, , , ,

Cara Mengatasi Masalah Susu Merudum Buat Ibu-ibu Bekerja

1:12 AM

Assalamualaikum

Salam sejahtera. Saya mendoakan anda sihat sejahtera. Masalah susu merudum dikalangan ibu-ibu yang bekerja bukanlah masalah baru . Saya faham ia sangat merunsingkan terutama jika ibu-ibu menyusukan anak secara eksklusive . Insyaallah ia dapat diatasi dengan kaedah dan cara yang betul. 

Set menyusu Shaklee 012-4698356
Ramai ibu-ibu yang bekerjaya mahu menyusukan anak secara eksklusif


Kenali Punca Susu Merudum

Banyak faktor yang menyumbang kepada kemerosotan susu badan antaranya ialah

1. Pengambilan air yang tidak mencukupi
2.Tekanan
3.Terlalu Penat
4.Tidak mengepam mengikut jadual
5.Tidak yakin boleh menyusukan badan sepenuhnya
6.Pengambilan makanan berzat tidak mencukupi
7.Terikut dengan kata-kata oang bahawa susu badan tidak mencukupi
8.Anak tidak mahu menyusu
9. Putus asa

Pengedar Shaklee Ipoh 012-4698356
Susu ibu adalah susu terbaik


Masalah ini boleh diatasi dengan


1,Perbayakkan berdoa. 


Memohon dengan bersungguh-sungguh supaya dicukupkan susu buat anak.  Supaya anak tersebut kenyang dengan susu badan yang ibu-ibu berikan

2. Minum Air Mencukupi  


Ibu-ibu menyusu mesti mengambil air yang mencukupi. Pengambilan air yang sedekit pasti mengurangkan kuantiti susu.

3.Rehat Cukup 


Ibu-ibu mesti rehat secukupnya. Mungkin ada yang berpendapat, saya bekerja, beranak kecil pula mana sempat hendak berehat... ibu-ibu, boleh merancang masa dengan sebaiknya, Rehat yang mencukupi akan melancarkan banyak pekerjaan dalam satu hari.

4.Buat Power Pumping


Teknik power pumping banyak membantu ibu-ibu memperbanyakkan pengeluaran susu

Caranya :

1)Single Pump :


i) Pum sebelah payudara selama 10 -15  minit, 
ii)rehat 10 minit
iii)Pum sebelah lagi payudara selama 10-15  minit
iv)rehat 10 minit
v) Ulang langkah yang sama sehingga satu jam

2)Double Pump


i)Pum kedua-dua payudaya selama 10-15 minit
ii)rehat 10 minit
iii)Ulang langkah yang sama sehingga satu jam

Proses ini boleh dilakukan berapa kali dalam sehari dan hendaklah konsisten selama beberapa hari. 

Pastikan sekurang-kurangnya seminggu sekali ibu-ibu melakukan teknik ini

5) Makan Makanan Berkhasiat


Ibu-ibu mesti makan makanan yang berkhasiat. Jangan lah hanya makan ikan masin goreng. anak-yang menyusu mengambil sumber zat makanan dari susu yang datang dari hasil pemakanan ibu. 

6)Pum Ikut Masa BUkan IKUT SUKA


Kebanyakan ibu-ibu dipejabat sangat sibuk dan tidak sempat untuk pum susu mengikut masa yang ditetapkan (3-4 jam sekali). Hal ini perlu diatasi.. Jika dipejabat, pandai-pandailah adjustkan masa . 

7)Fahami Konsep DEMAND AND SUPPLY


Ibu-ibu haru tahu, lagi banyak anda pum akan memyebabkan pengeluaran susu bertambah. Sebab itu ibu-ibu mesti mengosongkan payudara sekerap mungkin supaya isyarat akan dihantar ke otak bahawa susu perlu dihasilkan dengan lebih lagi.

8) Beri Direct Feeding


Walaupun ibu-ibu bekerja dan meletakkan susu ibu didalam botol, apabila pulang ke rumah, pastikan ibu-ibu menusukan anak-anak secara Direct Feeding. Ini kerana DF akan meransangkan pengeluaran susu.


9)Jangan Putus Asa


Ibu-ibu hendaklah kuat semangat dan tidak putus asa. Semua ibu-ibu yang menyusukan anak mengalamai masalah yang sama. Yang membezakan adalah cara mengatasi masalah tersebut.

10.Jangan Standby Susu Formula


Kalau da sipa-siap beli susu formula seolah-olah dah ada dahan untuk berpaut konon-konon kalau tak cukup susu. Jadi, cubalah tahan diri dari nak beli susu formula

11. Makan Makanan Penggalak Susu


Banyak makanan penggalak susu yang dipercayai membantu meningkatkan penghasilan susu seperti

 i.Kurma
ii.Horlicks
iii.Alfalfa
iv.Lobak Putih
v.Ikan 
vi.Yu
vii. Madu
viii. Halba
ix Habatussauda' 

12.Pengambilan Supplement /Makanan Tambahan


Pengambilan supplement seperti Energizing Soy Protein, Alfalfa, B Complex, Vitalea dan Ostematrix sangat membantu dalam menjadikan ibu lebih sihat sekaligus menghasilkan susu yang berkualiti. namun begitu, penggambilan supplement mestilah seiring dengan syarat-syarat diatas terutama Konsep Demand and Supply.


Saya mendoakan agar anda ibu-ibu yang bekerja dapat menyusukan anak sehingga cukup tempoh masa yang sesuai.

Dengan doa dan keazaman yang kuat Insyaallah membantu ..

Jangan lupa cari saya untuk mendapatkan Supplement dari saya bagi membantu anda. Insyaallah

Salam Sayang 

Wahidah Azizan
012-469 8356
ig : wahidahazizan




You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts