Novel x de tajuk #episod21

12:03 AM

"Awak  ada masalah apa dengan Rizal?" Itu soalan pertama bila aku masuk bilik bos.

Azab ape pulak pagi pagi ni weh.. adui bos ni pun..kut ye pun tunggula hujan berenti ke..lepas lunch ke. Ini perut pun lapar . Sejuk weh.. basah ni....mengata bos dalam hati :).Kire halal la bos ye...

"Tak ada masalah apa bos,kitorang ok je bos"

Skali En Anas ni dok tengok aku semacam

"Serius bos,memang tak ada apa apa"

"Awak tahu Rizal mintak tukar pergi Jabatan lain.. mintak tukar balik Kuala Kangsar"

novel x de tajuk
Rizal mintak tukar balik Kuala Kangsar

"Eh..tak tahu pulak saya bos..dia tak cakap apa apa pun dengan saya"

"Rizal ni pegawai cemerlang kat sini.. saya kalau boleh tak nak dia tukar .Lagi pun dia baru 2 tahun kat sini..saya dengar dia ada masalah dengan awak tu yang dia mintak tukar"

Aiii cak cibo mana pulak bawak mulut ni... apehal aku pulak sambil sambil dok mengomel kat dalam hati.

"Kalau ada apa apa masalah saya harap kamu berdua dapat selesaikan masalah ni supaya tak berpanjangan.Kamu berdua mempunyai potensi hebat. Jangan sebab masalah peribadi kamu bardua menjejaskan prestasi kerja."

Aku diam tunduk.. cepat la boss...aku sejuk ni.ekon bilik bos ni kemain lagi sejuknya.Heran aku..bos ni pakai baju kulit biawak ape tak sejuk..

"Awak ada apa apa nak cakap?"

Aku geleng.."takde bos"

"Ok ,awak boleh keluar"

Bebai pulak aku keluar dari bilik bos.. ko nak tuka..tukar jela Rizal oii..ape nak kait kait ngan aku pulak..

"Pagi pagi dah mengadap bos.. ape citer" Kak Syidah menyendeng nak tahu cite..

"Bos cakap Sultan Perak nak minang saya kak.."

Lepas cakap aku terus pergi rest room.. nak tengok tudung herot petot..

"Wei..jangan main main la "..

Aku biar je kak Syidah dok pok pet pok pet dari jauh..

########################
Pukul 1 aku cepat cepat turun kantin. Lapor.. Tengok lauk biasa biasa je.Sebab malas nak keluar aku hadap je la. 

Tengah sedap sedap meratah ayam..datang Si Ketty dengan Liya.. 

"Wei.. ko sorang je ke Wida"

"Tak nampak ke ade 45 orang keliling aku ni"

"siot je ko ni Wida..Kak Syidah mana..salu ade je berkepit"

"Kak Syidah jap lagi turun tah sape tah nak jumpe die tadi"

"Ko apehal muke macam sardin tak cukup zat ni" Tanya Si Liya

"Tak de ape  la" 

" Wei malam ni ikut kitorang g kelas Marhaban nak tak Wida" ajak si ketty..

atas bawah..atas bawah aku tengok Si Ketty ni..

" Kau pergi Kelas Marhaban?" Kau?

"Oit jangan main-main la..Ko khatam Quran pun tah bile lagi nak marhaban" Sambil-sambil aku minum air suam.

"mehla belajor berzanji..Syokk ooo..orang skang ramai tak tau nak berzanji ni..kolo bukan kita sape lagi..."

ikut hati malas betui aku nak pegi. tai kawan punya pasal.. ikutkan jugak laaa..

"Ko tunggu kat umah malam ni ..kang pukul 8.00malam kang Liya pergi ambik ko kat rumah"

 ############################

Selalu lepas -lepas Magrib ni update blog kejap sementara tunggu Isyak. Lepas Isyak sambung jap tengok citer Korea Dr Stranger. Huaa.. sampai tengok doktor pun aku dah tering-teringat kat Hung. haha.. Tapi hari ni nak kene pergi kelas Marhaban la pulak. Aku langsung tak percaya budak-budak ni nak pergi kelas Marhaban tapi beria-ria ha bebudak ni ajak aku pergi .

Lepas Magrib terus siap. Pakai jubah wei.. tudung serban. Wah.. macam baru balik Majlis Hafazan Al-Quran. Riso la pulak kang kolo betul-betul kelas marhaban, aku pakai tahap ape je..malu la plak kan... 

Pin..Pin..Tak lama tu Liya datang.

Lepas kunci rumah aku  terus masuk kereta.

"awal ko Liya, semangat sangat ko nak marhaban ni.."

Liya senyum je..

"Wida, pinjam kasut sukan ko jap"

"Nak buat ape..muat ke?"

"ala  pinjam jela nanti aku bg balik"

 Ntah apela si Liya nak buat dengan kasut sukan aku. memang mujur dah ada kat luar. Ambik jela..

"apehal pulak ko pakai baju sukan Liya..kata nak marhaban"

aku perati je muka Liya.. nampak macam nak menahan gelak.. musykil..musykil.....


Lepas 20 minit sampai dekat Pusat Sukan Melur.. ai..budak-budak ni takkan nak marhaban dekat pusat sukan..

Aku rasa macam derang ni nak kenakan aku..

Elok je naik atas,  memang sah la..marhaban ape..meraban ade. Semua dalam tu pakai baju sukan . Kelas Aerobik rupenye..

"Kuang ajo korang kenakan aku" mengekek si ketty dengan Si Liya.

dah la aku sorang pakai jubah. Siap stokin tangan lagi..aishhh

"mana ada baju sukan" kang aku meratib sorang-sorang,  korang jugak yang malu"

"Nah, ni baju ko..ingat tak hari tu aku pinjam masa tidur umah ko hari tu..kasut ko..ni ha, aku dah tolong bawak naik atas"

sabor jela..nak je aku gigit budak dua orang ni..ceh..

(bersambung)



You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts