Macam Mana Nak Buat Bila Asyik Tak Ada Mood

1:58 AM



PART I, PART II, PART III

Beberapa hari dalam minggu lepas, aku rasa macam tak ada mood. 

Tak ada mood nak update status, tak ada mood nak kecoh kecoh dalam group wasap. Senyap..sunyi..sepi.. Wasap penting penting je aku reply. Wasap lain aku baca je.

Sampai kawan kawan yang baik dan rapat dengan aku dah mula tercari cari.. 

"Wahidah, ko kenapa"

ada yang call berkali kali kali.. terharu weh..

Benda ni berlarutan sampai seminggu.

Korang tau apa aku rasa masa tu? 

eh... aku nak masak jap..nanti aku sambung eh..Tapi korang nak ke baca sambungan cerita aku ni?

xxxxxxxxxxxxxxxx

PART II

Aku sambung sini je lah

Aku baru lepas settle bg perut aku dan anak anak aku makan.So, harapnya ada banyak benda aku boleh taip.. 

eh..korang tau kitorang masak apa tadi? Ikan kerisi masak cabai. Punya la banyak nasi aku masak..Ingatkan boleh sambung makan nanti.Rupanya sekali hadap je dah licin.haha

eh..meh kita sambung balik cerita atas ni.

Aku punya tak ada mood tu sampai aku nak tulis kat fb pun tak best. Bagi aku fb tempat aku berjingga -jingga. Tak nak serabut. Nak share benda benda kelakar pun aku tak jumpa.

Aku start install joox .Perh banyak gila lagu dalam ni. Time tu mood nak nyanyi lagu lama lama pun mari.

Aku terus search lagu lagu west life, Avril Lavigne,Britney Spears, BSB eh banyak lagi laa..Aku sampai membawak ke opis dok menyanyi dalam bilik sampai kakak opis aku datang jenguk.Takut suara aku over sampai Ostrolia.. Tapi still tak boleh kembalikan sepenuhnya mood aku yang dah sampai lautan hindi ni. Adalah kut ok sket.

Mengaji? kalau aku mengaji pun tak boleh tulis kat sini. Gila kau..ni Malaysia wei..Nanti kena kecam.

"Mengaji pun ko nak tulis kat fb?"

hahahahahha.

Dari seminggu dah membawak ke dua minggu. Aku still rasa aku bukan biasa.Rasa tak best ..rasa lain.

Memula aku fikir,nak period ke ape ni.. Tapi bulan bulan lain pun period gak tapi ok je..

Aku stat dah tak paham aku kenapa. Melankoli ke pun tah..ntah..masih tak paham.


Lagi pelik bila aku dah mula tak dinner.Aku masak je untuk anak anak. Kalau berterusan macam ni memang boleh slim balik aku ni.Hahaha.

Anak aku tanya kenapa mama tak makan. Aku terus jawab..mama kenyang.Padahal aku ni selalu tak boleh tahan dengan masakan sendiri.Aku rasa sedap.hahaha..

korang tau apa jadi lepas tu?

Eh..hp aku bateri low nanti aku sambung lagi .Part last la rasanya lepas ni..


PART III 


Ok..sambil sambil aku lepak depan tv ni aku sambung balik cerita atas.

Aku tak tahu orang laki macam mana tapi perempuan kadang kadang hadapi masalah yang sama.. 

Sedih tak tahu kenapa, tak mood tak tahu kenapa..lepas tu mula la buat perangai pelik pelik.Tak happy itu tak best!!!

Perempuan bila mood dia pelik bahaya sebab ko akan nampak sisi pelik dia. Tak syok bila perempuan pelik. Sebab nampak macam makhluk asing. Tak best.Cakap tak banyak. Perangai pelik dan diri sendiri pun rasa tak best tau.

Ada satu hari sebelum aku tidur aku saja makan omega guard 3 biji.Lepas je bangun tidur, aku rasa esok nya mood aku lain.Lebih baik dari sebelum ni.

Mesti korang ingat aku nak jual barang kan? Kalau aku nak jual, aku terus je je up iklan.Tapi ni aku nak cerita sesuatu yang lebih penting.

Tau tak kenapa rupa-rupanya lepas konsisten Omega Guard dalam 4,5 hari  aku jadi lagi ok?Serius lebih ok.

Aku dah boleh up status masuk air, aku da stat merepek dekat grup grup yang aku selalu lepak. So, aku dah dapat diri aku balik.

Satu benda yang kita tak pernah ambik tahu, dalam Otak kita ada komponen otak yang hantar signal pada saraf saraf dan tisu otak.

Omega  3 nilah yang meningkatkan fungsi GREY MATTER. 

Menatang apa Grey matter ni? Grey metter ni adalah komponen otak yg utama berfungsi menghantar signal kepada saraf-saraf yg lain. 

Kesan dia apa?Dia  meningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN. 

Orang yang alamai tekanan perasaan pun sebenarnya berkait rapat dengan kekurangan Omega 3.

Korang bayangkan orang yang stress dan kemurungan tak terurus.Lepas tu tak ditangani dengan cara yang betul.Tu yang boleh buat kes kes pelik. Kelar anak, meroyan, moody tak tentu hala.

Lagi pulak perempuan .. kaya dengan emosi tak habis habis.Fikir pulak banyak gila.Padahal benda simple je pun.

So,aku sarankan, cari Omega 3 yang bagus, konsisten.Fungsi badan, fungsi otak banyak yang kita tak tahu.Sel sel kerja hari hari..kalau makanan deorang tak cukup kesan dia boleh jelas kelihatan pada emosi kita jugak.

Bagi aku Omega Geuard Shaklee palin g baik.Dan lebih cun kalau korang dapatkan dari aku. Eh bukan perempuan je elok ambik Omega Guard ni.. laki pun bagus ambik. Lagi lagi yang baran  tu.Ala..korang sendiri pun tau korang baran ke tak. wahaha(softselling sket..ahhha)

Terima kasih korang sudi baca sampai habis. Aku share pengalaman aku sahaja dan related dengan apa yang aku hadapi..dan aku yakin je ramai yang rasa macam aku.

Bila emosi kita baik, banyak je benda kita boeh hadapi dengan rasional.. Tak gitu?


Menulis petang petang,

Wahidah Azizan
0124698356
ig:Wahidah Azizan
Youtube



You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts