Assalamualaikum
Wah !! Seronok betul ye masing masing nak menghabiskan cuti.
Ada yang melancong diluar negara, ada yang melancong didalam negara. Bercuti memang menyeronkkan kerana ia dapat menghilangkan tekanan, menikmati masa bersama ahli keluarga dengan sepenuhnya serta dapat melihat keindahan yang telah Allah ciptakan.
Ini antara Tips Percutian Bajet Apabila Bercuti beramai-ramai
BERCUTI RAMAI-RAMAI MEMANG BEST |
1. Rancang awal
2.Dapatkan bilangan tepat yang akan menyertai trip.
3.Booking homestay / hotel / kenderaan sewa/ lebih awal. Bayaran awal boleh menyebabkan kita mendapat harga yg lebih murah. Lagi satu, jangan la p booking hotel mahal-mahal . Ambik yang 3 bintang pun ok.Janji selesa.
4.Email lebih awal senarai nama peserta beserta nombor kad pengenalan kepada tempat-tempat lawatan berbayar .Walaupun percutian keluarga, kemasukan dalam bilangan yang ramai akan dapat potongan harga Insyaalah. Jangan lupa bawa kad pengenalan semasa hari lawatan sebenar. Harga tiket beserta My Kid dan My Kad dijamin lebih murah.
5.Masak mudah-mudah atau bawa bekal seperti serunding, sambal tumis ikan bilis. Jangan banyak songeh . Jika dihomestay tiada masalah untuk memasak. Jika melibatkan sewaan hotel, survey tempat makan yang murah dikawasan berkenaan. Berjalan ramai-ramai ni tak boleh banyak songeh. Kena bertolak ansur. Makan berpada-pada kalau nak jimat. Survey boleh dilakukan melalui kawan-kawan atau group-group di facebook .
6. Jika melibatkan percutian keluar negara , tempah tiket kapal terbang seawal mungkin atau beli pada waktu promosi.
7.Jika hendak membeli belah, survey terlebih dahulu tempat-tempat shoping yang tak cekik darah. Kena pandai tawar menawar. Jangan sengan weh !!
JOM BERCUTI |
Inilah sedikit tips yang boleh saya kongsikan . Gunakan jika bermanfaat.
Selamat menikmati percutian bajet secara berjemaah :) Cop lagi satu.. jamgam lupa berdoa ketika musafir :)
Salam Sayang
Wahidah Azizan
0124698356
fanpage : Kedai Wahidah
ig : Wahidahazizan
Assalamualaikum Wah !! Seronok betul ye masing masing nak menghabiskan cuti. Ada yang melancong diluar negara, ada yang melancong did...