Novel x de tajuk #episod 9

8:14 AM

Assalamualaikum...

Eh..sape pulak datang tu.. kejap kakak,abah pegi tengok.
Ada pakcik juai barang- barang kampung petai,jering ,ikan pekasam,tempoyak, macam2 la barang2 kampung. Abah ni kalau orang gitu datang die beli je. Bukan ape, derang tu meniaga nak menyambung idup. Tapi bagusnye x de pulak memintak2.. usaha..cari rezeki.

Mak abah orang kampung. Paham sangat susah orang kampung macam mana. Aku harap..aku pun ikut jejak langkah abah yang ada hati baik macam tu.

Penah dulu ade orang datang jual ape bende tah. Masa tu aku je ade kat rumah. Last2 aku cakap kat mamat tu.. Encik, puan takda kat rumah. Saya orang gaji je. Gaji belum dapat nak beli barang2 encik.

2 minggu lepas kejadian aku jumpe mamat tu dekat pasar minggu Ahad dekat Kamunting. Mak yang tegur die dulu. Aku ya amat hairan sape. Soreh punye soreh die tah berapa punya pupu dengan mak die. Tapi dah lama tak jumpe. Hadif nama dia.

Lepas ambik STAM sementara tunggu result dia jual produk keselamatan. Dia pun tak tau yang masa die datang tu rumah mak aku. Dia siap tanya mak. Ni orang gaji makcik ke..Mak aku batei gelak punye kuat.

Orang gaji apenye. Makcik dah pencen buat ape orang gaji. Ini kak Ida. Dulu kecik2 pernah main dengan Kakak kamu Salina..
Aku time tu memang boleh senyum jela.

Tapi yang aku geram budak ni dia siap cakap lagi..
Hari tu masa saya g meniaga kat rumah makcik.. Kak Ida cakap die orang gaji rumah tu..

Tak tau nak.marah ke nak gelak ke. Tak berapa jelas sangat memori tapi ade kut dulu2 macam ingat2 lupa ada main dengan Salina .Last2 aku gelak pastu cakap..ko ni kan Dif.kalau gajah mengaku die semut pun ko percaye kan..hehe..Soleh nampak.budaknya.. bagusla..

**********
Esok nak g Ipoh ade Kelas Nutrisi kat Hotel River Front. Tiket da beli。 Tapi aku nak pegi naik ape ha.. aduiii.. Takkan nak suh abah anta.. Naik bas jela. Takut plak nak bawak motor kat highway tu.
Tengah aku siap2 .. tengah nak cari pin tudung tetibe nampak abah.
Ha...nak g mana

Pengedar Shaklee Ipoh 0124698356
Hotel Kinta River Front, Ipoh

Uih terkejut kakak .Aku skang nampak abah memang asyik terkejut. Sebab hutang pasal surat tawaran cikgu.  Bile nak cakap.je line x clear. Dah macam astro bile hujan turun.huhu..

Abah, kakak nak  beli tiket bas. Esok ade kelas nutrisi kat Ipoh. Malas nak suh abah anta.

Kelas mula pukul berapa..?
Pukul 10
Kejap , abah telepon pakcik Hazim.
Adui..apehal pulak Pakcik.Hazim ni adui la... penat betui aku macam ni.( pembenrontakan didalam hati)

Tak lama abah datang dekat aku, esok pegi Ipoh dengan Man.Pakcik Hazim.dengan makcik ade skali. Deme esok nak ke Ipoh pukul 8 pagi. Pukul 6 baru balik sini. Kamu ikut je deme. Abah dah cakap dah..

Aku telan air liur perise anggur(sebab tadi baru lepas minum ribena).

Abah, boleh tak kakak naik bas?
Kenapa?kakak tak suka?

Abah, kakak x selesa. Kakak takut kakak tidur berdengkur sampai keluar air liur basi..
Abah senyap
1 minit kemudian..
Ermm..ok..kakak boleh naik bas  . Kalau ape2 inform abah..
YES!!!
(BErsambung)

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts