Kepala pening nak bangun pun tak larat ni, aku rasa aku tak boleh kerja hari ni.
Bukak Wasap terus message bos
"Bos , saya tak sihat hari ni, nanti sya pergi klinik saya dapatkan mc, kalau tak saya ambil cuti rehat"
terus message kak Syidah jugak. Nanti dia risau sebab selalu kemana - mana berdua dengan dia.
Tak lama Kak Syidah call
" Wida, kenapa?"
"Saya sakit kepala Kak, memang sakit sangat ni, nak bangun tak larat, dah muntah siap"
"Eh, habis tu macam mana? dah makan ke ? ko nak Kak Syidah datang ke?"
" Belum makan ni, saya period, heavy flow, tiba tiba terus tangkap kepala"
" Vitamin Shaklee makan tak? Ape ke namaya GLA ke ape"? Tanya kak Syidah
" GLA dengan Ostematrix la kak, dah makan tapi sakit sangat ni, dah lama saya tak sakit macam ni. Ni pun terbaring je ni"
" Ko take care tau"
"Yela kak ..terima kasih"
Sakit kepala kali ni lain macam betul . Sakit yang bersangatan . Aku dah tak boleh tahan. Nak pergi klinik pun rasa belum larat
Ntah bila aku tertidur, sedar sedar dah pukul 9.00 pagi.
Perut rasa lapar, sakit kepala ada kurang sikit.Ingat sikit lagi nak siap siap pergi klinik.
Baru nak bangun kali ni tengok bocor punya lah banyak. Eh, apahal ni banyak sangat period kali ni.Sebab stress ke pun jadi gini.
Tak lama dengar orang bagi salam
"Assalamulaikum...Wida"
dengar macam suara Kak Syidah
"Kejap kejap kak"
cepat cepat aku capai tudung dan bukak pintu
"Eh, Nampak Rizal ada skali dengan Kak Syidah"
aku senyum je. tak ajak pun dia masuk
" Kak Syidah..masuklah"
"Eh Wida muka ko pucat ni, ape teruk sangat ni"
"Tak tahu kak, saya bocor banyak ni, tak pernah macam ni. Ni ha, jalan pun macam orang dalam pantang "
"Eh, cepat siap, kita pergi klinik , risau pulak apa apa hal"
********************************************
Balik dari klinik Kak Syidah belikan aku makanan. Dapatla cuti sakit satu hari. Malu pulak aku Rizal sampai tahu pulak aku senggugut teruk macam ni.
" Man kem salam, dia yang suh aku datang tengok ko. Memang aku yang report die cakap ko tak sihat"
"Kak Syidah balik dulu ye Wida, apa apa bagitahu"
"Terima Kasih kak ye, saya memang tak larat ni tapi jap lagi ok lah ni dah makan ubat"
Satu hari mengerekot kat atas katil . Baring je. Bila dah malam perut rasa lapar pulak. Makan pun order pakai runner je. Tak larat la nak pergi keluar.
Kalau period pain abeh satu kerja pun tak boleh nak buat. Badan tak larat . Nak tidur je memanjang.
sakit kepala dah hilang tinggal tak larat je lagi.
Telefon berbunyi
Erm..Man call
" Assalamualaikum, awak"
" Waalaikumsalam " eh sejak bila berawak awak dengan aku ni? sebelum ni elok je cakap ko aku.. bisik aku dalam hati
"Sihat? Rizal cakap awak tak sihat. Ok tak?"
"Ha..Alhamdulillah ok dah ..aku ok je"
"Eh, tak payah la cakap aku ..kita kan dah nak kawen"
Gelak besar aku dalam tak larat tak larat ni
"Saya belum ada keputusan lagi pasal tu"jawab aku
"Awak jadi macam ni sebab pikir sangat pasal kita ke Wida?" lembut pulak suara Man aku dengar kat hujung talian
"Kalau sebab tu awak nak sakit sakit macam ni , tak payah pikir lagi, awak ambik la berapa lama pun masa awak nak fikir, janji awak sihat"
Terkedu aku..caring rupanya mamat ayam ni
"Saya tak boleh lama ni, awak jaga diri, makan ubat, apa apa bagi tau, setakat Ipoh tu kejap je saya sampai"
"Awak, (wah kali ni aku panggil dia awak) jangan bagitau mak saya ye,"
"Ye,saya tak bagitau "
Perempuan..aku kalah betul bila ada lelaki caring ni.hahaha
"Ye,saya tak bagitau "
Perempuan..aku kalah betul bila ada lelaki caring ni.hahaha
(Bersambung)
1 comments
Man.. Man ..Man huwa ..
ReplyDelete