Saya Sakit dan Dijaga Oleh Anak-anak Kecil Ini

9:12 PM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar anda semua? Semoga sihat. Saya masih dalam mode batuk-batuk dan sedikit demam. Alhamdulillah semakin sihat setelah hampir 5 hari demam. 

Pengedar Shaklee Ipoh 012-4698356
Musim panas ramai yang demam

Hari Jumaat stat demam, mujurlah mak dengan abah ada datang ke rumah. Melihatkan saya semakin sihat pada hari Sabtu, maka mak pun balik ke Taiping. Segala jenis Vitamin dan ubat saya dah telan tapi belum direzekikan sihat oleh Allah.

Sabtu malam saya terpaksa ke Kecemasan Ipoh atas satu urusan penting. Jam 2 pagi baru selesai dan pulang kerumah. Balik sahaja dari kecemasan, saya kembali demam dan tidak sihat.

Hari Ahad kesihatan semakin teruk, melepek jadinya. Kalau ikutkan nak masak tengahari memang tak larat langsung. Tapi bila saya call beberapa kedai hari Ahad kebanyakan tutup untuk delivery. Jiran dan kawan saya memang ofer untuk belikan makanan tapi rasa macam tak nak menyusahkan pulak. Maka, gagahkan diri jugak masak yang simple-simple untuk anak-anak.Alhamdulilllah tak banyak kira.

Ahad malam keadaan saya semakin teruk, kali ini memang betul-betul tak larat masak. Makan pun order siap. 

Selesai anak-anak makan, saya bagitau anak-anak yang tak boleh tidur sebilik dengan mama sebab saya tak nak anak-anak berjangkit dengan saya.

Saya tidur dibilik yang berlainan dan anak-anak main sesama sendiri.

Tak lama kemudian, saya minta anak-anak ambilkan tuala kecil untuk jelum atas kepala saya. Walaupun beberapa kali tuala yang salah diambil tetapi anak-anak masih tak jemu-jemu untuk mencari tuala yang betul. Sehinggalah tuala yang betul dibasahkan dan dilipat elok diatas dahi saya.

Tanpa disuruh, anak-anak mengambilkan air minum. dan memastikan saya meminum air setiap beberapa minit. Adik juga akan dimarahi kakak bila ada cubaan meminum air yang khas disediakan untuk mama. 

Mereka bermain, tengok tv dan bersembang antara diorang tetapi selang beberapa ketika pasti mereka bergilir-gilir menjenguk saya.Meletakkan tangan dikain jeluman untuk memastikan air pada tuala itu basah .

Adik si anak bongsu sentiasa datang dekat saya cium, sayang, peluk walaupun berkali-kali dipesan jangan dekat-dekat mama sangat nanti berjangkit.

Kakak membasahkan getah rambut dan diperahkan air keatas kepala saya. Katanya nak mama cepat sihat. 

Abang akan datang untuk periksa sama ada mama ok atau tak. Kerap kali bertanyakan mama dah makan ubat ke belum . Bila mama nak makan ubat.. Mama sampai penat nak jawab :)

Melihat keadaan anak-anak yang menjaga saya, air mata memang tumpah. Anak-anak sekecil tu punya rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga mama yang memang dah tak terdaya.

Kita memang jangan pandang ringan kebolehan dan kemampuan anak-anak. Saya sendiri tak sangka akan dijaga anak-anak kecil ini. Macam-mana mereka dijaga sewaktu demam, macam tula diorang jaga saya masa saya demam. 

Jam 3.45pagi saya tersedar dan lihat anak-anak telah tidur . Bersyukur melihat anak-anak yang telah Allah anugerahkan ini.

Adakala kita sendiri tak sangka yang kita akan jatuh sakit sewaktu keberadaan kita bersama anak-anak tanpa kehadiran dewasa yang lain.

Anak-anak anugerah Allah yang mesti kita dengan penuh amanah. Kerana meraka harta yang tak ternilai. Anak-anak yang mau dibentuk, mau mendengar cakap ini kadang-kadang bukan sebab betapa hebatnya kita mendidik anak-anak. Tapi Allah itu , yang merezkikan anak-anak hebat untuk kita . Setiap anak hebat dari sisi yang tersendiri .

Salam Sayang 

Wahidah Azizan
Ig :wahidahazizan

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts