, , ,

Garam : Ini Yang Mungkin Anda Tak Tahu

9:14 AM

Assalamualaikum
Bertemu lagi dalam entry kali ini.

Apa khabar anda semua?Semoga berada dalam sihat dan gembira.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Hari ini saya nak share sikit pasal garam..

Garam ialah bahan yang memberi kita rasa masin. Ada garam.kasar dan garam halus.

Garam

Selain garam yang memang kita nampak dengan mata kasar, garam juga terdapat dalam keju,kicap, sos, perisa makanan, ikan masin .
Keperluan garam sehari hanyalah kurang dari 6 gram iaitu lebih kurang satu sudu teh.Ni samaada garam yang jelas atau yang tersembunyi.

Kita memerlukan garam untuk

1)Mengawal keseimbangan cecair dalam badan
2)membantu fungsi otot dan saraf dengan sempurna
3)membantu kekalkan tahap tekanan darah pada tahap normal.


Tapi kena ingat kalau lebih sangat garam boleh meningkatkan tekanan darah terutama mereka yang berisiko.


Sesetengah orang memang suka makan makanan yang masin dia lebih sikit.Kalau tak rasa macam tak sedap. Rasa macam tak puas.
Jom kita tengok macam mana nak cuba untuk kurangkan garam.


Tips Mengurangkan Pengambilan Garan Garam


1 Guna perencah asli macsm jus limau ,rempah ratus
2)Kurangkan penggunaan perisa tiruan, kicap, taucu dan garam sendiri dalam masakan.

3)Kurangkan makanan yang terproses, yang segera seperti makanan dalam tin dan makanan segera

4)Kawal penggunaan  mayonis dan keju dalam penyediaam makanan

5)Kurangkan makan kacang bergaram dan keropok ringan yang masin

6)Kurangkan makanan diawet seperti ikan masin,belacan , cencaluk,buduu, asam masin

7)Baca label sebelum membeli makanan.Elakkan makanan yang kaya dengan Natrium Klorida dan Monosodium Glutamate (MSG).

8)Hadkan pengambilan garam 1 sudu teh sahaja untuk sehari


Panduan Memilih Makanan Kurang Garam Semasa Makan Di Luar


1)Minta dikurangkan garam dan MSG

2)Elakkan makanan berkuah seperti mi bandung, mi segera yang mengandungi kandungan garam yang tinggi.

3)Elakkan masakan bertumis bersama ikan masin seperti kailan ikan masin.

4)Elakkan makanan dari dalam.tin

5)Pilih nasi putih berbanding nasi beriani,nasi ayam atau nasi goreng

Antara Senarai Makanan Tinggi Kandungan Garam per 100gm


1. Agen perisa macam kicap, sos tomata, sos tiram, taucu >> 1000-5000mg

2.Stok kiub >> 3000mg ( 1 kiub =  700mg)

3.Kuah untuk salad  (mayonis) >> 1000mg

4.Makanan Dalam Tin = 500 - 1500mg

5.Makanan diawet

Telur asin : 500mg

Ikan masin : 1500mg

Jeruk Buah :  >  1000mg

Belacan : 1400mg

Cencaluk : 4000mg

Kalau tengok senarai kat atas ni macam takut kan tengok kandungan garam.

Kita perlu kurang 6gm sehari.Tapi kalau dibandingakan dengan jeruk ,belacan,kicap ,sos semua memang menakutkan kan..
Semoga kita dapat mengawal kadar pengambilan garam didalam pemakanan seharian.

Lebihnya mengambil.pengambilan garam sangat membahayakan kesihatan

Mari lah amalkan 5M cara makanan secara sihat


1.Mengurangkan Gula

2.Mengurangkan Garam
3.Mengurangkan Minyak
4.Melebihkan Buah-buahan
5.Melebihkan sayur-sayuran


Semoga entry memberi kesedaran tentang kadar sebenar keperluan garam, fungsi garam dalam tubuh dan bahaya garam. Bertemu lain di entry yang lain.

Pengedar Shaklee Anda
Wahidah Azizan

0124698356
nurwandah@yahoo.com


Artikel dipetik dari Risalah Bahagian Pendidikan Kesihatan jv Bahagian Pemakanan KKM.

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts