Novel x de tajuk #episod22

10:17 PM

"Rizal, ko masalah ape ha?" Ni memang samseng habis , aku terus pergi Tanya dia tak bagi salam.

" Eh apa?" terpinga pinga pulak mamat ni.

" Aku tanya skang ko ape hal, ko nak tukar, ko tukar la..yang ko babitkan aku dah kenapa? Bos panggil aku sound sound cakap ko nak tukar sebab aku"sekali memang aku cakap tak ada full stop. Puas jugak la hati aku ni.

" Eh, aku tak cakap pun aku nak tukar sebab kau, aku memang nak mintak balik Kuala, sambal sambal nak urus kebun bapak aku. Dia dah tak larat,"

" Habis, yang bos cakap tu apa?" muka aku macam muka singa lapar. yela tak memasal aku kena sound dengan bos, ko rasa best ke?

" Itu aku tak tahu Wida, aku memang betul betul tak tahu.Lagi pun ko dah ada Man kan, memang mustahil la ko nak kisah dekat aku"

Krik krik..krik krik..hening

" Dah lama Man cerita dekat aku pasal ko. Dari sekolah wei, tapi aku tak tahu ko orang yang sama dengan orang yang Man cakap. Tak sangka pulak ko orang yang sama yang aku suka "

" Aku tak bagi apa apa keputusan pun, so ko tak payah nak emo sangat.Aku kawan dengan dia lama wei, aku rasa, macam mustahil pulak. Ish..susah nak cakap lah"


"Ok la wei, aku banyak kerja lain lagi"Aku pergi tak tahu dengan perasaan apa. Adui Man, ko kemain membuli aku, sekali nak kawen dengan aku.. Dah kenapa pulak ko sepupu dengan Rizal.dah tak ada orang lain ke ko nak sepupukan?


*******************************************
Cuti minggu ni aku tak balik Taiping, Kak Syidah  ajak ronggeng ronggeng Pekan Ipoh. Bising dia tiap tiap minggu asyik balik.

Hari Sabtu, sakan berjalan sana sini, yang banyak nya aktiviti makan. Makan cendol, makan laksa, makan macam macam makan. Perh kenyang. Diet cuti hari ni. Aku paling suka gila makan laksa sarang. Dia punya telur bersarang dia bikin nangis weh. Sedap sangat.

Naik bot jalan jalan Gunung Lang best jugak, murah je pun naik botnya.

Gunung Lang Ipoh



Meronggeng naik motor memang syok menyelit. Sekali hujan turn memang mendapat dua dua basah lencun.Kah kah..tapi relax je sambung jalan. Baju basah? pandai pandai la baju ok kering sendiri.

Bila malam kemain letih, sempat mandi, Isyak terus lebuh. Sedar sedar telefon bunyi pukul 4 pagi.

Siapa pulak call pagi pagi buta ni? Adui.. letih semlam tak hilang lagi.

" Helo"

" Apa helo helo" dah tak reti bagi salam ? " 

Aku dengar suara abang ..

" Ha..abang, apahal ko 4 pagi telefon aku?" Aku ngantuk wei, letih gila tadi penat berjalan"

" Ko tak habis habis membuta kan"

"Eh ko ni bang, pukul 4 pagi memang la membuta, apa ko ingat ko nak suruh aku menorah pukul 4 pagi ni?"

" Bangun!" tiba tiba suara abang aku ni macam orang baru lepas masuk askar

" Apa bangun?aku nak tidur wei" 

" Ko bangunla Istikharah, ko belum jawab la kan pasal pinang mememinang tukan?Ko malu sikit dengan mak wei, aku tengok mak dah berapa hari bangun solat, confirm wei untuk ko"

"Lagi satu, elok la ko doa bagi ko tu naik jadi Master Coordinator Shaklee cepat cepat, aku tengok dah bertukun tak naik rank"

" Aku letak telefon dulu, ko jangan tak solat. Yang nak kawen ko, bukan aku"

Uish abang aku..boleh tahan ustaz nya tiba tiba kejut aku suh Istikharah..tapi sempat pulak dia sound pasal Shaklee ceh..

Aku ingat nak tidur balik, baru letak kepala tiba tiba.. telefon bunyi lagi

"Ya Allah siapa pulak "bisik hati aku

" Hoi bangun, aku tau ko nak tidur konon konon 5 minit kan"

aje kampit abang aku ni, dia tau pulak taktik aku 

Kali ni betul betul bangun.. seriously aku memang kena mintak petunjuk..

Hai..la tokey ayam. jadi satu kerja pulak nak fikir pasal ko

Bersambung




You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts