Terima Kasih Cikgu

12:08 AM

Assalamualaikum

Selamat sejahtera buat anda... 4 Januari 2016 .. Kebanyakan dari anak-anak menjalani sesi persekolahan hari pertama 2016 pada hari ini.

Saya sendiri menghantar tiga orang anak ditadika.  Disambut dengan senyuman dari cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu yang berpewatakan mesra dan comel (siap pakai cekak rabbit lagi). Memegang stiker ditangan untuk diberikan kepada murid-murid..

Sungguh sebagai ibu sangat bahagia melihat persekitaran yang positif disekeliling anak-anak.

Melihat status-status di facebook, hampir 70% dari news feed saya adalah berkenaan anak-anak yang masuk ke sekolah hari pertama..menceritakan ragam anak-anak yang tidak mungkin dapat dibeli walaupun mempunyai wang jutaan ringgit.


Ibu-ibu ini teruja untuk berkongsi pengalaman, keterujaan. Bukan la nak menunjuk-nunjuk :). Di zaman yang semuanya terdedah dengan media sosial . Kebanyakan yang dilihat,  perkongsian tidaklah berlebih-lebihan. 

Berkongsi kegembiraan adalah salah satu tanda syukur.. gembira dengan nikmatyang telah Allah kurniakan.

Bagi ibu-ibu yang anak -anak masih belum bersekolah.. jangan berkecil hati. Insyaallah akan sampai masa .

Bagi ibu-ibu yang masih belum memiliki cahaya mata..sabarlah.. Insyaallah kalau rezeki tak kemana. Pasti ada hikmah .

Kita kurang disatu sudut, tentu sekali Allah lebihkan disudut yang lain.
Hari Pertama Disekolah 2016


Perasaan sebagai ibu bapa terharu apabila anak-anak sudah perlu dilepaskan kepada jagaan pihak tadika atau sekolah. baru semalam terasa mengusap-ngusap perut . Terasa akan tendangan dari Si Comel. Hari ini anak yang comel itu sudah berada dipagar sekolah. 

Langkah pertama disekolah adalah langkah pertama untuk belajar berdikari tanpa ibu bapa dan tanpa pengasuh. Mak-mak ni macam-macam fikir weh!! 

Gembira bersama Guru dan Rakan-rakan di sekolah


Belum puas rasanya mengulit anak yang masih kecil.. hari ini telah mengendong beg untuk kesekolah.

Pengedar Shaklee Ipoh
Tak puas rasanya mengulit sikecil



Tidak ada sekolah yang tidak cantik.. semua dihiasi indah oleh guru-guru demi memberikan persekitaran yang kondusif dan menarik minat untuk anak-anak. 

Guru-guru jugalah yang memujuk, memeluk dan turut menyayangi anak-anak kita disekolah. Bukan senang untuk meng'handle' anak-anak yang begitu ramai.

Kita  yang anak 2,3 orang pun naik pening dengan macam-macam karenah.

Soalan demi soalan..jawapan demi jawapan.. cikgu-cikgu tak jemu melayan.

Tersenyum walaupun keletihan

Tersenyum walaupun menahan kesakitan

Tersenyum walaupun hari cuti kene datang sekolah (huaaaaa)

Cikgu-cikgu ni ajaib penangannya, saya tak tahu macam mana cikgu-cikgu boleh ajar perkara-perkara yang mak ayah sendiri susah nak ajar..(bukan tak boleh ajar)

Saya sendiri terharu bila anak-anak buat persembahan choral speaking untuk persembahan akhir pada tahun lepas. Ini berkat usaha cikgu-cikgu di sekolah . 

Sungguh air mata ini murah benar melihatkan perkembangan anak yang semakin hari semakin bertambah.


Besar jasa cikgu . Hanya Allah dapat membalas segala kebaikan dan budi baik cikgu-cikgu. Marilah kita sama-sama menghargai guru-guru yang bukan hanya mendidik anak-anak tetapi juga kita sendiri.

Anak-anak dan juga kita diajar oleh cikgu-cikgu..

Diajarnya membaca, mengira, mengaji dan banyak perkara lagi . Langkah pertama untuk langkah yang seterusnya.


Buat guru-guru yang pernah mengajar saya dan anak-anak terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. Sayang cikgu !!!!!!!! 

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts