Bab Man ni aku rasa macam susah sikit. Sebab ni kait mengait dengan pakcik Hazim. Pening.. huhu
Smalam mak cal, lagi 2 hari ni deme nak masuk merisik. Aku cakap aku x nak. Tapi mak cakap, kita dah baik sangat dengan Pak Hazim sekeluarga. Takkan nak tolak mentah2 gitu je. Lagi pun aku x de alasan.
Serius aku pening. Ape aku nak buat ni.. aku semakin buntu. Solat Hajat, Istikharah semua buat tapi belum dapat alamat. Tak cukup khusyuk gamaknya..
Aku ni sebab perintah mak abah ni.. aku susah sket nak tolak. Tiba2.. dapat wasap
" patut la tak nak terima aku... dah ade orang lain.. Man tu sepupu aku"
Hua... wasap dari Rizal aku tutup. Tak reply. Udah sepupu la pulak. Lagi la triple runsing.
Kalau Rizal da cakap mcm tu .. maknanya dah kecoh la family dia pasal hal meminang ni.
************************
Lepas keja Hari Jumaat aku terus kemas beg.. aku nak ikut Atun naik Cameron. Runsing betul. Nanti Sabtu petang dia balik sini.. aku balik Taiping time tula.. .
Malam tu aku Check in Hilview Hotel. Atun balik umah mak dia.Dia ajak balik skali.Aku cakap x nak la.. rasa mcm nak waktu bertenang.
Malam tu baru nak tgk hp..
Gagau-gagau dalam handbag tengok2 bateri dah out. Ceh, patut hp x bunyi. Cari charger tengok2 charger pulak tinggal. Ya Allah.. sabo jela.. Ini hikmah Allah bg charger tinggal ni. Nak bagi aku rehat la tu..
Malam tu aku tido lena.. sejuk pulak tu. Jaga2 pukul 4 pagi.sejuk sangat.walaupun x de ekon tp die punye sejuk.. perh.. macam duduk dalam frezer..
Alang2 dah bangun.. aku bangun solat.. malam tu betul2 nangis.. Tak tau apa nak buat. Mintak Allah tunjukkan jalan.
Esok 10 pagi.. aku turun ke pekan Tanah Rata. Dekat je dengan hotel ni. Beli.makanan sikit.. beli charger. Sejuk2 makan ubi rebus.. wuhuhuhu..sedappp..
Elok on je telefon, punye la berderu2 msg masuk. Tak lama tepon berbunyi.
Assalamualaikum...
Ha.. mak, malam ni kakak balik .pukul 10 malam sampai Insyaallah..
"Jenuh mak telefon dari semalam.x dapat2. Abah sampai nak report polis dah"
"Apehal pulak sampai nak.report polis..bukak kakak kene colek pun"
"Kenapa balik malam. Lepas Zohor ni datang la rombongan meminang.."
"Eh mak, knape datang hari ni.. bukan esok ke?"
"Hari ni la.. abah kamu dah bising dari semalam.. abah cakap kalau x balik, abah terima je pinangan keluarga deme tu"
"La mak, kakak ingat esok.. Allah.. mak, kakak kat Cameron Highlands ni.. "
"Astagfirullah hal azim..ape dibuat kat Cameron tu. Baik kamu balik cepat sebelum abah naik angin.. ada masa lagi ni ...."
Lepas letak tepon..
Aku terbaring..sejam termenung x tau ape nak buat.. Macam mana boleh silap hari ni.. aduii..bukan haritu cakap Ahad ke...
Hillview Hotel |
Last2..ambik baju sejuk bawak beg turun bawah.. .tahan teksi
"Pakcik, tolong hantar saya dekat kebun Strawberry... "
(Bersambung)
Bab Man ni aku rasa macam susah sikit. Sebab ni kait mengait dengan pakcik Hazim. Pening.. huhu Smalam mak cal, lagi 2 hari ni deme nak...