8 Kegunaan Asam Gelugur Yang Korang Mungkin Tak Perasan

8:43 PM

Salam Jumaat yang pernuh Berkat

Apa khabar anda yang sedang membaca tulisan ini ? saya doakan tuan puan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera

Semalam sedang saya didapur.. tiba-tiba tercetus idea untuk menulis satu perkongsian tentang kegunaan asam gelugur atau juga dikenali sebagai asam keping.

Asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis



Jual Shaklee Ipoh
Buah Asam Gelugur
Buah asam gelugur akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan asam keping. Memang banyak kegunaan asam gelugur ni. Saya sendiri pernah melakukan proses sebegini memandangkan rumah opah saya di Kedah dan Perak ada pokok asam gelugur ni. 

engedar Shaklee Ipoh , Pengedar Shaklee Taiping
Proses Memotong Asam Gelugur

Jom kita tengok apa kegunaan Asam Gelugur @ asam keping ini

pengedar shaklee ipoh, pengedar shaklee taiping
Asam Gelugur yang telah dikeringkan


1) Membasuh ikan


Bab ni memang dari dulu petua turun temurun. Saya memang pakai asam keping untuk basuh ikan. Alhamdulillah setakat ni bersih, hilang bau hanyir. Lagi-lagi kalau basuh ikan keli. Cepat je hilang lendir-lendir yang ada pada ikan keli tersebut.


2) Melegakan Batuk Teruk Yang Tak Berhenti-Henti


Ni antara alternatif yang saya ambil kalau saya sendiri atau anak-anak batuk teruk samai tak boleh tidur malam. Antara langkah yang saya buat ialah, campurkan kapur makan dengan agam gelugur. Kemudian, sapu pada bahagian dada dan bahagian belakang. Insyaallah akan ada sedikit pengurangan ada batuk yang tak berhenti-henti itu. Kalau diletakkan kaur tanpa asam gelugur, kulit mungkin akan merah dan menggelupas.

3) Mengurangkan Pening


Bagi mereka yang kerap mengalami pening, mungkin langkah ini boleh membantu, rendamkan asam keping kedalam secawan air panas selama setengah jam. kemuadian minum airnya. Insyaallah boleh mengurangkan pening. Ini adalah petua dari mak apabila pernah seminggu saya pening secara berterusan.

4) Membasuh Uri


Ada juga yang menggunakan asam keping untuk membasuh uri. Ini tak lain dan tak bukan adalah untuk membuang hanyir darah yang terdapat pada uri tersebut dan untuk mengelakkan semut dari menghurungi uri tersebut. 

5) Kegunaan Dalam Masakan


Biasanya asam gelugur digunakan untuk penambah rasa masam didalam masakan. Kuah laksa adalah antara masakan yang menggunakan asam keping ini sebagai penambah perisa masakan didalam kuah. Tanpa asam gelugur ini, rasa kuah laksa akan kurang umphhhh 


6) Menurunkan Berat Badan


Didalam asam gelugur ini mempunyai Asid  Hydroxytric (HCA )dimana dikatakan kandungan asid ini mampu menurunkan berat badan. Menurut Wikipidea , ujian klinikal menunjukkan tiada kaitan Asid ini dengan penurunan berat badan namun, tak salah sekiranya anda mencuba. Mungkin ia serasi untuk anda 


7)Mengurangkan Kudis dan Gatal-gatal


Jika terdapat kudis dan gatal-gatal anda mungkin boleh menggunakan kaedah ini. Rendam asam keping tersebut kedalam air panas. Kemudian, rendam bahagian yang berkudis atau gatal tadi atau, jiruskan ditempat yang berkudis dan gatal tersebut. Insyaallah kudis dan gatalgatal akan berkurangan, jika direzkikan Allah, mungkin boleh hilang gatal dan kudis tersebut.

8) Kegunaan Wanita


Bagi wanita pula, air asam gelugur juga boleh digunakan untuk mencuci bahagian sulit. 


Jika anda terdapat sebarang petua atau kegunaan lain yang tidak dinyatakan didalam artikel ini, jangan segan-segan untuk meletakkan diruangan komen



Sayang selalu


Wahidah Azizan
nurwandah@yahoo.com
#alfatehwarrior
0124698356


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts