Misteri Bilik Nombor 1

7:54 AM

Assalamuaikum

Ape khabar? Harap anda sihat dibawah rahmat dan kasih sayang Allah..

Ni bukan cerita hantu.. ni cerita pasal misteri bilik nombor 1.

Alkisah.. satu hari.. saya dengan anak2 je kat rumah. Saya tengah memasak kat dapur.

Tiba2.. saya nak masuk ke dalam bilik lebih kurang jam 8.30mlm. Pulas punye pulas tombol pintu tak boleh bukak. Pintu dah terkunci dari dalam dan anak2 semua sedang berada diruang rehat.

Saya berusaha mencari kunci spare. Cuba punya cuba pintu masih tak boleh bukak. Tanpa putus asa, saya masih mencuba.

Setelah hampir sejam.lebih mencuba masih tak boleh bukam jugak pintu. Maka, saya wasap kawan di beberapa group untuk bertanyakan kaedah untuk membuka pintu.

Macam-macam cadangan. Ada yang hantar gambar. Alhamdulillah dapat kawan2 yang sangat prihatin

Anak-anak dah mula tidur diruang tamu. Walaupun ade bilik yang lain namun anak2 tak mahu .

Jam sudah 11 malam lebih.saya masih cuba membuka pintu menggunakan segugus kunci yang byk.

Tiba2 seorang rakan opis menghantar wasap menyuruh saya mencuba untuk membaca surah AlFath ayat 1 sambil membuka pintu .

Tau x apa jadi?

2 kali saya membaca ayat tersebut dan Alhamdulillah pintu terbuka DENGAN MUDAH.

Memang misteri. Tadi punyela berejam saya cuba x boleh nak buka.

Alhamdulillah.Allah jugalah memiliki kekuasaaan dilangit dan bumi.

Jadi, kalau anda mengalami keadaan seperti saya, bolehla cuba untuk membaca surah Al -Fath ayat 1 dan jangan lupa berdoa.Insyaallah dipermudahkan.

Kalau x boleh juga, kene tuka tombol la jawabnya.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu

Sehingga bertemu di lain kali.Insyaallah.

Salam sayang

Wahidah Azizan
0124698356

You Might Also Like

1 comments

  1. Allahuakbar...takder apa yg mustahil dgn izin Allah kannn...

    ReplyDelete

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts