10 Petua Hilangkan Bengkak Susu Yang paling Berkesan

7:53 PM

Assalamualakum

Apa khabar anda semua? Tahniah bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Saat -saatterindah adalah apabila dapat menyusukan anak. 

Ada ibu yang anak belum lahir tapi susu SUDAH KELUAR

Ada ibu yang anak sudah lahir tapi susu BELUM KELUAR

Ada Ibu yang lepas seminggu anak lahir BARU SUSU KELUAR

Ada Ibu yang lepas urut baru SUSU MENCURAH-CURAH

Setiap  ibu keadaan pasti TIDAK SAMA. Jadi jagan rasa DOWN, SEDIH, TAK BERSEMANGAT atau memendam apa-apa yang negatif

Bengkak susu adalah perkara biasa bagi ibu-ibu yang hamil pada trisemester terakhir dan tentu sekali bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak.

Sakitnya bengkak susu sangat lah memeritkan dan boleh menyebabkan ibu-ibu demam ia boleh menyebabkan kemampuan untuk menjaga bayi terhalang akibat terlalu sakit.

Set menyusu Shaklee 0124698356
Petua Hilangkan Bengkak Susu Yang paling Berkesan


Petua Hilangkan Bengkak Susu


1. Air Panas Di dalam Botol


Anda boleh meletakkan air panas didalam botol dan letakan botol tersebut diatas bahagian yang sakit dan bengkak. Air panas setakat mana suhu yang anda mampu bertahan. Kepanasan yang melampau boleh menyebabkan lecur.

2.Urut


Sesetengah bidan sangat arif dalam mencari urat yang bertepatan bagi membuka ruang-ruang yang sepatutnya supaya susu keluar dengan lebih lancar

3.Gunakan Kobis


Letakkan 2,3 keping kelopak kobis di bahagian payudara. kaedah ini turut membantu dalam aliran susu keluar


4. Marmet


Mungkin saat ini untuk menyusukan anak secara direct feeding anda tidak mampu untuk menahannya. Gunakan kaedah marmet iaitu perahan menggunakan tangan supaya susu dapat keluar dan tidak terkumpul secara banyak sehingga tersekat dan menyebabkan bengkak.

5.Teruskan Menyusu


Jika bengkak susu ada sedikit surut, teruskan menyusukan bagi dengan posisi yang sesuai agar anda dan bayi selesa. JANGAN BERHENTI menyusukan bayi anda. berhenti menyusukan anak boleh menyebabkan susu merudum.

6.Pum Mengikut Jadual


Bengkak susu juga boleh terjadi jika anda mengabaikan masa mengepam susu mengikut jadual yang sepatutnya. Sedaya upaya cuba memenuhi jadual mengepam susu walaupun anda seorang ibu yang bekerjaya. 

7.Kerap Mengosongkan Payudara


lebih kerap anda kosongkan payudara anda , lebih cepat penghasilan susu baru akan terhasil. Ini akan menyebabkan aliran keluar masuk susu akan menjadi lebih lancar.


8.Lecithin


Pengambilan 4 biji Lecithin sehari mampu melancarkan perjalanan penyusuan dan menyurutkan bengkak susu secara berkesan. Masa saya menyusukan anak dahulu, lecithin memang berada dalam simpanan saya . 

9.Jumpa Doktor


Jika dalam tempoh 12 jam masalah bengkak susu masih tidak dapat diatasi, segeralah berjumpa dengan doktor anda.

10.Berdoa dan Bertawakal


Jangan lupa berdoa , bertawakal dan berusaha mencari ikhtiar bagi menghilangkan bengkak susu. Berdoa secara spesifik supaya hajat anda supaya rasa sakit akibat bengkak susu itu hilang.

Saya mendoakan anda sihat dan terutama kepada ibu-ibu baru, pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi dan menyusukan bayi dengan posisi yang betul dan selesa.

Salam Sayang

wahidah Azizan
012-469.83.56
ig: wahidahazizan


anda mungkin juga minat nak baca 

http://ipohtaiping.blogspot.my/2016/01/cara-mengatasi-masalah-susu-merudum.html

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts