Novel x de tajuk #episod28

8:33 PM

"Kak, tengok cincin tunang !!" malu malu aku hulur jari manis.. 

"Cantiknya!! Siapa pilih?"

" Hari tu Kakak keluar dengan Mak, Makcik Siti"

"Abang Man?"

"Ha..Abang Man sekali , dia la bawak kereta. Diala pilih cincin ni"

" Abang Man kau ambik kereta baru lepas kakak setuju nak kawen dengan dia" tiba tiba mak bersuara dari dapur

"Wahh..kak...cayalah kak, naik kereta baru"

"Kereta apa kak?"

"Ala..kereta biasa biasa..buatan Malaysia"

"Yela , kereta apa yang biasa biasa tu? "

"Persona"

"Mesti kaler merah betul tak?"

"Eh, mana adik tau?"

"Kakak kan suka warna merah"

"Aah..masa nak beli, Abang Man tanya nak beli warna apa, Kakak cakap nak warna merah"

"Wah..untung la kakak, Abang Man sayang kakak"


##############################################################

Dah 4 bulan bertunang, Alhamdulillah setakat ni semua lancar. Tak ada keluarga deting. Wasap ada hari hari tapi, bukan 24 jam.

Dah pandai jugak rasa rindu kalau Man tak message. Dia bukan orang romantik, bermulut manis jarang sekali. Tapi aku tau dia sayang aku.

Sikit sikit preparation dah buat untuk kawen nanti.

Baju pengantin dah fitting. Ada 2 helai baju, Katering semua dah siap booking, abah cakap nanti buat kenduri sekali je dekat Masjid Al-Hidayah. Abah dengan Pakcik Hazim orang kuat masjid, deorang dah bincang dengan ajk masjid, nak buat kenduri dekat perkarangan masjid je.

Aku mana -mana pun tak kisah.

Sedang asyik mengelamun, tiba -tiba telefon berbunyi..

Tengok nama erm..dah tau, time-time rehat macam ni, biasa memang dia akan call

"Assalamualaikum tunang abang"

" Waalaikumsalam"

"Tunang abang dah makan?"

"hari ni puasa"

"Ohh..haah lupa cakap nak puasa hari ni"

"Ni abang nak Tanya pasal preparation nak kenduri . Apa lagi yang belum siap? Kalau ada yang belum sattle abang ingat minggu ni nak pergi Ipoh boleh kita beli apa apa yang patut. Lepas raya ada untung lebih sikit duit ayam ni ramai orang beli. Hari hari yang booking pun boleh tahan banyak sampai supplier pun tak menang tangan nak uruskan order"

"Ida ikut abang  sebab yang nak bayar abang kan? " aku menjawab begitu diikuti ketawa panjang dihujung talian. Lepas dah jadi tunang Man, dia tak bagi lagi cakap awak saya.

Dia panggil aku Ida. Aku kena panggil dia abang. Ikutkan memang abang, tua banyak tahun pun dari aku. 

"Abang, kad kahwin belum tempeh lagi la, bukan lama sangat pun dah nak kenduri"

"Ida ada kawan boleh buat kad kahwin, kalau abang ok, Ida ajak dia jumpa kita minggu ni"

"Boleh macam tu, Ida bagitahu dia suruh bawak beberapa design, abang nak tengok dulu. Walaupun kad, kalau boleh nak yang cantik sikit. Nanti plan pada kad abang mintak Hadif draf sikit. Senang nak tunjuk dekat kawan Ida nanti" "

"Sekarang dah bulan Ogos, bulan depan dah kene mula edar kad. Tau jela kawan kawan mak ayah kita pun ramai kan"sambung aku lagi.

******************************************************************

Hari ni bangun awal , siap siapkan sarapan, kejap lagi Man nak datang bawak aku pergi beli barang dan kisahkan beberapa hal yang belum selesai. 

Elok je 8.30pagi muncul Persona merah depan rumah, Man datang dengan abang.Cepat cepat capai tudung dan keluar salam dengan abang.

"Masukla bang, kakak dah masak"

"Tunang ko ni kakak, tak menyempat nak datang jumpa ko. Kalau boleh, nak Subuh dekat rumah ko ni dik"

Semua gelak besar.Aku salam tangan abang dan cium tangan abang sambal diperhatikan Man.

"Kakak cium tangan aku takkan jeles kot," abang bercakap sambal tepuk tepuk bahu Abang Man.

"sabar !sabar Abang Man, lagi berapa bulan je lagi  nak nikah"

Aku tengok muka Man merah, tak tahu apa dia fikir. Malu barangkali " Eh, tak adalah, Abang tengok je"

"Eh, mehla makan, kakak masak Nasik goreng je, teh O panas, ni lagi satu kuih dangai" Ini je yang ada, kalau nak special lagi kena makan luar la. 

Aku tengok Man makan bertambah. Kuih dangai dengan nasi goreng memang kegemaran dia. 

"Orang lain pun bertunang jugak..tapi reti la jugak arti kenyang"  

Abang aku ni memang betul la.. kacau !!

"Abang, biarla Abang Man nak makan,"

"Abang Man makan je, jangan hiraukan abang ni. Dia memang macam tu"

Walaupun Abang Man dengan Abang beza banyak tahun jugak. Tapi deorang memang rapat. Kawan dari kecik. Dah macam adik beradik. Sebab tu, cakap macam tulah, lebih kurang. 

*******************************************

Aku dengan Man memang tak ada la nak keluar berdua kalau kemana mana uruskan hal kawen, mesti ada la sesiapa, kalau tak mak mesti ada abang. 

Kami terus pergi Aeon Kinta City, beli beberapa barang hantaran. Perfume,kemeja, purse kemudian ada beberapa barang lain. Semua Man bayar. Solid.

kami beli beberapa barang untuk hantaran disini

"Abang, tak pela Ida bayar sikit"

"Ala, tak apa la..abang dah simpan duit lama dah nak tunggu saat saat macam ni, tak apa  pakai duit abang dulu . Lainkali pakai duit Ida ye,"

"Kakak, kalau banyak sangat duit, ko blanja abang satu baju ni kak," Sambil abang menunjukkan sehelai kemeja biru.

"Ambikla, Abang Man bayar" tiba -tiba Man offer. Aku tengok muka abang tersengeh - sengeh nak dapat baju free.

Baik..ye sangat baik. Itu yang aku boleh cakap pasal tunang aku. Apesal aku buta tak nampak dia selama ni.

Syukur sebab akhirnya aku nampak. Akhirnya aku jumpa orang yang memang ikhlas sayangkan aku. Walaupun masa mula mula rasa tak boleh nak terima dia. Tapi itulah perempuan, kalau disayangi dengan ikhlas, rasa tu sampai. 

Lepas ke Aeon, kami sattle kan pasal kad kawen. Abang dengan Man yang banyak tentukan tentang design. Wording semua kawan aku tolong sageskan ayat-ayat yang sesuai. 

Entah la apa jadi dengan kad kawen, orang laki yang pilih. Aku biarkan aje.Abang boleh tahan kreatif. Aku jangka kad kawen aku akan jadi paling win dalam sejarah perkahwinan tahun ni.

Abang pakir kereta diseberang jalan. Banyak kereta hari ni. Hari minggu, maklum sajalah, semua nak keluar. Walaupun kereta Man punya, tapi Abang aku la Pak Supirnya. Kereta baru, seronok la dia nak bawak. 


"Ida!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit Man

Belum sempat sampai ke tengah jalan  sebuah kereta Viva bewarna hitam pecut laju ke arah aku, kereta tersebut seakan hilang arah.."

"Dum!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku hampir pitam, tapi masih sedar . banyak darah sekitar kepala dan bahagian badan. Abang pegang aku .

"Mengucap kak..mengucap"

Sempat aku melihat dua wajah kesayangan aku yang begitu risaukan aku. 

(Bersambung)






You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts