaki.. kemudian jururawat letakkan anak diatas dada saya.. beberapa saat kemudian..Harith diambil oleh jururawat dan saya perlu meneruskan lagi tanggungjawab saya.. seorang lagi bayi perlu diteran keluar..seorang anak perempuan berjaya dilahirkan. Selang waktu antara keduanya adalah 6 minit.
HARITH DAN HANA |
2012 saya bersalin anak yang ketiga.. waktu ini saya nekad untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak. Saya gagal memberikan susu ibu pada anak kembar saya pada kadar waktu yang secukupnya dan ini membuatkan saya terasa amat sedih, amat bersalah dan saya berazam untuk tidak mengulangi kesalahan kali pertama dahulu. Betapa gigih mencari info-info tentang penyusuan sewaktu mengandungkan Hani. Saya bersalinkan Hani tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah dapat bersalin secara normal dan Hani juga tidak banyak ragam.
HANI |
Masuk hari keempat saya bersalinkan Hani.. Hani dimasukkan kedalam wad kerana paras ' kuning ' adalah tinggi. Saya sangat susah hati. Menangis dan hilang semangat. Antara tindakan awal yang saya ambil ialah menelefon Ainul Malik, kawan sekolah saya jugak teman karib serta pengedar Shaklee ketika itu. Saya maklumkan bahawa saya mahu vitamin yang boleh bantu saya dalam penyusuan dan dalam berpantang.
Pengalaman Di Hospital
Saya merasakan ada sesuatu Allah mahu tunjukkan pada saya sewakti dihospital. Hani diletakkan dibawah lampu biru yang single tapi dia x mahu.. sedih hati melihat Hani menangis setiap kali diletakkan dibawah lampu tersebut. Akibat tidak mahu duduk dibawah cahaya lampu tersebut. Bacaan Kuning Hani yang asalnya 17 naik mendadak sehingga menjadi 22 dan perlu ditelakkan dibawah lampu double.
Sungguh saya susah hati. Tiba-tiba datang seorang ibu muda mengajarkan bagaimana untuk anak tenang dibawah cahaya lampu tersebut. anak perlu ditidurkan dan dibedung . Apabila telah tidur, perlahan-lahan letakkan anak tersebut dibawah cahaya lampu. Alhamdulillah Hani mahu dan Alhamdulillah keesokan harinya paras bacaan kuning pun menurun.
Apa lagi yang saya dapat di hospital? melihat kegigihan ibu-ibu mengepam susu untuk anak-anak saya sangat kagum, teruja dan tersedar sepatutnya inilah yang saya lakukan. Saat itu, saya mula mengepam susu dan Alhamdulillah daat menyusukan Hani secara eksklusive lebih kurang 2 tahun penyusuan dan kini masih menyusu.
Pengalaman semasa Berpantang
Ini kali pertama saya berpantang dengan vitamin Shaklee. Antara Vitamin yang saya ambil adalah
1) Vitamin C - Meningkatkan antibodi, baik untuk kulit . Turut membantu memberi warna sekata pada kulit.
2) B complex - menukarkan makanan kepada tenaga , mengurangkan stress dan sumber asic folik mengandungin vitamin B lengkap
3) Alfalfa - Selain bertindak sebagai kacip fatimah, mengurangkan keputihan, alfalfa juga memberikan tenaga dan antara vitamin yang berupaya untuk membantu memperbanyakkan susu . Namun begitu syarat "demand & supply", minum air mencukupi sangat perlu dalam menjayakkan misi penyusuan
4)Zink - Membantu memperbaiki luka selepas bersalin
5) ESP -memberikan tenaga, sumber protein memperbaiki strech mark, memberi kesan sekata pada warna kulit. turut membantu meningkatkan kualiti pada susu .
6)Vitalea - Multivitamin yang mempunyai 25 jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh supaya ibu-ibu lebih sihat dan bertenaga dalam menguruskan bayi dan sihat untuk menyusukan bayi.
7)Ostematrix - Sumber kalsium untuk mengelakkan dari sakit-sakit tulang, lenguh-lenguh . Ostematrix jugak sangat membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar. Seperti yang kita sedia maklum , membuang air besar sangatlah ditakuti oleh ibu-ibu terutama selepas bersalin.
Dengan izin Allah saya berjaya istiqamah dalam mengambil vitamin . Mak cakap saya nampak sihat. Saya juga lalu makan. Berat badan menurun, dan kesan strechmark berkurangan dan tidak gelap.
Selain dari pengambilan vitamin, saya seperti ibu -ibu berpantang yang lain, bertungku , berurut dan juga mandi dengan daun-daun kayu yang disediakan oleh mak
Pengalaman berpantang dengan vitamin Shaklee sangat memberikan pengalaman baru. Saya merasa lebih sihat dan bertenaga semasa berpantang disamping dapat menyusukan Hani dan dapat membuat stok sehingga beratus-ratus oz. Vitamin hanyalah alat. Sebagai manusia saya hanya berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Semua dengan izin Allah dan kehendaknya jua.
SET BERPANTANG TERBAIK |
1 comments
Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga yang tak boleh dijual beli!
ReplyDelete