Novel x de tajuk #episod24

1:57 AM

Approve ke tak?

Approve ke tak?

Approve ke tak?

Approve ke tak?

Approve ke tak?


Meluat betul fikir fikir sampai tertidur.Huhuhu

Pukul 5.45 pagi terjaga nak siap bangun Subuh pun terpikir lagi. 

Akhirnya aku approve juga.

Elok lepas mandi , azan pun dan bunyi maknanya Subuh pun dah masuk. Lepas sattle Ma'thurat semua aku balik tengok henfon.

Ada whatapps dari nombor tak dikenali. Aku bajet Abu Hurairah

"Salam"
"Aku ni Abu Hurairah Bin Ismail. Aku bagi nama penuh takut takut kau dah tak ingat aku"

Eh mamat ni, aku tak ingat dia ke, dia tak ingat aku

"Aku ambik no ko dekat Fb ko. Wah, kemain ko jual Shaklee skang "

Sebab masa banyak lagi baru pukul 6.30 pagi so aku pun reply

" Salam, ha, aku ingat je ko, ape cerita , lama tak dengar khabar, ko sihat?"

" Wah Wida.. banyak soalan ko, senafas aku baca. rindu aku eh?"

Eh mamat ni ..sewel ke..aku Tanya je kut.

"Aku sihat"
"Aku skang dah tak kerja KL, dah balik Ipoh"
"Aku cari kau sebab Course mate aku  Ilham bagitau aku , ada mamat Tanya pasal aku dekat dia, cek punya cek, di abang ko rupanya.
" Tak berapa nak senang duduk pulak aku tiba tiba ada orang Tanya pasal aku"
"Kenapa ha, abang ko Tanya pasal aku?"

Aduh aduhh adududuududdu.. apa nak jawab ni

" Mana la aku tau , ko Tanya la abang aku"

"Wida, ko belum kawen kan?"

" Belum" jawab aku sepatah

" Sama lah macam aku ,"

Eh la konon mamat ni nak mengaku single ke apa

" Aku dah bertunang tapi tunang aku step back, balik dekat pakwe lama dia, lama dah 3 tahun"
 
"ooooo" jawab aku


" Ko single Wida?"

" ada orang masuk merisik aku dah 2 minggu tapi aku belum bagi jawapan, " aku jujur jela. nak menipu pun nak dapat apa kan.

"So, aku ada harapan tak?""Kalau ada harapan aku nak cuba"

" Ko gila ke Abu Hurairah Bin Ismail?," lepas jawab tu aku dah tak nak reply lagi. Rasa macam banyak juga wasap dari dia tapi malas nak baca.

Aku nak siap siap pergi kerja. 

Sampai pejabat kena siapkan permohonan berbelanja bagi program yang nak buat bulan depan. Beberapa dokumen juga perlu disiapkan hari ini juga.

Sedang sibuk menyiapkan pelbagai pelbagai kerja eh tak sedar dah pukul 1.15 petang.  Tiba -tiba telefon berbunyi.

Tertera " Home Sweet Home"

Laju laju angkat telefon, mesti mak ni.dah 2,3 hari juga tak bersembang dengan mak

"Assalamualaikum mak, mak sihat?"

" Alhamdulillah sihat"

"Kakak dah makan ke? Mak masak ikan haruan ggulai tempoyak hari ni" 

" Wah mak, sedapnya, kakak belum makan, ralik buat kerja tak perasan dah pukul 1 lebih"

" Ni mak telefon ni mak nak Tanya pasal Man.Makcik Siti dan Tanya mak macam keputusan kamu. Dah nak masuk 3 minggu dah ni. Minggu depan cukup sebulan"

"Mak..errr.. tak de lagi keputusan mak, belum dapat jawapan lagi, hari ke 29 Kakak bagtahu keputusan ye mak" 

agen shaklee ipoh 0124698356

" Ya Allah budak ini, sabo jelah tau, tak pelah kakak, fikir betul betul, buat solat hajat, buat Solat Istikharah, mak dengan abah doa yang terbaik untuk kakak"

" Mak nak solat Zohor dulu, apa apa telefon mak ye!""Assalamualaikum"

" Ye lah mak, apa apa kakak bagitau mak," " Waalaikumsalam"

Aduh.. aku tak tahu nak jawab apa

Aku nak tolak bulat bulat kang mana la tau tah tah tu jodoh dari syurga ke

Aku nak terima kang aish..aku bukan nya ada feeling sangat dekat Mamat jual ayam ni..Masalah betul..

Elok aku nak turun pergi kantin aku nampak Rizal tengah tunggu dekat pintu depan

"Jom jap makan sama, aku tunggu kat kantin.Ada benda nak cakap"

Lauk dah tinggal sikit, aku turun 1.30 petang, yang lain banyak dah habis. 

Air macam biasa,air suam je. Orang cantik cantik memang minum air suam tak ada gula

Dari jauh aku nampak Rizal memang tengah tunggu aku

" Makan weh, aku lapar" itu je ayat yang ada setakat ini untuk aku opening

"Ko dah bagi keputusan? Setakat semalam Man bagitau aku ko belum jawab lagi"

" Belum , aku tak jawab apa-apa, aku tak ada jawapan, so, ko rasa jawapan apa aku nak bagi? Ni Man upah ko ke suh Tanya aku ni?"

" Tak ada lah, aku memang rapat jugak dengan dia. Skang dia dah tau aku kerja skali ko, lagila dia nak tau, dia risau ko ade orang lain"

" Ko tau tak betapa pedihnya hati aku bila Man Tanya pasal ko dekat aku? Tapi sebab aku sayang Man dah macam adik beradik aku sendiri, aku step back weh.Dia sepupu rapat aku dari kecik . Family aku susah dulu Pakcik Hazzim la yang banyak tolong aku"

" Ko ada orang lain ke Wida?"

" Tak de weh, tapi aku ada la minat orang tapi tu dah boleh tolak tepi. Masalah aku, aku tak tahu nak kasik jawapan apa, aku tak ada lah macam tangkap cintan dengan Man. Dia tu bagi aku, makluk yang paling banyak mengganggu hidup aku dari aku sekolah lagi weh"

"Aku percaya , Man boleh jaga ko sampai akhir hayat ko"

" Dia memang ikhlas gila suka kan ko wei"

" Takdir hidup ni ada yang Tuhan tentukan dan ada yang kita pilih sendiri" Tiba tiba aku Nampak Rizal macam pakar motivasi weh

" Takdir yang Tuhan tentukan macam ni, ko tak boleh pilih warna kulit ko apa.. tu takdir"

"Ko tak boleh pilih siapa parents ko, tak boleh pilih siapa adik berasik beradik ko"

"Tapi, ko boleh pilih hala tuju hidup ko"

" Ko boleh pilih aku atau ko boleh pilih Man atau ko boleh pilih mamat yang ko suka tu. tu ko yang pilih tau"

"Jadi, sekarang ni kenapa ko tak nak pilih orang yang memang dah sayangkan ko dari dulu, dari zaman ko comot ?"

" Aku tak Nampak pun Man sayangkan ko sebab ada kepentingan lain"

"Aku ni kenal ko, suka ko masa ko dah cantik macam ni, walaupun ko tak pakai make up. Man kenal ko dari zaman muka ko macam apa pun aku tak pasti" Eceh mamat ni, sempat puji aku la pulak kan.

"Rizal, bukan masalah dia ikhlas ke tak sayang aku, masalah skang hati aku rasa biasa, macam mana nak kawen weh? tak ada rasa berdebar debar ke apa,"

" Memang la dah ko selalu jumpa dia dah tu Nampak tak hensem semedang kan maklumla jual ayam je. Ko pernah tengok ke orang jual ayam pakai kemeja dengan tali leher?"

"Aku rasa kolo man pakai gitu, confirm ko pun cair ni"

"Man tu pun boleh tahan hensem tapi tulah tak ada orang jaga kan..kawen esok hensem la dia"

" Wei Rizal, ni bukan masalah hensem, ni masalah hati. ko faham tak hati?"

"Eh, dah nak dekat pukul 2 petang, naik dulu weh, kang ada meeting


(Bersambung)


You Might Also Like

2 comments

  1. Huish dasyat cite ko ni.. moga pilihan terbaik allah titipkan di hati

    ReplyDelete
  2. Wah wah wah
    Man ke Abu ni adik cantik?

    ReplyDelete

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts