Lepas Jadi Mak Baru Ku Tahu..

1:27 AM

Lepas dapat tau mengandung saya alah punya teruk..teruk seteruk nya.

Makan tak lalu..muntah..muntah..muntah.

Sehinggalah buat pemeriksaan kali kedua kat klinik yang berbeza baru lah tau yang saya sedang hamil anak kembar.Masa tahu dalan 2 bulan setengah usia kandungan.

Allah rasa macam nak mati pun ada. tak larat, tak selesa semua ada. Berkali-kali masuk wad, masuk air. Alah je yang tahu tahap ketidak selesaan pada waktu tu.

Ramai yang memberi kata-kata semangat.. antaranya komen kawan saya Suhaida Mahpot di fb, sabar.. teruk alahan ko tu maknanya anak aku sihat..anak ko kuat.."

Alah berterusan sehingga bulan ke 4. Start bulan ke 5 dah start dengan tarik mengkarung..perh..sakit oo... sorang-sorang kena tarik mengkarung.. masa tu tak kenal Shaklee lagi. Kolo dah kenal confirm tak tinggal Ostematrix.

Bulan ke 6 ada warded jugak sbb ada leaking..huaa..seram kan. Riso je budak-budak lahir tak cukup bulan.

Bulan ke 8 da sarat gile. badan ok sihat tapi nak berjalan tu macam sakit sebab dedua baby dah kebawah. Cukup je 37 minggu Alhamdulillah selamat lahirkan dedua.

Bila dapat anak kembar.. segala-galanya double.. seronok pun double tau. Tapi tenaga kena double jugak. Kakak dengan abang kebanyakan nya tidak serentak tapi berturut. maknanya..lepas sorang "yak" , sorang lagi akan yak lepas tu. Macam tu jugak dengan sakit demam.

Paling mencabar ialah part bangun malam. Rasanya tak pernah cukup tidur sebab lepas sorang nak menyusu, lepas tu mesti sorang lagi nak menyusu. Agak-baru nak lena, derang nak susu untuk second trip pulak.

Sejak jadi mak, barulah Nampak apa yang mak dengan abah dah lalui sebelum ni. Bukan senang nak membesarkan anak-anak. Dulu abah lagi la askar..masuk hutan. Tinggal mak je .

Bila anak sakit, kalau ada 57 petua, semua petualah kalau boleh nak cuba pada anak-anak. Risau sentiasa ada. Bukan tak bertawakal . Tapi mak dan risau berpisah tiada.

Dalam tak cukup tidur tu, nak mengesah rumah lagi, nak mengesah kain baju lagi, nak kerja lagi.. hehe..hidup memang indah dengan cabaran untuk jadikan kita insan yang lebih kuat.

Beberapa tahun jugak tak pergi Terawikh dimasjid walaupun tu aktiviti rutin bulan Ramadhan. Yela anak kecik-kecik sangat. ramai pulak tu. Saya tak mampu nak kepung sorang-sorang. Melainkan kalau balik kampung ke ha, tu boleh pergi .

Start bujang saya dah memang sambung belajar, jadi teruskan lah walaupun mengandung. Cuma, masa lahirkan kakak dan abang saya cuti satu semester. Rasa macam tak pandai nak manage masa.

Lepas cuti satu semester, sambung untuk semester seterusnya. Serius tak berapa pandai nak urus masa. Asigment pun ada yang tangguh. Ingat lagi untuk subjek Project Management saya tak dapat siapkan assignment sebab tak faham.. Ha.nak nagis rasa.

Tapi Alhamdulillah lecturuer baik. Saya tak ingat nama lecturer tu. Dia cakap..kalau ada masalah apa-apa, email pada dia. Jangan diam dia. Pada hari yang sama, saya tulis email pada lecturer, mintak maaf berkali-kali belum dapat siapkan assignment sebab tak faham. Antara ayat yang saya tulis tu..

"saya minta maaf sebab tak dapat siapkan assignment. Saya tak faham. Saya tak pandai nak manage masa lagi sebab baru dapat anak kembar"

Ayat betul-betul saya tak ingat tapi lebih kurang gitulah lebih kurang. Alhamdulillah lecturer bagi masa untuk saya blaja dan hantar assignment. Lecturer laki aduii..lupa nama lecturer tu. Mudah-mudahan Allah mudahkan segara urusan lecturer saya tu. Tolak ansur yang Prof bagi sangat memberi erti pada saya. Alhamdulillah saya lulus paper Project Management.


Tak lama kemudian lahir si adik. Time ngandungkan adik pun huaaaa...alah teruk . Masa tu final year degree di UiTM Shah Alam. Doktor nasihatkan untuk saya buat penangguhan semester. Tapi sebab tak nak tangguh punya pasal, dan nak habiskan jugak semester akhir pada tahun tu jugak, mak saya tetap teruskan. Doktor geleng kepala tapi masih memberi sokongan. 2 hari lepas Viva,  saya bersalinkan Hani dan Exam Final semasa saya baru bersalin 2 minggu . Mencabarkan. Masa konvokesyen bulan 12, tahun 2012 serius la saya menangis. Alhamdulillah dapat juga bergelar graduan.


Hidup saya  lebih meriah dengan 3 orang anak. Taula budak-budak..ada 3 orang pun macam ramai. Alhamdulillah Kakak dengan Abang banyak membantu walaupun masih kecik time tu.  Meragam ada tapi tak ada la meragam teruk. Biasa la budak-budak, Terima kasih Allah sebab mengurniakan anak-anak yang baik.

Si adik pun Alhamdulillah tak ada meragam yang teruk-teruk . Semua masih dalam kawalan.

Bila anak dah 3, agak kelam kabut jugak bila kadang-kadang semua nak susu serentak atau semua nak perhatian serentak . Siadik pulak menyusu badan.. tau jela baby kolo menyusu penuh ni ..haha..magnet kuat.

Kalau tida-tiga mintak dukung..ha...jenuh fikir macam mana nak buat.

Dengan anak-anak kecik ni memang penat, rehat tak cukup, badan penat tapi serius akan buat ko gembira. Semua indah walaupun penat. Tapi kalau anak-anak takda, saya fikir, saya bakal gila.

Kegembiraan seorang ibu adalah pada anak-anak. Tak kira macam mana anak-anak tu meragam, menangis, gembira atau apa saja.

Bila jadi mak, keutamaan bukan pada diri sendiri, semua nya anak, dari segi masa, kewangan, perbelanjaan, komitmen, tentu sekali anak didahulukan.

Ini yang mak dan abah  dah rasa dulu sebelum saya. Ini yang mak dan abah dah buat sebelum giliran saya curahkan pada anak-anak.

Bila dah bela anak sendiri, baru tahu Ya Allah betapa besar pengorbanan mak abah. Dulu-dulu lagila..susah. Semoga mak dan abah sihat selalu dan Allah perlihara mak dan abah. Bukan sahaja ketika kecil, sehingga umur 33 tahun ini mak abah masih risaukan anak yang seorang ini. Benarlah kasih sayang ibu bapa tiada had dan tiada bertepi.

Pengedar Shaklee ipoh 0124698356
Kasih sayang ibu bapa yang tiada bertepi


Bila anak-anak dah besar sikit, saya dah mula merasai kelapangan waktu, kurang sedikit berkejar-kejaran berbanding dahulu. anak-anak dah pandai mandi dan siapkan diri sendiri. Boleh membantu urusan kerja-kerja rumah. Alhamdulillah syukur.

Berbaloi alah berbulan-bulan, masuk wad berkali kali, tidur malam tak lena...hehe.

Jadi mak ni segala-gala risau. Anak tak makan risau, anak makan banyak sangat risau jugak, anak berak risau , anak tak berak lagila risau.Anak tak tido risau, anak tido lama pun risau . Segala-gala mahu yang terbaik untuk anak-anak. 

Sesuatu yang power tentang mak-mak ialah..

Mak boleh kesan kolo ko buat silap.. benda ni terpakai untuk saya sendiri dan anak.haa.. saya dah boleh bajet kalau anak ada buat pelik-pelik.. 

Siap anak tanya..eh..macam mana mama tahu..hahaha..(power tak mama)

Mak boleh rasa tak sedap hati tentang apa yang nak jadi pada anak dia.

Lagi power bila mak mak boleh tidur dalam kebisingan yang amat sangat dek projek mainan anak-anak, anak-anak bergaduh dan bising macam-macam dan boleh terjaga dalam keadaan yang senyap. Senyap bererti anak-anak sedang membuat projek misteri. Ha ha ha..

Bila anak-anak makin membesar, banyak sangat yang dulu susah menjadi mudah.

Jaga anak-anak memang kena banyak sabar.. wolopon tak berapa nak sabar kadang-kadang tu.

Jauh lagi perjalanan saya sebagai seorang ibu..mudah-mudahan Allah bantu dalam setiap perjalanan. Tidak membiarkan saya membuat percaturan yang salah dan sentiasa membawa saya kembali ke jalan yang benar.

Setiap mak perjalanan tak sama. Setiap mak punyai pelbagai perkara yang kena hadapi. Mak mak dulu tak ada medium sosial nak luahkan macam-macam. Allah tempat mengadu dan menghampar segala keresahan.

Mak-mak sekarang ada macam-mcam medium..sekurang-kurangnya dapat bertanya pendapat tentang itu ini.. 

Kita ibu-ibu muda pastikan akan lalui apa yang telah mak-mak kita lalui sebelum ini. Pasti kita akan lebih menghargai dan merasai nilai kasih sayang sebenar Ibu bapa kita. Kalau dikenang-kenang, memang menitik air mata.

Kekuatan seorang mak adalah pada anak-anak.

Kekuatan seorang mak adalah doa dari ibu dan bapanya..

Kekuatan seorang mak adalah melalui doa pada Tuhannya

kekuatan seorang mak adalah apa yang Allah beri..

Semoga Allah mengurniakan syurga buat mak dan abah yang telah bersusah-payah membesarkan kita semua.


Wahidah Azizan
nurwandah@yahoo.com
youtube: Wahidah Azizan
Ig : Wahidahazizan
Fanpage : Kedai Wahidah



You Might Also Like

1 comments

  1. Pengorbanan ibu memang tiada taranya. Syukur dapat pengalaman jadi ibu.

    ReplyDelete

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts