Cara Mudah Perangkap Nyamuk Dengan Berkesan

9:35 PM

Assalamualaikum

Eh..tak sabar tau saya nak kongsi satu cerita pasal nyamuk ni. Tak sangka juga rupa-rupanya cara ni boleh menarik perhatian nyamuk.

Dan paling tak sangka nyamuk ni boleh mati berjemaah beramai-ramai dalam tu.
Zika dan Denggi adalah penyakit berpunca dari nyamuk


Nak Tahu Caranya?


Sebenarnya kaedah ini saya lalukan tanpa sengaja. 

Selepas menggoreng hari tu, saya letakkan lebihan minyak masak dalam satu bekas. Tapi tak banyak pun kuantiti minyak kat dalam tu. Adala lebih kurang dalam satu senduk.

Entah apa yang saya sibukkan, saya terlupa tutup bekas tersebut dan saya pulang ke kampung selama 3 hari. 


Nak Tahu Apa Yang Ada Dalam Bekas Tu Selepas 3 Hari?


Saya nampak banyak sangat berpuluk-puluh ekor nyamuk kecik-kecik dalam tu. Entah mana datang saya pun tak tahu. Yang pasti semua nya mati dalam bekas plastik berisi minyak tersebut.

Seminggu kemudian saya mencuba kaedah yang sama , wahh memang betul..banyak sangat nyamuk kecil -kecil kat dalam tu.

apa yang saya buat ni, langsung tak ada kajian saintifik. Ini memang terbuat tanpa sengaja. 


Kenapa Kena Cuba Kaedah Ni?


Anda mungkin boleh cuba kaedah ini untuk memerangkap nyamuk..

Kaedah yang selamat, tiada racun perosak dan mudah.



Saya doakan kita semua selamat dari virus denggi dan virus zika.

Eh, jangan lupa kalau gatal-gatal digigit nyamuk, sapu Herbal Blend tau


Sehingga bertemu lagi

Saya gembira membantu anda

Wahidah Azizan
0124698356
nurwandah@yahoo.com
fanpage: Kedai Wahidah
Youtube: Wahidah Azizan
Ig : Wahidahazizan


saya adalah Pengedar Shaklee Ipoh, Agen Shaklee Ipoh, COD Shaklee Ipoh, Pengedar Shaklee Taiping, Agen Shaklee Taiping, COD Shaklee Taiping. 

Pos ke Seluruh Malaysia

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts