Novel x de tajuk #episod29

10:52 PM

Terasa terlalu lama tidur.

Perlahan lahan aku bukakan mata.. kabur

"Mak..kakak dah sedar" ye aku kenal suara tu. Suara Zira. Adik aku yang paling aku sayang.

kepala terasa berat.

Aku masih perlahan lahan cuba membuka kan mata. Akhirnya berjaya. Kelihatan mak dan adik menangis disisi.

Badan terasa lemah. Kepala terasa berat.Cuba mengingati satu persatu apa yang terjadi.

"Kat mana ni" aku boleh bercakap tetapi terasa jenuh nak mengeluarkan suara . Payah sungguh.

Kat mana ni? tanya Wida


"Kakak!" Aku nampak mak menangis masih tak berhenti henti

" Alhamdulillah kakak dah sedar." "Kakak dah 4 hari duduk hospital , tak sedar. Ingat tak kakak accident"

Barula teringat satu satu apa yang berlaku, aku kemalangan sewaktu melintas jalan selepas membuat perbincangan dan tempahan kad kahwin aku.

"Abah?" itu je sepatah yang aku mampu cakap, tak nampak abah dari tadi.

"Abah keluar kejap, nanti sampai lah tu"

4 hari rupanya tak sedar, patutlah kepala rasa berat.

Aku cedera dibeberapa bahagian, badan terasa sakit. Mungkin hentakan kuat akibat kemalangan.

Pergerakan sedikit terbatas.Beberapa anggota kelihatan lebam dan memang sakit.

Tak lama kemudian nampak abah sampai. Dari jauh kelihatan riak gembira namum masih bersulam dengan susah hati. 

"Alhamdulillah kak dah sedar"

"Mak, kakak nak ke bilik air"

Aku cuba bangun perlahan lahan sambil dipapah oleh adik. Namun disebabkan kesakitan yang teramat sangat, aku tak berjaya nak bergerak untuk ke bilik air.Sakit sungguh.

"Sabarlah kakak, sementara ni, apa-apa kita urus di katil dulu, dah sihat nanti baru pergi bilik air" Abah perlahan-lahan memujuk ku yang hampir menangis.

Menurut doktor, mungkin mengambil masa sebulan dua untuk betul betul sihat keranan banyak luka luka yang agak besar dibeberapa anggota badan. Alhamdulillah tiada anggota yang patah.

"Assalamualaikum" 

Terdengar suara yang aku sangat kenal. Man! Datang dengan Makcik Siti dan Pakcik Hazim

"Ida , Alhamdulillah dah sedar. Abang risau!" 

"Mintak maaf, Abang tak jaga Ida baik -baik" Bergetar suara Man menahan sebak.

keadaan sekeliling menjadi sunyi..sepi..

"Bukan salah abang" jawab ku perlahan. Bergenang juga air mata ni. Dia tak salah. Benda dah nak jadi.

Kelihatan abah , Man dan Pakcik Hazim seperti berbincang sesuatu . Agak serius muka masing masing. Langsung tak dapat aku agak apa yang dibincangkan. 

"Mak, tak selesa"

Dengan berhari hari terbaring ,dengan pergerakan terbatas, aku rasa sangat kurang selesa. 

Lalu mak pergi ke bilik air, basahkan tuala, membawa secebok air. 

Mak tarik langsir supaya tertutup kawasan katil. Kemudian mak mengelap ke seluruh badan supaya aku lebih segar.

"Kakak kena sabar." "Ini ujian namanya"

"Allah tak uji kalau kita tak mampu"

" لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ tak ingat? Allah tidak bebankan seseorang kecuali yang sesuai dengan kemampuannya. Allah akan Bagi ganjaran untuk apa yang diusahakannya"

"Kena kuat. kena sabar. Semua orang pun sedih jadi macam ni. Tapi nak buat macam mana. Benda diluar kawalan kita"

"Semua orang sayang kakak" Mak memujuk, padahal, mak juga sedih tapi mak..sejenis yang tak akan tunjuk sedih depan anak-anak.

Lepas mak dah siapkan aku, barulah rasa segar sedikit berbanding tadi.

Mak pula kelihatan berbincang-bincang dengan abah, makcik Siti dan Pakcik Hazim. Entah apa dibincangkan.

"Nak putus tunang ke aku jadi macam ni" tiba -tiba hati ke berbisik.

Tak lama, semua nya menuju ke arah aku.Hati berdebar debar macam nak buat persembahan depan 5000 orang penonton.

"Kakak, begini, abah pun tau kakak baru sedar. Tapi abah rasa ini keputusan terbaik untuk abah buat .Kakak dengan keadaan begini , dan Man pun dah stuju. Dia juga lah yang mengusulkan cadangan ni"

Aku melihat muka Man tunduk dan diam seribu bahasa. Mata aku berkaca, rasa tak mampu nak menahan sebak. Aku dah sayang dia. Dah nak putus pulak. 

" Man nak percepatkan tarikh nikah minggu depan. Kami semua dah setuju"

Ha? ingatkan nak putus tunang rupanya nak nikah cepat.

"Ida, bagi Man jaga Ida. Ida tak boleh gerak banyak. Kalau kita dah nikah Man boleh uruskan Ida. Kalau sekarang terbatas"

Air mata turun sederasnya. Begitu lelaki ini sayangkan aku melebihi dia menyayangi dirinya sendiri 

"Abah harap kakak setuju. Man ikhlas nak jaga Ida" "Nikah dulu, pasal kenduri kita fikirkan kemudian"

"Abang akan uruskan semua dokumen nikah Kakak, Insyaallah hal hal kecemasan macam ni, Pejabat Agama boleh luluskan cepat. janji dokumen lengkap. Abang dah call pejabat agama."

"Kalau ikutkan , proses untuk mohon nikah sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh nikah. Tapi hal -hal macam ni deorang boleh tolak ansur." Panjang lebar abang memberi penerangan. Sayang rupanya dia dekat adik yang seorang ini.

Aku termenung panjang, macam mana nak jalankan tangungjawab sebagai isteri kalau keadaan macam ni. Patut aku yang jaga suami, makan pakai dia. Ni  dah macam mana ni..

"Ida, setuju ye, kalau Man jaga Ida,tak payah susahkan mak dengan abah.kan Man dah janji nak jaga Ida sampai akhir hayat Man"

"Pakcik tak kisah Ida, Makcik pun. Kami terima apa jugak keadaan Ida" Bila Pakcik Hazzim cakap macam ni aku bertambah sedih. 

Aku tengok muka mak. Mak mengangguk tanda setuju untuk dipercepatkan nikah"

Akhirnya aku turut mengangguk.. 

terpancar kegembiraan diwajah Man " Alhamdulillah , Jumaat kita nikah. Ada 7 hari lagi"

"Kak, nak cepat baik minum vivix tu" "Makan sekali dengan vitamin - vitamin lain bagi cepat sihat"

*****************************************************************************

Segala urusan berjalan permohonan nikah berjalan lancar. Walaupun ada masa 7 hari tapi semua nya dipermudahkan. Mujur juga aku dah mengikuti kursus perkahwinan sebulan lepas.

Aku bertambah sihat . Selain ubat doktor, Vitamin seperti Vitalea, ESP, Ostematrix, Omega, Vivix memang makan hari hari. Elok sangat untuk orang yang lepas kemalangan macam aku. 

Baju nikah mak belikan juga untuk aku. Cantik warna putih susu. 

ramai juga adik beradik berkumpul di sini walaupun kat anak buat akad nikah je. 

Aku masih belum boleh bangun berjalan. Tapi duduk diatas katil sudah boleh. Sudah berkurang rasa sakit dibahagian belakang. 

Walaupun masih ada lebam dibahagian muka, Liya juga datang make up kan aku sedikit. 

"Pengantin kena la seri sikit " Kata Liya.

Aku lihat Man segak betul dengan baju Melayu warna sedondon dengan baju aku.

Alhamdulillah pihak hospital berikan satu bilik khas untuk ucapara akad nikah ini. Katil aku ditolak masuk ke bilik tersebut.
" Aku nikahkan dikau Muhammad Hazman  Bin Hazzim dengan anak perempuan ku Nurwida Binti  Aziz dengan Mas Kahwin RM1,000 tunai..

" AKu terima nikahnya Nurwida Binti  Aziz dengan mas Kahwin RM1,000 tunai.."

"Sah" jawab saksi-saksi

Alhamdulillah sekali lafaz, aku dah selamat menjadi isteri Man. 

Majlis akad nikah dilakukan dihospital dengan disaksikan ahli keluarga terdekat dan staf -staf hospital. Dalam kesedihan ada kegembiraan. Rata-rata aku melihat mata-mata yang hadir semua nya berkaca.

Mak datang memeluk aku

"Mak"

kami berpelukan sambil menangis

(Bersambung)


You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts