Mama Belajar Sampai Universiti Tapi....

12:43 AM

Mama Belajar Sampai Universiti Tapi....

Bismillah hari ni hari kedua anak - anak kembor sekolah . Setelah beberapa hari dari  minggu lepas abang menangis, Alhamdulillah hari ini tak menangis. Kakak Alhamdulillah dari minggu lepas ke day care pun relax , steady dan cool . Lega hati mama. 

Semalam balik sekolah dedua penat sangat. Dalam kereta lagi dah mintak susu. Kakak nampak letih tapi bertahan. Sampai rumah kakak sempat mandi. Abang tak sempat mandi. Menyusu dan terus tido. Alahai sayang. Tapi Alhamdulillah bangun untuk makan malam dengan berselera sekali.

TADIKA KAKAK DAN ABANG

Hari pertama masa hantar anak-anak , abang nagis..mama macam tak menahan bile tengok abang nages, pelan-pelan masuk dalam kereta dan  mama pun nagis  dalam kerete huaaaa . Susah nye nak menahan perasaan. 

Adik dah tak sabar-sabar nak sekolah. sabar ye sayang. Tahun depan Insyaallah. 

Mama menghantar anak-anak walaupun hanya ke tadika, tapi tu lahhh.. penuh perasaan , penuh pengharapan supaya menjadi anak-anak yang berilmu dan menjadi bekalan untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah. Ini langkah pertama menuntut ilmu . 

Macam ini rupanya perasaan atuk dan opah masa mama hantar ke sekolah dulu. sekarang giliran mama merasakan perasaan yang sama. 

Mama belajar sampai universiti, dari Pengajian Islam sampai ke Ilmu Pengurusan. Dari Taiping, Ipoh, Terengganu sampai ke Shah Alam. Mama bukan lah andai mana. Tapi, jauh disudut hati, mama mahu anak-anak menjadi ilmuan supaya dapat memberi manfaat pada agama.

Mama belajar sampai Universiti tapi banyak kesalahan yang mama buat. Sape kate budak universiti tak buat salah. sape kate budak Pengajian Islam tak buat silap. Semoga salah silap dan kekhilafan mama tak diwarisi anakanda mama. Semoga Allah memberi keampunan segala salah silap yang telah mama lakukan

Insyaallah, anakanda bertiga akan menjadi anak-anak yang berjaya dunia akhirat. Mama tak akan sentiasa berada disisi anakanda. Belajarlah, berdikarilah. Insyaallah, Allah akan sentiasa melindungi anakanda. Doa mama sentiasa mengiringi gerak langkah anakanda. 

PERMATA HATI MAMA
Insyaallah, selagi terdaya, mama akan berusaha memberi yang terbaik buat anakanda. Mama yakin, Allah akan sentiasa ada bersama-sama kita.

Mak abah mungkin sekali tidak membaca tulisan ini, namun, ketahuilah dunia, dua insan ini lah banyak mendidik, mengajar erti sabar, mengajar macam mana mahu terbang disaat sayap patah , mengajar bagaimana mahu berjalan disaat lumpuh. Semoga Allah memberikan segala kebaikan buat mak dan abah didunia sampai akhirat.

MAK ABAH 




sayang sampai syurga









You Might Also Like

1 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts