"Bang, kakak dah seminggu Istikharah .. lepas tu kakak mimpi "
" Kakak mimpi apa?"
" Mimpi disiang hari "
"Hoi..cerita la betul betul "
" Ok ..ok ..kakak serius , kakak mimpi ada seorang lelaki datang mintak tiket umrah mak dia pada kakak, masa tu tak ingat dekat Mekah ke atau dekat Madinah.Tapi memang kakak mimpi tu,"
"Nampak tak muka dia" Tanya abang penuh minat
" Nampak tapi tak ingat, pakai kopiah warna putih,"
" Entah entah kakak mimpi Imam Wan yang baru meninggal isteri dua bulan lepas?"
" Eh abang ni agak agak la.. dah tua kut tu dekat 70 tahun dah tu, "
Terkekek kekek lal kami dua beradik
"Kak "
serius pulak tengok abang aku ni
"Istikharah ni tak semestinya datang melalui mimpi, tak semestinya mimpi dan tak semua istikharah tu Allah tunjuk melalui mimpi. Ada..bukan tak ada tapi sikit sangat"
" Tau tak yang banyak nya apa?"
"Apa?" Tanya aku sambal buat muka blur
" Yang banyak nya petunjuk, yang banyaknya urusan tu jadi mudah.
" Contoh?"
" Ko ni kak, semua benda nak contoh.."
" Yela bang, kang tak paham kang abang bising pulak"
"Contohnya macam ni, tiba tiba ko tahu dari siapa siapa yang dia memang baik orang nya. Kadang kadang ko tak ada la pergi stalk dia tapi tiba tiba je ada orang datang cerita pasal dia kat ko. tak kira la cerita baik ke cerita yang tak elok ke..so dari situ ko dah dapat tahu dah dia macam mana"
"atau, macam ko memang tak ada duit pun nak kawen, tiba tiba ko dapat pulak duit tah mana mana.. duit Shaklee ke, duit bonus ke, ada orang bagi ke so mudahla jalan ko nak kawen tu"
" Nak contoh lagi? macam ni, tiba tiba urusan ko dengan dia jadi mudah je semua .Elok je tak ada bengkak bengkok,"
" Abang, kakak ada benda nak cakap"
" Apa?"
" Kakak sebenarnya suka orang lain"
Ya, aku tengok muka abang berubah, serius benar mukanya.
"Siapa?"
"Budak mana? Umur berapa? dia tau kakak suka dia?"
"Budak Ipoh jugak, dia tua 3 tahun dari Kakak tapi dia tak tahu pun kakak suka dia.Kakak rasa dia suka orang lain "
"Pernah confess?"
"Tak pernah" aku tunduk tunduk, macam nak menangis pun ada. First time terus terang pasal hidup mati ni.huhu
" Habis macam mana skang?"
" Tak tahu"jawab aku
" Siapa nama dia,kenal kat mana"
"Budak tu dulu UIA, ambil Law, skang kerja law firm dekat KL. Nama dia..nama dia ..Abu Hurairah"
satu satu aku susun ayat.Berpeluh!!!
"Bila last contact?"
" setahun lepas" banyak nya soalan abang..
" Ko tu adik aku , takkan aku nak biar" " Sekarang Istikharah macam biasa, pasal Abu Hurairah tu nanti abang uruskan"
abang aku ustaz |
********************************************
Seminggu lepas jumpa abang hari tu, aku tak ada contact abang lagi, mak dengan abah pun tak ada tanya pasal Man. Yang ada, adik je wasap tanya, kepoh sangatkan hahahaha..
Tiba-tiba telefon berbunyi tertulis " anak mak nombor 1"
" Assalamualaikum"
" Waalaikumsalam, abang "
"Pasal Abu Hurairah ko tu"
aduh gila berdebar debar weh. Merecik peluh ni..menggigil
" Ha.."
" Dia dulu budak Izuddin kan? "
" Ha"
" Bapak dia duduk Brunei kan?"
"Ha: sepatah je la berani aku jawab
" Dia dekat Ipoh duduk dengan nenek dia kan sampai dia masuk Izuddin, betul?"
"Betul"
"Budak tu dah bertunang"
" Dengan siapa semua kakak tak payah ambik tau,mana abang tau pun, kakak tak payah ambik tahu, yang penting memang confirm dia dah bertunang"
" kakak, orang laki ni, bukan betapa banyak rasa sayang orang perempuan sayangkan dia. Tapi berapa banyak dia sayangkan seseorang perempuan tu,"
"kalau dia tak betul betul sayang bila bila pun dia boleh tinggalkan kakak"
"Kalau betul Abu Hurairah serius, dah lama dia boleh cari kakak. Zaman facebook , whatapps semua ni bukan susah sangat nak cari"
"Lelaki ni peluang nak curang banyak! sangat banyak !!Tapi kalau dia betul betul sayang, dia tak buat semua semua"
" Abang tak nak adik abang makan hati dah kawen nanti,"
Ayat last tu, buat empangan air mata aku pecah. Aku tak fikir pasal Abu Hurairah, aku pikir pasal abang aku, adik beradik memang akan sayangkan kau sepenuh hati tak kira macam mana pun keadaan kau"
"Kakak sambung Istikharah," " Pasal Abu Hurairah kakak dah boleh padam dalam hati kakak"
"Abang, terima kasih,"
" Ceh, ko sejak bila pandai cakap terima kasih ni?" aku dengar abang gelak besar dihujung talian
" Abang nak pergi Isyak ni, lenkali sembang lagi," " Assalamualaikum"
Termenung kejap lepas dengar pasal Abu Hurairah. Mujur juga tak ada bercinta cinta kalau idak mahu juga keluar air mata darah 40 hari berturut turut.
Masalah aku, tak mampu nak confess. Perempuan kut, malu weh.
Aku suka Abu Hurairah sebab dia Nampak cool je, tenang je kalau apa apa. Tapi dah bukan jodoh, bukan bidang kuasa aku
Aku bukak Fb. Eh, ada friend request, alamak, macam drama ni
Abu Hurairah request friend. Eh biar betul ni, kebetulan jenis apa ni??
Approve ke tak?
Approve ke tak?
Approve ke tak?
Approve ke tak?
Approve ke tak?
(Bersambung)
0 comments