Novel x de tajuk #episod26

1:37 AM

Fasa senggugut teruk dah berlalu, malam ni dah boleh pergi kelas Marhaban dengan Liya dan Selly. 

Rindu pulak kat deorang. Lama sangat dah tak buat aktiviti terkinja -kinja.

Balik kerja terus singgah Pasar Malam Taman Perpaduan, nak restock haiwan banyak dah habis .Walaupun bujang, tak puas kalau asyik beli je. Masak sendiri walaupun simple simple sedap. 

Harga ikan wah boleh tahan malah. Ikan kembung sampai RM19 sekilo. Ayam pun RM8.80 sekilo. Eh, tengok ayam teringat Man. Eh..apakah aku ini tiba tiba teringat dekat mamat ayam tu.

"Dik, apehal senyum tengok ayam tu, ada apa-apa ke" tegur dek Pakcik jual ayam

La..tak sedar tersengeh sorang sorang.. aku dah kenapa ?huaa

"Pakcik, ayam sebelah ye"

lepas dah selesai beli serba sedikit barang nak memasak, aku macam biasa lah, beli laksa. Satu tak cukup, so beli dua. Apa nak buat dah suka laksa.. Takpela..laksa bukan mahei benor pun kan.kahkah


Elok je sampai rumah terus pasang radio..tiba-tiba terdengar lagu zaman dulu dulu..macam kena pulak dengan aku 

But if I let you go I will never know
What my life would be holding you close to me
Will I ever see you smiling back at me?
How will I know
if I let you go?








alamak kan West Life la pulak ..

Teringat pulak satu satu apa yang mamat tu pernah buat kat aku. Menyakat tak henti henti dari aku sekolah menengah sampai la dah besar ni. 

Paling tak boleh blah yang dia tangkap gambar aku tolak  basikal sebab tayar pancit tu. huhu..geram je.

Sementara duduk duduk layan perasaan  bali k kerja ni cek la wasap . Ada 500 message tak bukak . 101 daripadanya dari Abu Hurairah.. ko nak apa la Abu Hurairah oiiiiii. 

Panjang gila explanation macam mana dia boleh bertunang, kenapa tak contact aku sampai setahun dan kenapa dia cari aku balik.

Aku rasa macam baru lagi aku bagitahu abang aku suka Abu Hurairah. Tapi bila dia datang balik aku macam tak ada perasaan pulak . Kosong. Aku, lebih teruk dari iceberg. beku, bisu. Aku tak rasa pun nak reply semua wasap wasap dia. Lantak lah..


Tak faham perasaan sendiri..grrr

Entah aku tak tau skang ni perasaan macam mana tapi ada satu macam perasaan selesa dengan Man. Kadang kadang terfikir tu selesa sebab kawan ke atau memang aku pun dah jatuh suka. 

Allahhu Akbar ..Allahhu Akbar..

Eh! Maghrib dah. La..melamun sampai tak sedar. Ini kalau dah kawen hambat dek laki ni dah Maghrib apa tak buat lagi dok mengadap telefon. .

Lepas selesai Solat Maghrib mengaji semuka dua, aku siap siap nak pergi kelas Marhaban.

Macam biasa Liya datang ambik aku

"Weh, lama tak datang kelas , ko sibuk ke Wida?"

"Biasa la, macam macam hal, banyak hal.hahah"

" Ko nak kawen ke weh, lain macam bizi . Kejap kejap balik Taiping, kejap kejap balik Taiping"

" Hoho.. wei, takkan la aku tak boleh balik rumah mak abah aku wei,"

Kitorang sampai kelas baru nak mula. 

Lama tak datang kelas aku macam hilang langkah pulak . 

Terkial kial

tapi lepas dah lepas 15 minit tu ha..laju balik macam biasa. 

Peluh dekat sebaldi weh ..hahah. 

"Eh, jom makan nak?"ajak Sally

" Lainkali la, korang tolong hantar aku eh..nanti lain kali kita makan. Aku nak balik lama tak Zumba rasa letih sikit"

"Eleh ko Wida, ko apehal? Tengok muka Sally macam nak marah.."

"Lain kali, aku janji nanti kita makan skali. Aku belanja pun tak apa"

Elok je sampai rumah tak sempat apa telefon pun berbunyi

" Abu Hurairah"

Ya Ampun. Dia nak apa..malas la nak angkat


Tak lama telefon bunyi lagi..

Ya Allah malas betul aku nak angkat ..dia nak apa laaa lagi la Si Abu Hurairah ni.

Bila aku jenguk tengok dekat skrin bukan Abu Hurairah rupanya tapi Man..

Tiba -tiba aku senyum..cepat cepat nak angkat telefon. Takut putus.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" jawab aku

'" Awak buat apa tu?"

" Saya baru balik kelas ni.. kelas malam malam"

"Kelas malam malam? Kelas apa tu?"Terbayang pulak aku mamat ni berkerut muka kepelikkan.

"Adela kelas malam malam. Ini hal orang perempuan"

"Ini confirm kelas Aerobik ni, tak pun Zumba..kan kan kan"

Eh eh..pandai pulak dia meneka..

" Tak payah sibuk hal orang perempuan..hahah"aku jawab sambal ketawa"

"Minggu ni awak balik Taiping tak?" Tanya Man

"Kenapa?" Tak pernah dia tanya aku balik ke idak

" Kalau awak tak balik, saya nak pergi sana"

" Nak buat apa jumpa saya?"Heran pulak aku ni.

"Nak ajak beli barang barang bertunang . Bukan kita berdua. dengan Mak mak kita la"

"Eh..jap jap.."

"Saya belum cakap apa apa kan?"

"Saya belum bagi jawapan kan?"

"Hahahahah....tau gelabah, tak delah, minggu ni ada kenduri dekat Ulu Kinta, jiran lama kawenkan anak dia . Saja la saya Tanya"

" Ha...cakap la betul betul lain kali.. saya balik minggu ni. tak apa awak datang jela Ipoh"

" Erm..tak apa lah...ok la..saja Tanya tu je..Assalamualaikum"

Man dah letak telefon.. itu je tujuan telefon aku?Idak la nak Tanya aku sihat ke tak, aku dah makan ke belum..kata sayang..hahahaha.

Tapi orang perempuan kadang kadang pelik. Kalau dia tanya kang kata menyibuk . Dia tak tanya nak suruh tanya pulak.hahahah..emosi memang sejenis tak stabil..kahkah.

Aku ni sebenarnya apa eh..ape keputusan aku.. kata tak ada perasaan, dia telefon dok angkat jugak.

Dia wasap, dok reply jugak.

Aku rasa aku dah x boleh main main. Aku memang dah kena buat keputusan secara serius dan waras. Bukan mengikut emosi tahapa hapa aku ni.

Semua orang dok tunggu.

Aku sendiri pun nak tau apa keputusan aku sebenarnya.

Memang la hal kawen tak boleh buat main main. Tapi at least aku kena buat keputusan.

Malam ni rasanya aku nak kena bangun buat solat hajat 12 rakaat. Kali ni memang kena double triple serius.

Dah dekat sebulan tak ada keputusan.huhu..aku sendiri pun penat fikir.

Lepas menYouth kan muka aku ni, aku tidur. Dah kunci jam, pukul 3.30 pagi nak bangun memanah..

"Doa disaat Tahajjud bagaikan anak panah yang tepat mengenai sasaran"

Dengan siapa lagi nak mintak kalau bukan tuhan. 

Sempat aku bukak blog Us Pahrol di Genta rasa.. terbaca satu artikel

Istikharah itupun perlu mujahadah (klik tajuk artikel untuk bacaan artikel penuh)

Artikel ini sangat menarik.. Entah bila terlelap.Sedar sedar telefon terhempas ke muka..aduh..sakit

( Bersambung)




















You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts