Saya Memang Tak Ada Duit Nak Pergi Umrah Namun .......

12:27 AM

Bismillah. 

Alhamdulillah dapat kita bersama-sama hidup dan menikmati hidup dalam Iman dan Islam.Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat.

Insyaallah kali ini ingin saya kongsikan pengalaman bagaimana saya yang tak ada duit ni dijemput pergi ke Tanah Suci. Sebelum itu, benar-benar saya berdoa agar tulisan ini jauh dari unsur riak dan dilindungi dari rasa takabbur. Tidaklah lain selain berkongsi pengalaman dan supaya mereka yang merasakan tidak ada duit atau tidak cukup duit tidak putus asa untuk sampai ke Tanah Suci. Tulisan kali ini mungkin panjang sedikit.Harap sabarlah membace :)

Pengalaman Umrah dan ziarah pada Jun 2013 merupakan pengalaman paling bermakna dalam hidup. Sungguh tidak terjangka dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebelum tamat umur 30 tahun. Saya benar-benar mahu sampai ke Tanah Suci sebelum umur 30. ALhamdulillah Allah menjemput bukan sahaja saya malah anak-anak turut diberi kesempatan utk sampai disana.
Pengedar Shaklee Ipoh, Pengedar Shaklee Taiping
di Madinah
Kalau nak diikutkan saya memang tak ada duit untuk pergi ke sana. Jangan kata dengan anak-anak untuk diri sendiri pun saya tak mampu. Jangan kata untuk untuk pergi kesana...untuk perbelanjaan harian pun cukup-cukup waktu itu. Jadi apa yang berlaku? Jom baca lagi....


Setahun sebelum


Bulan puasa tahun 2012. Saya baru lepas pantang anak yang ketiga. Saya masih dalam cuti. Saya seorang mama yang bekerja. Untuk bersalin kali ini saya ambil cuti tiga bulan.

Bulan puasa tahun itu sangat istimewa. Saya berada dirumah mak. Maka mak abah banyak membantu saya. Berpuasa dirumah mak abah memang sangat istimewa sebenarnya. Banyak makanan.hehe. Tapi mak masih suruh saya jaga makan. Tak boleh makan sebarang.

Anak saya yang ini pulak memang tak banyak langsung ragamnya. Alhamdulillah. Jadi dengan peluang yang ada (anak-anak ok,pantang rumah mak,ada adik-adik tolong) saya benar-benar menikmati Ramadhan tahun itu.

Perkara pertama yang saya buat, memandangkan Ramadhan itu sudah istimewa saya mahu jadikan ia lebih bermakna dalam hidup saya. Saya cari waktu-waktu mustajab doa.

pengedar shaklee ipoh, pengedar shaklee taiping
Waktu Mustab Doa


Antara perkara yang didoakan ialah saya mahu ke Tanah suci bersama anak-anak sebelum umur 30 tahun berakhir. Pada masa tu, saya tidak ada duit lebihan langsung walaupun saya bekerja. Saya hanya berdoa dengan menadah tangan yang kosong dimana didalamnya sarat dengan impian.

Pengedar Shaklee Ipoh, Pengedar Shaklee Taiping
Mekah Al Mukaramah

Berdoa walaupun takde duit. Berdoa jugak walaupun rasa macam tak logik . Cuma sy teringat kata-kata seseorang dimana untuk sampai ke Tanah Suci tak perlu pada hukum logik. Kalau sampai jemputannya kamu pasti sampai. Keinginan untuk ke Tanah Suci bersama anakanak adalah doa yang diulang-ulang terutama waktu-waktu mustajab doa.


Masuk Kerja

Awal bulan 10 2012 saya masuk kerja setelah bercuti 3 bulan lebih sikit. Kerja macam biasa dan uruskan 3 orang anak macam biasa. Saya sambil sambil cari pendapatan sampingan dengan menjadi Pengedar Shaklee.

November 2012


Saya bersembang dengan seorang kakak iaitu Kak Habsah dirumah saya. Hari Jumaat tak silap. Sembang-sembang yang Kak Habsah akan pergi Umrah tahun 2013. Anak kak Habsah seorang Huffaz dapat tajaan menunaikan umrah secara percuma.

Dari situ saya pun berminat nak pergi dan telefon mak bagitau kalau saya nak pergi umrah boleh tak mak jagakan anak-anak. Mak cakap boleh. Tapi jauh disudut hati saya rasa sedih tak dapat nak pergi dengan anak-anak. Lebih rasa sedih sebab anak kecik masih menyusu penuh. Tapi saya masih terus berharap ada ruang untuk saya pergi bersama anak-anak.

Raya Haji Yang Istimewa


Raya Haji 2012 keluarga disebelah mak mengadakan korban di kampung . Maka kami beramai-ramai pulang untuk menguruskan hal-hal korban. Sewaktu di tempat penyembelihan di 'Padang Kobo' mak bercerita pada mak san bapa saudara saya yang Insyaallah saya nak pergi umrah..kalau ada sesiapa yang nak pergi bolehlah temankan saya.

Tiba,-tiba lebih dari 15 orang saudara mara saya hendak ikut sekali. Saya telefon pada ajen dan ajen memaklumkan masih ada kekosongan dan bayar deposit sesikit untuk pengesahan tempat.
Bila dah ramai mak dan bapa saudara saya yang ikut maka saya terus cakap dekat mak yang saya memang nak bawa anak..

Duit? saya masih belum ada simpanan mahupun duit lebih.Tapi saya cakap dekat mak ..takpa, duit nanti saya carilah. Sebenarnya tak tahu pun nak cari kat mana. Harapkan part time saya yang baru nak bertapak.Dalam kiraan saya lebih 10k jugak kos umrah untuk saya dan 3 anak. Bila ramai nak pergi maka mak dan adik saya pun turut nak pergi.. Allahhu Akbar..Allah sebaik-baik perancang.

Selesai menguruskan perihal agihan daging korban, saya bersembang dengan sepupu saya. Sepupu saya tanya..ramai yang ikut ni saya tak dapat diskaun ke.. Saya tanya..eh boleh dapat ke. Saya bukan niat nak cari orang untuk diskaun. Cuma seronoklah kalau pergi beramai-beramai.

2-3 minggu selepas Aidil Adha


Ha, apa jadi ? Saya tengah memandu. Tiba-tiba dapat panggilan dari ajen yang memang saya dah kenal sebelum ni. Dia bgtau..syarikat umrah boleh bagi diskaun pada saya tapi tak boleh kurang banyak.. Saya tanya berapa. Tau tak berapa ? Kos untuk saya dan anak-anak adalah kurang dari sangat murah dan sangat rasa macam tak logik. tapi itulah, Allah sebaik-baik erancang dan pembuka lorong rezeki. Saat itu, air mata turun laju Alhamdulillah..syukur tidak terhingga. Benar..tidak ada hukum logik untuk sampai ke Tanah Haram

Bukanlah kerana doa saya. Tapi kerana rahmat dan kasih sayang Allah saya ,3 orang anak yang berumur setahun dan 3 tahun ketika itu, mak, adik serta rombongan saudara mara sampai di Tanah Suci. Alhamdulillah Jun 2013 kami berangkat pergi. Allahhu..perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Sebagai hamba kita berdoa ,memohon dan tidak putus asa dengan doa. Doa adalah senjata orang mukmin di saat paling kuat atau saat tak punya apa-apa.

Jadi.. kalau ada yang hendak pergi ke Tanah Suci..tapi anda tak punyai apa-apa..berdoalah.. berdoa dan berdoa. Allah boleh menukarkan tidak ada kepada ada..tidak mampu kepada mampu..sempit kepada lapang. Berdoalah Allah akan membuka jalan-jalan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Insyaallah, saya akan kongsikan pengalaman di Tanah Suci di artikel akan datang. Mohon maaf andai terdapat kekhilafan dalam tulisan ini. Saya mendoakan kita sama-sama akan dapat pergi menjejakkan kaki menunaikan ibadah Haji dan Umrah di Tanah Suci dan dijemput lagi dan semoga ibadah kita seharian diterima Allah. 

Pengedar Shaklee Ipoh , engedar Shaklee Taiping
Gambar di LCCT. Semua dalam gambo pergi ke sana



Semoga bertemu dilain kali

Salam Sayang

Wahidah Azizan

#alfatehwarrior
nurwandah@yahoo.com

You Might Also Like

8 comments

  1. Allah Allah.. untung boleh pergi umrah ramai-ramai. Saya pun teringin sangat ke sana cuma kewangan je yang kurang siket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. Insyaallah ade rezeki sampai sana. masa saya nak pergi saya mmg langsung-langsung x de saving. Tapi tulah..rezeki tetibe dapat pergi ramai2..

      Delete
  2. Alhamdulillah.... Best dapat pergi beramai-ramai.. Tak tinggal anak..mudah2an kami sekeluarga pun diundang Allah ketanah suci.. 2016 nanti. Perkongsian yang sangat indah.. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah. KUASA ALLAH mengatasi segalanya di dunia ini. Keyakinan dan penyerahan sepenuh hati kepada ALLAH anugerah terindah..syukur dan tahniah buatmu..yang sudi menitip pengalaman emas di dalam nikmat kasih sayangNya..untuk dikongsikan bersama. Alhamdullillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mendapat manfaat.Terima kasih sudi singgah membaca tulisan ni...

      Delete
  4. Subhanallah, seronoknya. semoga saya dan keluarga pun mampu sampai kesana

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...moga tiba giliran kami sekeluarga pulak menjadi tetamu Allah..insya allah...

    ReplyDelete
  6. beautiful sharing.. doa sungguh-sungguh pasti Allah makbulkan. Noted.

    ReplyDelete

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts