Kenapa landmark penting dalam industri makanan kesihatan...? Macam mana nak tahu sesuatu produk tu betul betul berkesan? Apa kesan sampi...
Assalamualaikum
Anda pernah tak sakit kepala? Rata - rata kebanyakan kita mesti pernah mengalami sakit kepala
Sakit kepala yang berlarutan sangat mengganggu aktiviti seharian.
Cara Menghilangkan Sakit kepala |
Antara Faktor Yang Menyebabkan Sakit Kepala
- Tekanan
- Kebimbangan
- Tidak Cukup Tidur
- Pemakanan
- Resdung
- Perubahan hormon terutama bagi wanita
- Pengambilan Ubat
- Pengambilan Alkohol
- Merokok
Bagaimana Mengurangkan Sakit Kepala
Riadah
Apa yang anda boleh lakukan ialah pergi melakukan riadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu .Sejam setiap sesi. Kebanyakan dari kita bekerja dalam penghawa dingin . jadi, pergilah bersenam keluarkan peluh.
Kurangkan aktiviti tidak sihat
Kajiandari National Cancer Institut , alcohol boleh menyebabkan kanser. Jadi tentu sekali ia memberikan kesan yang buruk kepada tubuh badan manusia.
Begitu juga dengan aktiviti merokok.dimana kandungan nikotin yang tinggi menyebabkan punca pelbagai penyakit.
Rehat
Anda mesti cari ruang untuk merehatkan diri walaupun sibuk. Aktiviti Qailullah sebelum Zohor sangat membantu badan lebih segar dan rehat yang berkualiti walaupun sebentar.
Jaga Makan
Kurangkan makanan segera, kandungan yang mempunyai msg yang tinggi . Ini semua sangat menyumbang kepada sakit kepala.
Cukup Tidur
dapatkan tidur yang secukupnya. Tidur yang lena dan cukup membantu kita lebih produktif
Kawal Stress
Dunia yang serba mencabar hari ini menyebabkan stress tidak dapat dielakkan. Namun tahap tekanan boleh dikawal antaranya dengan berfikiran positif, menyusun jadual dengan baik. Bagi yang beragama Islam lazimi membaca al-quran dan berzikir
Bagaimana Shaklee Boleh Bantu?
Saya antara yang kerap mengalami sakit kepala. Wajib mutah dan adakala sampai tak boleh bangun. Tapi tu dulu..Alhamdulillah sekarang lebih sihat.
Sejak konsisten makan 4 vitamin asas ini, saya tak sedar bila sakit kepala saya mulai berkurangan.
Vitalea Iron Formula
MultiVitamin yang mengandungi 25 jenis vitamin. Membantu menampung nutrisi yang kurang.
B Complex
Mengurangkan stress dan selain itu menukarkan makanan kepada tenaga. B Complex juga sangat baik untuk saraf.
Vitamin C Sustain Release
membantu menguatkan sistem imun. Perisai dari penyakit
Ostematrix
Membantu mengurangkan stress pada otot badan, membantu tidur dengan lebih lena dan sumber kalsiumpada badan.
JIka anda kerap sakit kepala, hubungi saya sekarang..Jom kurangkan sakit kepala dengan cara lebih sihat
Wahidah Azizan
0124698356
nurwandah@yahoo.com
fanpage : Kedai Wahidah
Youtube : Wahidah Azizan
Ig : Wahidahazizan
Assalamualaikum Anda pernah tak sakit kepala? Rata - rata kebanyakan kita mesti pernah mengalami sakit kepala Sakit kepala yang b...
Assalamualaikum semua
Insyaallah hari ni nak kongsi sikit tentang Tadika Permata Unggul, Tambun. Kali pertama dengar pasal Little Caliphs adalah dari kawan saya. Hazwani. Kawan baik dimana kami kerap berkongsi hal-hal perkembangan anak-anak.
Bila dengar macam-macam cerita baik dari Wani maka saya pun rasa macam nak hantar anak ke Little Calips. Bila tengok kat Ipoh ni ada di Kg Melayu, Ipoh. Kebetulan saya tinggal di kawasan Ampang maka saya dok berkira-kira mungkin itu yang sesuai untuk saya hantar.
Tahun 2014 Alhamdulillah ada rezeki untuk beli rumah dikawasan Tambun. Ternampaklah sebuah rumah yang dicat warna biru kuning. Eh, ada program little Calips la dekat sini. Kemudian saya terus search tentang Little Caliph Tambun.. Terjumpala Facebook Tadika tersebut Panorama Tambun Perdana.
Terus saya bertanyakan tempat untuk menghantar anak kembar saya.
2015 tahun pertama anak-anak disitu. Saya hantar ke sana dalam keadaan hanya tahu nyanyi ABC dan beberapa nombor.
Beberapa minggu di Tadika saya melihat perubahan anak-anak. Boleh membaca doa iftitah dengan maknanya dalam Bahasa Inggeris. Wehh sebak sangat. Mama pun tak pernah dengar maksud doa Iftitah dalam Bahasa Inggeris.
Boleh bercerita tentang kalau nak makan kena "wash hand" kemudian kena "line up". kalau dulu membahasakan kawan tu dengan panggilan kawan. Sejak-sejak dah masuk sekolah ni, pandai dah sebut nama kawan. Irfan, Arief , Sofiya , Hadif, Erina dan macam-macam lagi.
Alhamdulillah bacaan dalam solat semua diajar disekolah dan Alhamdulillah anak anak dah boleh baca kalau solat sendiri.. hatta tahiyyat akhir boleh dah baca sampai habis tapi dengan makraj budak-budaklah.
Cikgu-cikgu semua sangat baik. senyum je walaupun budak-budak macam macam perangai. Pernah saya lihat cikgu-cikgu mengajar penuh semangat dan minat. Bila cikgu cikgu semangat memang anak-anak akan cepat belajar. kalau ada apa-apa terjadi pada anak seperti tak sihak, pihak tadika memang segera hubungi saya.
Pihak tadika menggunakan Communication books untuk update silibus bulanan. Jadi , kita sebagai ibu bapa akan maklum untuk Januari anak-anak belajar tentang apa, surah apa, nombor berapa. Selain itu, ada dua kali pertemuan dengan ibu bapa untuk aktiviti Parent-Teacher Meeting .Kira macam hari ambil report card. Tapi, anak-anak ni tak ada la nombor-nombor, teacher akan maklumkan perkembangan anak-anak , apa yang perlu diperbaiki dan macam-macam lagi.
Suasana bersih dan selesa dan keadaan kelas yang sangat menarik minat kanak-kanak. tentu sekali cikgu-cikgu memberikan komitmen yang tinggi dalam nak mencantikkan kelas.
Untuk pelajar-pelajar baru, sebelum persekolahan bermula diadakan macam hari suai kenal. Ibu dan anak disekolah sambal buat aktiviti yang menggembiraan seperti menyanyi, bermain dan membuat aktiviti didalam kelas iaitu bermain dengan plasticine. Jadi tak ada la macam anak-anak ni takut sangat masa hari pertama persekolahan.
Saya tengok anak-anak pun seronok belajar. Aktiviti sains yang bermacam-macam. lukisan, mewarna, mengenal haiwan. eh..tangkap serangga pun ada tau.
Apa lagi yang best pasal tadika ni?
Tadika ada juga dikunjugi banyak syarikat-syarikat yang keluarkan produk seperti Dutch lady , Carry junior, Play doh, Dumex dan macam-macam lagi . Paling best bila banyak dapat hadiah free. Kita yang tengok pun seronok, anak-anak apatah lagi.
Balik sekolah tak berenti -renti cerita |
Antara aktiviti lain, tadika ada anjurkan hari kantin, seronok sangat budak-budak ni menjual beli. Ada juga Simulasi Haji yang mana kanak-kanak seronok sangat. Anak-anak saya sampai cakap.. esok anak mama tidur kat Mina..padahal..program tu siang je.punyala eksaited.Ada juga lawatan ke Maahad Tahfiz bagi kanak-kanak 6 tahun.
Hari Kantin |
Simulasi Haji untuk pelajar-pelajar |
Lawatan dan sumbangan ke Maahad Tahfiz |
Suka la sangat |
Hari sukan yang menarik, Ihtifal Day pun menarik. Taching tau tengok anak-anak buat persembahan. Tahun lepas anak-anak buat persembahan Choral Speaking . Memang terharu .. hebat sangat teacher yang melatih. . Ada lawatan untuk anak-anak ni juga. Tahun lepas anak anak ke Pizza hut, Balai Bomba dan Masjid Negeri. Tahun ni pelajar 6 tahun pergi lawatan ke Universiti Teknologi Petronas manakala anak-anak 4 tahun melawat Pizza Hut dan Pasaraya.
Kalau nak diceritakan tentang betapa besnya anak-anak belajar kat sini memang tak cukup space nak tulis. Apa pun, banyak progress terhadap anak-anak saya. Saya tak tahu tentang tadika lain. tapi, Alhamdulilllah, saya jumpa tadika yang boleh ajar anak saya mengenal Allah.
Kepada semua guru-guru yang menjaga dan mendidik anak-anak saya , terima kasih diucapkan. Bukan senang nak jaga budak tadika. terkencingla..muntah la..nasi tumpah la .
Kepada guru kelas anak-anak saya , Teacher Wawa, Teacher Zalika, Teacher Dieja. khususnya.. jutaan terima kasih mengajar anak -anak saya. Bagaikan menghantar buku kosong dan kembali dengan buku yang berwarna-warni.. Pagi-pagi datang sekolah disambut senyuman oleh guru-guru dipintu pagar. Penat keluar masuk uruskan anak-anak tapi masih tersenyum.
Sekalung tahniah kepada Guru besar Tadika iaitu Puan Azura dan En Hadi yang menguruskan tadika dengan terbaik dan cemerlang. Sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat anak-anak dan ibu bapa. Semoga tadika ini terus maju dalam mendidik dan mencorakkan anak-anak syurga ini.
Buat semua guru-guru yang Teacher Wan, Teacher Afrah, Teacher Bainun, Teacher Naja,Teacher Zu, Teacher Miza, Teacher Rose, Teacher Ika, Teacher Nurul , Ustazah, Teacher Zana dan semualah teachers sekalian..terima kasih kerana menjaga, mendidik anak-anak saya secara lansung dan tidak langsung .
Saya tahu anak-anak saya sangat gembira disini dan menikmati segala-galanya dengan riang disamping mendapat ilmu yang bermanfaat. Semoga jasa baik semua nya diangkat disisi Allah.
Comelkan semuanya |
Mengapa saya pilih tadika ini?
Sebab ada pilihan dan mahu yang terbaik..
Wahidah Azizan
0124698356
Assalamualaikum semua Insyaallah hari ni nak kongsi sikit tentang Tadika Permata Unggul, Tambun. Kali pertama dengar pasal Little ...
Assalamualaikum semua
Penyakit tangan, kaki dan mulut atau dikenali sebagai penyakit HFMD menjangkiti ramai kanak-kanak di dunia. Orang dewasa tidak terkecuali daripada terkena jangkitan penyakit ini.
Saya sendiri mengalaminya pada tahun 2011 apabila kedua-dua anak kembar saya terkena penyakit ini.
Penyakit tangan , kaki dan mulut berpunca dari virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus EV17.
Kanak-kanak kerap dijangkiti penyakit tangan , kaki dan mulut |
Cara Jangkitan Penyakit ini
Penyakit ini mudah berjangkit terutama kepada kanak-kanak yang mana imun badan mereka masih rendah.
Cara jangkitan yang mudah amat menggalakan penyakit ini mudah berjangkit seperti
- Cecair
- Sentuhan langsung
- Air liur
- lepuh
- Najis
Tanda-tanda dijangkiti Penyakit HFMD
Jika kanak-kanak ini dijangkiti penyakit HFMD , antara tanda-tanda awal
- Demam
- Luka dalam mulut
- Tak selera makan
- gatal
- keluar seperti biji biji air dibahagian tangan dan kaki
Apa nak buat bila anak dijangkiti HFMD?
Jangan panik. Bawa anak anda jumpa doktor . Tiada rawatan spesifik dalam menangani penyakit ini tetapi anda boleh membantu menjaga pemakanan anak-anak dengan mengelakkan makanan yang gatal terutama telur.
Saya turut membeli ubat yang dibeli difarmasi . Daktarin namanya,.Ubat ini sangat membantu luka dan sakit dibahagian dalam mulut.
Bagaimana Shaklee Membantu?
1) Nutriferon
Nutriferon sangat membantu meningkatkan imun badan . kandungan Interferon didalam badan nutriferon terbukti meningkatkan imun badan .
2) Herbal Blend
Krim serbaguna ini disapu dibadan pesakityang terkena jangkitan ini. Ini membantu mengurangkan rasa gatal dan memberikan rasa selesa.
3) Basic H
Baju-baju , permainan, selimut dan barang barang yang perlu boleh diasingkan dan direndam menggunakan basic H.
Kandungan basic H yang dibuat dari ekstrak jagung dan kelapa sangat selamat. Pesakit boleh dimandikan dengan campuran basic H bersama air .
Jika anda atau anak atau sesiapa yang terkena jangkitan penyakit tangan , kaki dan mulut ini boleh mencuba ketiga-tiga produk ini yang sangat membantu supaya lebih cepat sihat seperti sediakala.
Hubungi saya segera dan saya tunggu panggilan anda
Saya gembira membantu anda
Wahidah Azizan
0124698356
nurwandah@yahoo.com
Youtube : Wahidah Azizan
Ig : Wahidahazizan
Saya adalah Pengedar Shaklee Ipoh, Pengesar Shaklee Taiping, Agen Shaklee Ipoh, Agen Shaklee Taiping, Pos Shaklee satu Malaysia.
Assalamualaikum semua Penyakit tangan, kaki dan mulut atau dikenali sebagai penyakit HFMD menjangkiti ramai kanak-kanak di dunia. Ora...
Assalamualaikum
Kejadian ni berlaku 26 Oktober 2016
Saya post difacebook.
Tak sangka ramai orang baca. Di Share lebih 585 oleh pengguna facebook.
Kejadian berlaku di rumah saya sedang saya sibuk sibuk kat dapur.
Abang bagitahu saya yang kakak dengan adik gunting duit.. Ha.. ada duit warna merah weh.
satu rasa marah tu yang muncul tanpa dapat jemputan. hahaaa..
Mujurlah yang digunakan adalah gunting kecil yang hanya untuk menggunting kertas ..
Duit yang susah nak dicantum balik nak oiii |
Saya Edit post ni..
Masa mula mula nampak duit kena gunting mmg mama bertukar jadi T-Rex.
Tapi anak anak langsung tak nangis bila saya marah marah.siap senyum..hoho.....
Tapi tiba-tiba saya tersenyum.. teringat post yg share tadi..
Rumah ni yang riuh rendah ..nanti anak anak besor sunyi...
Tibe tibe dari mode marah terus bertukar jadi mode sedih.. nangis (gile teruk kuat nagis)
Masa mula mula nampak duit kena gunting mmg mama bertukar jadi T-Rex.
Tapi anak anak langsung tak nangis bila saya marah marah.siap senyum..hoho.....
Tapi tiba-tiba saya tersenyum.. teringat post yg share tadi..
Rumah ni yang riuh rendah ..nanti anak anak besor sunyi...
Tibe tibe dari mode marah terus bertukar jadi mode sedih.. nangis (gile teruk kuat nagis)
Nak marah ada..nak nangis pun ada tengok duit mcm ni |
Terus saya ambil handfon dan tangkap gambar duit yang dah hancor digunting dek deme..upload di facebook sebab satu hari facebook akan bagitau saya kenangan ni pernah berlaku dalam kehidupan kami anak beranak.
Nanti kakak umur 20 tahun kakak tak akan gunting lagi duit ... rasanya dalam hidup saya ni tak akan ade dah memori ni ...tak ade siaran ulangan dah...
Saya pelan pelan bgtau anak..
Bukan senang nak cari duit.
Mama kena kerja
Mama kena jual Shaklee..
Duit jangan gunting..kalau ada duit boleh tolong orang..
Kalau ada duit boleh beli macam macam
Ada orang susah tak ada duit...
Tak tahulah kakak faham ke idak..tapi saya cakap je.. bukan dengan nada marah marah macam awal awal tadi..
Mama sayang kakak sebab kakak bijak..
Lepas je cakap mama sayang kakak... terus kakak nangis..banjir..!!!
Bayangkan masa marah2 dia tak nangis tapi bila cakap elok elok terus menagis...
Hari ni saya belajar sesuatu
Nak jentik hati anak. Tak semestinya sampai naik angin ..
Tapi wajib Kena tegur la jugak kannn...
Nak marah pun tak guna
Tapi marah la jugak
Riso pulak deme menggunting duit purple...
Ada orang susah tak ada duit...
Tak tahulah kakak faham ke idak..tapi saya cakap je.. bukan dengan nada marah marah macam awal awal tadi..
Mama sayang kakak sebab kakak bijak..
Lepas je cakap mama sayang kakak... terus kakak nangis..banjir..!!!
Bayangkan masa marah2 dia tak nangis tapi bila cakap elok elok terus menagis...
Hari ni saya belajar sesuatu
Nak jentik hati anak. Tak semestinya sampai naik angin ..
Tapi wajib Kena tegur la jugak kannn...
Nak marah pun tak guna
Tapi marah la jugak
Riso pulak deme menggunting duit purple...
saat indah bersama anak-anak |
Anak-anak akan membesar.. yang tinggal hanya memori saat indah.
semoga kita dapat mendidik diri menjadi insan yang memahami kanak-kanak, dapat mencurahkan kasih sayang kepada mereka sepenuhnya dan menjadikan mereka insan yang bertaqwa dan memberi manfaat kepada agama dan dunia.
Wahidah Azizan
nurwandah@yahoo.com
0124698356
YouTube : Wahidah Azizan
Ig : wahidahazizan
Fanpage : Kedai Wahidah
Assalamualaikum Kejadian ni berlaku 26 Oktober 2016 Saya post difacebook. Tak sangka ramai orang baca. Di Share lebih 585 o...