,

Masjid Nabawi , Taman-taman Syurga dan Kanak-kanak

11:43 AM

Assalamualaikum semua

Hari ini 29 Ramadhan 1436. Waktu Malaysia 2.01 pagi.Waktu di Madinah 9.01 malam. Saya tak boleh tidur.

Terus bukak tv Alhijrah. Langsung dari Masjid Nabawi. Allah.. rindu yang tak boleh disukat oleh mana2 mesin penyukat.

Saya cadangnya nak lipat kain. Namun terhenti.. ingin saya kongsikan kisah kami di bumi Madinah.

Saya dan ahli rombongan sampai di Madinah 23 Jun 2013. Waktu Asar. Memandangkan kami telah Solat Jamak maka terus kami ke hotel untuk.mengangkat barang-barang.

Dari dalam bas, mak tunjuk..situlah Masjid Nabawi, mata tiba2 panas.. Alhamdulillah dapat jejakkan kaki di bumi Madinah.

Saya ke Masjid Nabawi pada waktu Maghrib.Bersama anak2. Memang ramai budak.Memang ramai kanak-kanak. Yang menangis ada, yang berkejar pun ade, macam-macam ada. Tapi, langsung tak ada siapa pun yang marah. Indah!

Pertama kali terlintas nak bawak anak bila tengok kawan saya Hazwani bawak anak ke sana.Dan dia antara yang terawal.memberi semangat ketika saya bgau hajat saya untuk.membawa anak-anak.

Rezeki anak-anak, sepanjang di Madinah, saya bancuh susu hampir 95% menggunakan air zamzam. Balik je dari masjid , kami isi air dalam botol dan bawak balik ke hotel..

Apa yang saya ingin kongsikan kali ini adalah tentang pengalaman di Masjid Nabawi.

Allah..besar masjidnya. Macam satu bandar. Polis-polis perempuan di Madinah lemah lembut. Kebanyakan yang polis Arab yang perempuan boleh bercakap beberapa patah perkataan Melayu..
Kami di panggil ibu...Ibu, masuk..masuk..

Kami di Masjid jenuh bergambar dengan wanita dari negara-negara lain seperti turki, arab sendiri dan banyak lagi.. Sungguh mereka berminat dengan kanak-kanak. Saya pulak bawak 3 orang permata hati..Pantang lapang sahaja, pasti ada yang mohon kebenaran untuk bergambar.Yang tangkap gambar dari jauh pun ada.. segan kut.

Pagi kedua di Madinah, kami diajak berkumpul beramai-ramai untuk kami dibawa ke Raudhah..Saya nekad mahu membawa ketiga-tiga anak saya masuk.ke dalam kawasan Raudhah.

Kali Pertama

Saya tak tahu kenapa saya tak bawak susu anak-anak ke masjid.Saya hanya tengok sahaja susu tu diatas meja. Hanya bawa botol.yang memang dah ada susu coklat didalamnya tanpa bawa susu extra . Padahal.memang tak akan cukup..Bila lebih setengah jam menunggu, anak-anak sudah mula merenget , resah mahukan susu.. kerana susu yang dalam botol telah pun habis.

Kali Pertama 


Rasa macam nak balik ke hotel ambilkan susu tapi jarak kami dengan Raudhah dah tak jauh mana.Sayang pulak kalau nak patah balik.

Nak masuk Raudhah ditetapkan berperingkat2.Macam kene tunggu stesyen demi stesyen. Tak boleh terus masuk..kena tunggu giliran..
Bila dah nak dekat sejam, anak saya mula nak menangis.. Saya susah hati tak tahu apa nak buat. Dalam hati berdoa moga ada keajaiban berlaku.

Saya sampai dok berdoa dalam hati..Ya Allah..bagila air masak ni rasa macam susu coklat.. sebab anak saya minum susu coklat.sampai macam tula saya doa.. rupa2nya percaturan Allah lebih hebat lagi

Tak lama kemudian, datang pengiring kumpulan kami pada saya. Ibu, mari saya bawakkan ibu ke jalan pintas. Kesian budak-budak. 

Saya bersama 3 anak dan adik saya mengikut pengiring tersebut. Masyallah.. senang, cepat, tak payah bersesak, jalan lapang. Tak sampai seminit saya dah sampai di dalam Raudhah. Dan anak saya tak menangis dah pun.Alhamdulillah Allah mudahkan.


Kata kakak itu, karpet yang berwarna hijau inilah raudhah..Kat situ ada dua warna karpet.. hijau dan merah.Kawasan Raudah memuatkan hanya beberapa baris saf .Saya tak pandai nak agak luas Raudhah tu besar mana..
Adik saya solat dulu di Raudhah.Kemudian baru saya. Kakak Pengiring itu ajarkan saya berdoa.. antaranya.. dia Ya Rasululullah, berilah syafaat kepadaku dan kepada anak-anakku yang telah aku bawak bersama kesini.. Time tu air mata turun macam air terjun.Tak boleh tahan. Kali pertama saya tak dapat lama. Tapi Alhamdulillah dapat masuk ke Raudhah..


Kali Kedua Di Taman Syurga


Keesokan harinya, saya bersama mak dan ahli.keluarga yang lain pergi lagi.. Kali ini, saya dan mak serta anak-anak terlewat sedikit berbanding makcik-makcik saya. Kali ni saya tak.lupa susu :)

Sedang saya berjalan bersama mak.dan adik serta anak-anak saya di dalam Masjid menghala ke Raudhah tiba2 seorang polis perempuan.memanggil saya..

Ibu..ibu..sini ibu sini...

Terus disuruhnya saya , mak dan adik serta anak-anak masuk ke jalan pintas dimana khas untuk orang-orang yang sudah tidak larat. Mungkin sebab dia lihat kami dengan anak-anak.Langsung tak payah beratur, langsung tak payah menunggu.. express sungguh...Kami tanpa berlengan lagi terus masuk.ke pintu jalan pintas yang dihadang dengan kain yang tebal.

Laluan Express ini adalah laluan keluar sesudah Jemaah pergi ke Raudhah


Sampai di Raudhah, mak dan adik solat dulu..sementara saya tunggu dibtepi bersama anak-anak.Disebabkan saya bersama anak-anak, ada seorang polis yang tunggu dan jagakan saya bersama 3 anak.Dia risau kalau ada penolakan dari jemaah-jemaah yang lain.

Walaupun disudut tepi tapi agak selesa. Jarak saya dengan karpet hijau lebih kurang dalam 3 saf. Ada Jemaah disitu memberi anak saya roti. Hani sempat menyusu sehingga kenyang di situ.

Disini tempat saya menunggu bersama anak-anak


Setelah mak dan adik selesai solat, saya pula mengambil tempat.. Kali ini lebih tenang berbanding semalam.Mengambil peluang berdoa sepuas-puasnya.. siapa disini pasti bercucuran air mata. Setelah selesai solat, saya panggil ketiga2 anak saya. Saya peluk mereka di dalam Raudhah . Minta Rasulullah syafaatkan kami semua diakhirat kelak.

Time ni memang nagis tak tahu nak cakap.. seolah2 bercakap dengan Rasul yang berada didepan mata.. sampai orang sebelah saya pun macam nak nages tengok saya.

Kami tak dihalau walaupun lama di kawasan berhampiran Raudhah.. mak sempat habiskan bacaan Yasiin.Menumpang rezeki kanak-kanak


Dapat roti..ada orang hadiahkan
Bersama Jemaah Dari Turki

Kali ketiga

Kali ni saya pergi selepas Isya bersma mak, ibu saudara dan Hani. Kakak dan abang serta adik saya dihotel.

Lama menunggu giliran tapi kali ni nekad jugak nak berjumpa Rasulullah.. sebab esok hari kami akan berangkat ke Makkah. Memang sampai mengantuk-mengantuk tunggu..Namun akhirnya dapat masuk.

Kali ni Raudhah lebih sesak ramai orang besar2 dari kami masuk.sekali.saya hanya sempat solat 2 rakaat dan berdoa.. Tak lama Tapi Alhamdulillah masih ada tempat.

***
Saya nekad jugak nak bawak anak-anak masuk ke Raudhah .. pertama  sebab ada mak dan adik..

Mak dan adik yang banyak membantu


Lagi saya fikir, saya sampai.ke sini mungkin disebabkan rezeki anak-anak jugak jadi.. saya nak bersama anak-anak ini..kenapa saya nak tinggal kan mereka .. merekalah antara asbab dibukakan rezeki2 saya. Setiap anak kan rezeki...

Sungguh saya cuba positifkan pemikiran supaya dipermudahkan urusan membawa anak-anak ini.

Alhamdulillah.. kalau tak kerana anak-anak ini.. agak.sukar untuk mendapat peluang melalui jalan pintas yang memang saya sendiri pun tak tahu..
Jangan sesekali fikir anak-anak ini menyusahkan. Disisi mereka malaikat dan peluang untuk kita raih pahala.

Meragam? Nama pun budak-budak..pasti ada ragam.Yang penting sabar..doa..kita bukan buat benda tak elok, Allah pasti tolong..
Balim dari Raudhah kali kedua.. tiba2 anak saya cakap pasal Syurga..tak.siapa ajar..

Dia cakap.. mama dah masuk syuget.. opah dah masuk syuget

.semua pun dah masuk syuget.. masa tu anak saya umur 3 tahun.saya tak tahu apa yang dia nampak di Raudhah atau dia memang saja2 cakap.. Allah yang lebih mengetahui..


Semoga apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat.. bukan tujuan nak menunjuk-nunjuk tau..  saya nak kalian tahu.. bawak anak2 pasti ada cabaran tapi pada disisi lain pasti Allah mudahkan. Allah pasti tolong dengan syarat doa dan yakin .

Cukup untuk kali ini.. membuak2 rindu pada Tanah Haram..semoga kite semua sampai disana..Insyaallah

Salam sayang

Pengedar Shaklee Anda
Wahidah Azizan

0124698356

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts