TIPS MEMANDU KERETA DENGAN ANAK KECIL. JANGAN BIKIN SASPEN

7:15 PM

Tips Memandu Kereta Dengan Anak Kecil


Dewasa ini sangat memerlukan kaum wanita khususnya ibu-ibu untuk memandu kesana sini. memandu bersama anak kecil mungkin menjadi sesuatu perkara yang melecehkan , merisaukan dan merunsingkan jika kita tidak mengikut tips-tips yang tertentu.

WANITA DAN PEMANDUAN


Saya adalah antara jutaan daripada wanita yang memandu bersama anak kecil . Memandu bersama anak kecil  sangat menggembirakan saya kerana saya dapat menikmati kegembiraan bersama anak-anak, tidak perlu menyekat jadual dan fleksibal

Antara tips yang saya amalkan sebelum memandu bersama anak kecil ialah :


1) Memaklumkan kepada anak terlebih dahulu


Ibu -ibu perlu bersembang dan memaklumkan anak terlebih dahulu . Ini adalah untuk memberikan persediaan minda kepada anak-anak. Antara perbulan yang sering saya lakukan ialah : " esok kite nak pergi balik rumah Opah tau".  jadi anak sudah maklum bahawa esok kita akan pergi ke tempat yang lain.

2) Siapkan susu/ makanan


Ibu -ibu perlu menyediakan keperluan makanan sesuai dengan umur kanak-kanak. Seperti susu, roti, air kotak dan apa-apa sahaja makanan yang tidak berat untuk perjalanan jangka pendek. Manakala, untuk perjalanan jangka masa panjang, ibu-ibu boleh menyediakan nasi dan lauk sebagai bekalan. Saya sendiri pernah memandu ke Kuala Lumpur bersama anak-anak. Saya siapkan nasi lemak pada awal pagi dan berhenti di R&R untuk saya suapkan makanan didalam kereta bagi menjimatkan masa. Jika anda banyak masa, tidak perlu bekal, pergi sahaja ke R&R. Makanan dan minuman sangat diperlukan kerana dikhuatiri lapar dan dahaga pada pertengahan jalan dan boleh menyebabkan anak-anak kecil ini meragam. Namun begitu,  sebelum bertolak pastikan anak-anak kenyang terlebih dahulu.Tolonglah jangan takut kereta anda kotor. 

ROTI GARDENIA BIASANYA MENJADI PILIHAN SAYA DAN ANAK-ANAK


3)Sedikan Tempat Duduk Yang Sesuai


Anak-anak dibawah 1 tahun wajib untuk disediakan car seat khas untuk mereka . terdapat banyak jenama car seat dipasaran.Pastikan bayi didalam car seat dipakaikan tali pinggang untuk menjamin keselamatan. Selepas 1 tahun, mengikut pengalaman, anak-anak saya tidak lagi mahu duduk didalam car seat.Dulu saya beli car seat jenama My Dear. Saya beli di Manjaku dalam RM230 - RM260. Saya tak berapa ingat harga sebenar. Dilengkapi dengan tali pinggang dan selesa untuk bayi sehingga kanak-kanak.

CAR SEAT MY DEAR SAYA BELI DI MANJAKU TAIPING



4)Biasakan Memandu Ke Tempat-Tempat Yang Berdekatan


Untuk permulaan, ibu-ibu  boleh cuba memandu ke tempat berdekatan. Biasakan anda dan anak-anak supaya tidak kekok dan kita belajar bagaimana mengawal keadaan. Mengawal had laju dan cara pemanduan. Dula masa zaman-zaman sebelum ada anak saya rasa saya bawak kereta laju. Tapi setelah ada anak, saya lebih bersopan santun dan mengawal had laju supaya jika ada berlaku perkara yang tidak diingini seperti anda terpaksa melakukan break kecemasan, anak-anak dibelakang tidak terjatuh dan stabil.  Insyaallah semua akan selamat. 

5) Pastikan Anak Tidak Bosan

Antara yang ibu-ibu perlu mengambil kira adalah memastikan anak-anak ini tidak bosan. Ibu-ibu boleh membawa beberapa permainan ringan, buku, memasang lagu atau menyanyi bersama-sama dengan anak-anak. Antara nyanyi yang digemari oleh anak-anak saya adalah nasyid Kasih Padamu oleh Hafiz Hamidun, nasyid Erti Al Fatihah dari Voices of Ummi, Lagu nenek-nenek si bongkok tiga , lagu air pasang dalam surut pukul 5 dan banyak lagi. Perjalanan yang panjang tidak terasa. namun, keadaan akan menjadi sunyi apabila anak-anak tidur serentak. 



6) Buang Air Terlebih Dahulu

Bagi anak-anak yang masih memakai diapers, pastikan digantikan dengan diapers baru supaya lebih selesa. Ketidakselesaan anak-anak akan mengganggu anda untuk memandu sepanjang perjalanan.

Manakala bagi anak-anak yang sudah pandai ke tandas sendiri, pastikan sebelum memulakan perjalanan, anda pastikan mereka membuang air terlebih dahulu. 

Jika terpaksa untuk berhenti dipertengahan jalan untuk ketandas, pilih tempat yang selamat seperti Masjid atau R&R untuk berhenti. 



7) Tenaga dan Fokus

Pastikan ibu-ibu tidak terlalu kepenatan untuk memandu terutama perjalanan jauh. Sebagai pengguna dan pengedar Shaklee B Complex dan Ostematrix Shaklee menjadi peneman setia. Disamping itu Chinch Tea juga sangat membantu. namun pastikan juga badan mendapat rehat secukupnya. 

B complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan mengurangkan stress. Ostematrix Shaklee pula diambil 4 biji sebelum tidur dan membantu untuk kekal cergas pada keesokan hari. Untuk lebih lanjut tentang Ostematrix boleh baca di disini.

8) Berani,  Tawakal dan Berdoalah


Percayalah..ketakutan tidak akan membawa anda kemana-mana. Ibu-ibu perlu berani dan yakin pada diri. Tawakal kepada Allah. Jika kita hendak melakukan sesuatu yang baik, yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama anda, Jika tidak ada seorang pun yang dapat membantu anda, percaya lah Allah sentiasa ada. Baca lah doa menaiki kenderaan, mengucap 2 kalimah syahadah dan bertawakallah.  Saya sentiasa berfikiran bahawa ada malaikat-malaikat yang sedang menjaga anak-anak saya ketika saya memandu. 



Semoga tips-tips yang saya kongsikan akan memberi manfaat kepada anda. Doakan kami selamat disepanjang pemanduan. Saya turut mendoakan supaya anda selamat sampai ke destinasi. 


Berjalan bermusafirlah

Melihat keagungan Allah

Meninjau menitilah

Rahsia ciptaan Allah




Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee kami, 



Mau mendapatkan vitamin Shaklee

Hubungi saya

UNTUK PESANAN  KLIK DISINI VITAMIN IBU-IBU MEMANDU

UNTUK MELIHAT SEMUA PRODUK SHAKLEE KLIK SEMUA PRODUK SHAKLEE

Saya Gembira Membantu Anda 

Wahidah Azizan
id :885761
0124698356
nurwandah@yahoo.com
www.facebook.com/aminoyoki


You Might Also Like

5 comments

  1. http://eddkhairi.blogspot.com/2013/03/jom-kita-jalan.html?m=0
    nak share jugak my 2cents. Tq dear

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tq @edd Khairi sudi singgah sini.. jemput2 share :)

    ReplyDelete

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts