Assalamualaikum
Selamat sejahtera..
Cuti
sekolah merupakan saat indah buat anak-anak. Mereka tidak perlu ke
sekolah, boleh balik kampung dan kebanyakan ibu bapa akan membawa
anak-anak bercuti dalam atau luar negara..
Apabila
tinggal dirumah, jangkitan terhadap penyakit tidak begitu meluas.
Disekolah, terdapat ratusan kana-kanak berkumpul dan membawa kuman dan
virus yang tidak kita ketahui.
Sesetengah kanak-kanak
mudah terdedah dengan jangkitan terutama batuk , selesema .
Kadang-kadang mengambil masa begitu lama untuk sembuh.
Minggu
ini terkena jangkitan selesema, agak-agak baru nak baik terkena pula
virus selesema dari orang lain. Maka berminggu-minggulah terkena
selesema . Adakalanya mengambil masa berbulan untuk sembuh.
Kesan Jangkitan
Jangan Biarkan Anak Anda Dijangkiti Kuman dan Penyakit |
Sebagai
Ibu bapa pasti keadaan anak yang tidak sihat mengundang rasa resah yang
berpanjangan kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan yang lebih teruk
contohnya batuk yang serius boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru.
Kesihatan yang terganggu boleh menyebabkan anak-anak hilang fokus pada pelajaran, tidak selesa, cepat letih dan mengantuk sekaligus boleh menyebabkan hilang minat pada pelajaran.
Apa Tindakan Sebagai Ibu /Bapa & Penjaga
1. Pantau kebersihan anak-anak seperti kuku, badan, pakaian.
2.Beri makanan berkhasiat. Elakkan makanan ringan . Ketagihan kepada makanan ringan boleh menyebabkan selera makan akan berkurangan. banyak kesan negatif akan dialami jika selera makan berkurangan.
3. Kuarantin anak dirumah jika mengalami penyakit berjangkit seperti demam campak, sakit mata, taun, penyakit tangan kaki dan mulut. Begitu juga jika didapati ada pelajar lain didapati mengalami penyakit berjangkit, pastikan anda berbuat sesuatu seperti memaklumkan kepada guru atau penjaga.
Segera Dapatkan Rawatan Jika Anak Anda Tidak Sihat |
4. dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor jika melihat tanda-tanda tidak sihat daripada anak anda. Jangan mengambil ringan dan tidak kisah kerana ia akan memberi kesan yang besar jika ada apa-apa berlaku.
5.Kuatkan imun anak anda dengan memberikan makanan tambahan /Supplement yang mengandungi zat dan keperluan yang secukupnya .
Adakah Makanan Tambahan /Supplement Wajib?
TIDAK .. Pengambilan Vitamin/supplement adalah tidak wajib JIKA
1.Setiap hari anak anda makan buah-buahan yang mengandungi kandungan zat yang secukupnya.
2.Anda memberikan makanan yang kaya dengan vitamin, mineral., mikronutrien, phytonutrien dan sebagainya. Kerana kanak-kanak memerlukan zat yang optimum untuk membesar dan perkembangan minda.
Buah-buahan mengandungi banyak zat dan serat |
3.Vitamin C secukupnya dibekalkan . Vitamin C membantu dlam pertumbuhan metabolisma badan , meningkatkan imuniti tubuh . Tanpa Vitamin C, tubuh tidak akan menyerap Zat Besi yang dibekalkan. Selain itu, Vitamin C baik untuk penyembuhan. Nama pun kanak-kanak, kadang-kadang terjatuh, terluka dan sebagainya.
Tentu sekali sebagai ibu bapa kita mahu memberikan yang terbaik. Nikmat sihat anak-anak adalah antara perkara yang sangat didambakan oleh anak-anak.
Dalam menyediakan keperluan sekolah yang terbaik, ibu bapa juga perlu menyedikan makan terbaik buat anak-anak.
Tidak ada siapa yang akan memaksa anda untuk menghantar anak ke klinik jika sakit.
Tiada siapa akan marahkan anda jika anda biarkan anak anda mengalami kekurangan zat.
Cuma, kasihanilah anak-anak kerana mereka berhak untuk mendapat keperluan nutrisi yang secukupnya.
kanak-kanak Sihat dan Gembira |
Marilah sama-sama kita doakan agar anak-anak kita sihat dan membesar dengan baik.
Anak-anak tiada galang gantinya. Jangan pertaruhkan kesihatan anak-anak kepada hal-hal yang tidak sepatutnya.
Pengambilan vitamin dan supplement bukanlah menjanjikan anak anda tidak akan sakit kerana sakit juga lumrah sebagai manusia.
Namun ia menjadikan ketahanan tubuh terhadap penyakit lebih tinggi, cepat sembuh dan tidak melarat.Insyaallah.
Marilah kita sama-sama berusaha memberikan yang terbaik terhadap amanah Allah ini dan yang selebihnya kita serahkan kepada Allah.
Salam Sayang
Wahidah Azizan
012.469.83.56
ig : wahidahazizan
fanpage:kedai Wahidah
0 comments