,

10 Perkara Konon Serik Tapi Buat Jugak

5:32 PM

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita di artikel kali ini.. saya mendoakan anda bahagia disisi insan tersayang..
Sedang saya bersama anak-anak saya terfikir akan perkara yang konon serik tapi masih buat jugak..

1)Malas Study

Ramai rasanya yang terjebak dengan virus ni masa blajar dulu. Malas nak study.. bila exam result teruk pastu ala3 bertaubat nak study bebetul.. Tapi next exam same je result.kadang3 teruk lagi sebab malas nak study.




2)Buat Kerja Last Minute

Memang penat buat keje last minute. Biasanya bende akan siap macam biasa. Tapi nak menyiapkan nya mmg terpaksa struggle gila sbb last minute kan. 


3) Makan Pedas

Ha.. kadang rasa pedas gile .Tapi.. x serik jugak. Lagi,-lagi bila cicah mempelam dengan cabai kicap.Tambah garam, belacan sket. Perhhhh... berair mata. Tapi... x serikkk

pengedar shaklee ipoh
Mempelam cicah cabai kicap memang sedap


4) Solat Lambat

Semua orang kalau boleh nak solat awal. Tapi kadang selalu terbabas jadi lambat. Konon nak siapkan kerja banyak . Kite lupa yang solat awal tu memperluaskan waktu. Bila solat lambat memang menyesal. Berazam gila2 nak solat awal.. Tapi bile Allah bagi sibuk sikit je udah solat lambat .

Solat awal waktu punca keberkatan masa


5) Beranak

Orang pompuan la ni.. kisahnya kalau dengar cite bersalin macam tak mau bersalin dah. Lagi-lagi teringat part-part ngeri macam contraction, kejang, minum air gula, kena jahit..huaaaaa.. Tapi.. kang tetibe dengor je mengandung pulak.. Rezeki tau,!!

Pengedar shaklee ipoh
Anak anugerah terindah


6)Marah Anak

Benda ni selalu terjadi kat mak - mak. Lepas marah anak kemain menyesal. Istighfar sampai tak.cukup tasbih. Tapi... bila anak buat hal dan tak boleh tahan sabar..makanya.. marah lagi anak.. menyesal lagi..marah lagi.. huhu.. semoga kita ibu bapa lebih bijak dalam mengawal emosi.

Marah itu api syaitan


7)Mengumpat

Bergosip adalah perkataan yang di inovasikan utk mengumpat ni supaya x nampak macam berdose sangat. Padahal..dosa dia same je.huhu..  Selalu rasa macam menyesal bila mengumpat dan mengata orang.. Tapi..huhu..mesti buat lagi.

Mengumpat ibarat memakan daging saudaranya sendiri


8)Bercinta

Bende ni ramai orang buat.. Lepas dah break putus cinta bagai. Konon2 x nak dah bercinta. Itu tak guna..ini x guna.. Tak dan bape lama udah ade pengganti :) Kepada pasangan-pasangan bercinta lekas-lekas lah mendirikan rumah tangga
 
"Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang"


9)Tak Berhemah Masa Memandu

Bawak kete gila macam lipas kudung. Parking kereta macam dia bayar lot paking sampai 10. Tapi bila sampai surat saman yang total dia boleh beli , muka suci gila buat rayuan. Time tu memang nampak taubat nasuhanye. Memang janji x nk buat lagi. Tapi lepas seminggu balik sama mcm biasa jugak.

Memandu biar berhemah. Ingat orang tersayang!

10)Asyik asyik Dengan Gajet

Skang ni semua orang paling koman mesti ada satu gajet. Yang paling popular adalah smart phone. Kita sibuk dengan orang jauh dimata sampai lupa dan mengabaikan orang depan mata. Kualiti masa bersama orang terdekat merosot dengan teruk sekali. Kita menyesal bila ada yang mengingatkan tentang masa bersama orang terdekat. Tapi penyesalan itu biasanya tak lama.

 
Ketagihan gadget menjadi kegilaan manusia masa kini

 

You Might Also Like

1 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts